Bab 21

1K 81 13
                                    

Suasana di kawasan itu agak bingit memandangkan beberapa orang sedang sibuk memunggah barangan ke dalam lori. Namun, suasana itu tidak menghalang seorang lelaki daripada memerhati gadis yang terikat di kerusi yang berada di hadapannya.

Senyuman terukir di bibir lelaki bermata sepet itu. Dia memerhati sahaja wajah Yasmin yang masih lagi tidak sedarkan dirinya.

"Kau dah hantar pada Eden?" soal lelaki itu kepada pembantunya yang berada di sebelahnya.

Pembantunya mengangguk.

"Kalau macam tu," kata-kata lelaki itu terhenti sambil matanya melirik ke arah jam mahal di tangannya, "dalam 45 minit ke sejam, dia pasti akan ke sini. So, kosongkan kawasan ini secepat mungkin," ujar lelaki itu dalam bahasa Jepun.

"Wakarimashita! (Understood!)" ujar pembantunya sambil kakinya terus menuju ke arah pekerja-pekerjanya yang sedang sibuk mengalihkan barang-barang itu.

Kelihatan tubuh Yasmin bergerak-gerak, menandakan dia akan bangun seketika nanti. Riak wajah lelaki itu berubah gembira.

Mata Yasmin perlahan-lahan terbuka. Namun, pandangannya kelam. Hanya pendengaran sahaja dapat mendengar keadaan sekeliling yang begitu sibuk. Bahasa Inggeris dan bahasa Jepun berselang-seli mengisi ruangan itu.

Yasmin cuba menggerakkan tubuhnya namun tidak berjaya apabila mendapati kaki dan tangannya terikat di kerusi.

"Awake?"

Yasmin terus bersiaga apabila mendengar suara lelaki itu. Badannya mengeras walaupun dia tidak mengetahui gerangan orang yang menyapanya.

"Kau faham Nihongo?" soal lelaki itu dalam bahasa Jepun.

Yasmin buat-buat tidak memahami soalan yang ditanyakan oleh lelaki itu.

Kedengaran lelaki itu ketawa. "Tak payah berpura-pura. Kau orang Eden," kata lelaki itu.

"Siapa kau?" soal Yasmin apabila mendengar nama Ayden meniti di mulut lelaki itu.

"Yasmin Nuraisya. Gadis yang dilindungi oleh Eden. Mesti kau berharga bagi Eden bukan?" soal lelaki itu tanpa menjawab soalan daripada Yasmin.

Yasmin terkelu. Dia tidak menjawab soalan lelaki itu.

Sekali lagi tawa lelaki itu meletus. "Tak perlu takut, Yasmin Nuraisya. Eden pasti akan selamatkan kau," kata lelaki itu apabila melihat riak wajah Yasmin yang berubah itu.

"Kau nakkan apa?" soal Yasmin.

"Aku mahukan kepastian. Sama ada kau penting atau tidak bagi Fujiwara Ayden Takumi," kata lelaki itu.

Yasmin terdiam.

"Terkelu?" sindir lelaki itu.

Yasmin terus menggeleng. "Aku dengan Fujiwara-san tiada apa-apa hubungan. Dia adalah majikan aku," beritahunya.

Kedengaran dengusan keras lelaki di hadapannya itu. Namun, tiada jawapan yang diberikan oleh lelaki itu.

Senyap menyelubungi mereka walaupun keadaan di sekeliling mereka hingar bingar dengan bunyi barang dipunggah masuk ke dalam lori. Tidak berapa lama, Yasmin mendengar derap langkah seseorang mendekati mereka berdua.

"Semua sudah selesai," kedengaran suara yang berbeza daripada lelaki yang berbual-bual dengannya sebentar tadi.

"Good. Kau arahkan mereka pergi daripada sini. Aku nak tunggu Eden di sini," arah lelaki yang berbual-bual dengan Yasmin itu.

"Kau nak aku tinggalkan kau kat sini sorang-sorang?" soal rakan lelaki itu.

"Yes. Dah lama aku tak jumpa kawan aku yang sorang tu," ucap lelaki itu, sinis sekali.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now