Bab 13

923 63 3
                                    

"Kau boleh tinggal di sini," ucap Ayden sambil menekan beberapa digit di pintu masuk penthousenya itu.

Yasmin hanya mengangguk. Hatinya masih geram dengan perangai Ayden yang suka mengarah-arahkan dia.

"Password dia, 015379. Ingat!" kata Ayden. Dia membuka pintu penthouse itu. Namun, dia tidak melangkah masuk ke dalam penthouse itu.

Yasmin angguk. Dia hanya melangkah masuk tanpa mempedulikan Ayden yang hanya berdiri di muka pintu penthouse itu.

"Kalau ada apa-apa, call aku. Jangan nak buat benda sendiri," sindir Ayden.

Yasmin menjulingkan matanya. "Siapa entah yang bagi amaran macam-macam semalam tu?" ucapnya, sinis.

Ayden menarik nafasnya sebelum menghembus kasar. Dia pandang Yasmin, cuba menahan amarahnya.

Yasmin angkat keningnya, ibarat mencabar Ayden untuk bertekak dengannya.

Ayden menggeleng melihat Yasmin itu. "You're immature. Aku tak punya masa layan perangai budak-budak kau tu," kata Ayden.

"Ingat! Call aku kalau kau perlukan apa-apa," kata Ayden, tegas. Dia terus berlalu daripada situ tanpa mempedulikan Yasmin yang masih tidak puas hati itu.

"Fujiwara Ayden Takumi!" panggil Yasmin, kuat.

Ayden tidak mempedulikan panggilan Yasmin itu. Dia terus membuka pintu penthouse yang berhadapan dengan pintu penthouse yang diberikan kepada Yasmin lalu melangkah masuk.Bang! Sengaja Ayden menutup pintu rumahnya kuat. Dia malas melayan kerenah Yasmin yang baginya kebudak-budakan itu.

Ayden terus berjalan menuju ke arah sofa di ruang tamu lalu menghempas badannya.

"Meow," seekor kucing berwarna putih datang mendekatinya. Dia melompat ke badannya meminta Ayden membelainya.

Tersungging senyuman di bibir Ayden apabila melihat kemanjaan kucingnya itu. Dia terus membelai kucing yang berada di atas badannya.

"Dear, kau seorang je yang boleh menenangkan aku. No one can calm me like you do to me," kata Ayden, lembut.

Lama dia membelai kucing yang berada di atas badannya itu. Ingatannya kembali ke satu pertemuan 2 minggu lepas. Selepas dia dimarahi oleh Yasmin, dia terus meminta Aryan menguruskan pertemuannya dengan Aifa, kembar Yasmin.

Walaupun Aryan membangkang keputusannya untuk berjumpa dengan Aifa, dia tetap meminta Aryan menguruskan pertemuan itu. Wajah Aryan dan Aifa semasa pertemuan itu berakhir berubah menjadi nekad dengan keputusan mereka untuk bernikah.

Ayden mengeluh. Dia pandang kucing putih yang berada dia atas badannya. "Dear, both of them sangat-sangat degil. Terlalu ikutkan perasaan cinta mereka. Aku takut kalau-kalau keputusan mereka itu hanya akan membinasakan diri mereka," ucap Ayden, perlahan.

Apabila mengingatkan telatah Aifa, dia sendiri hairan. Aifa baginya lembut orangnya meskipun dia keras kepala seperti kakak kembarnya, Yasmin. Namun, dia tahu kehendaknya dan akan buat apa sahaja demi mendapatkannya. Namun, Aifa masih lagi boleh berbicara lembut dengannya. Tidak seperti kakaknya.

Sebuah keluhan terluah di mulutnya. "What should I do? Kalau sesuatu terjadi pada Aifa, mesti dia akan marahkan aku."

Ayden mengurut-urut pelipisnya. Pening dia apabila memikirkan masalah itu. Masalahnya yang lebih besar langsung dia tidak hiraukan memandangkan dia yakin dapat menyelesaikannya.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ayden terus mengambil telefonnya di dalam kocek seluarnya. Dia memandang sekilas skrin telefonnya lalu terus menggesek butang menerima panggilan telefon itu.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now