🌼1

74 2 0
                                    

Kawasan sekolah masih kelihatan sunyi sepi apabila ramai lagi pelajar yang masih belum tiba pagi itu, memandangkan dirinya orang terawal datang.

Seperti biasa, sementara menunggu kehadiran pelajar lain Keira akan meluangkan masa di dalam kelas sambil melukis sesuatu lukisan yang berupa design baju atau sebagainya dan tak lepas juga daripada mendengar lagu.

Itulah rutin hariannya semenjak dirinya bergelar seorang pelajar di bangku sekolah. Tahun ini merupakan tahun akhir bagi mereka yang sama batch dengannya, jadi dia takkan sia-siakan peluang yang ada.

Disebabkan terlalu seronok melayan aktivitinya, Keira tak perasan kewujudan rakannya di dalam kelas itu.

"Amboiiii..bukan main seronok kau dengar lagu sambil lukis. Aku datang pun tak perasan." Kata Yeonhee selaku rakan baiknya. Yeonhee hanya bersebelahan saja dengan Keira.

Keira masih seperti tadi, satu patah perkataan pun tak terjawab membuatkan Yeonhee terpaksa menolak badannya sikit. Dan Keira tersedar. Pantas dia menoleh ke arah rakannya yang sedang memberi pandangan maut kepadanya.

"Kau nak apa?" Tanya Keira dengan muka selamba.

"Kau tanya aku nak apa? Hello..aku bercakap dengan kau tadi tak dengar ke?" Soal Yeonhee kembali seakan tak berpuas hati.

"Oh ada ke? Haha sorry laa aku tak perasan." Balas Keira.

"Sorry, sorry pergi main jauh-jauh laa sorry kau tu..nasib kau ni kawan aku. Kalau tak memang dah lama aku bunuh kau, biar puas hati aku." Yeonhee bersuara geram.

"Iya? Laa aku tak tahu pula, kenapa baru sekarang cakap...cuba dari dulu at least aku tahu laa ada orang cuba nak bunuh aku, and kawan baik aku sendiri lagi tu. Wow dahsyat!" Keira berkata seraya menepuk tangan.

Yeonhee gumam. Dia sendiri pun tak tahu nak cakap apa lagi, sebab dia tahu dengan perangai rakannya satu itu. Pantang dibantah dan pantang ditegur.

"Apa-apa saja laaa, K. Aku yang dah kenal kau lama hanya mampu senyap." Yeonhee kata.

Keira pantas menunjukkan ibu jarinya kepada Yeonhee,  tanda dia setuju.






Loceng pertama berbunyi menandakan waktu rehat bermula, Keira dan Yeonhee melangkah keluar bersama-sama.

"K!!"

Keira berhenti. Dia menoleh ke arah suara tadi. Kelihatan seorang pelajar lelaki berlari ke arahnya sambil membawa sesuatu di tangan.

"Yaa? Kenapa?" Keira bertanya pelik.

"Nah, untuk awak."

Satu huluran coklat diberikan kepada Keira dan membuatkan Keira agak terkejut.

"Kenapa? Hari ni bukan birthday aku pun."

"Tahu, tapi anggap saja ni sebagai pemberian ikhlas dari aku..please."

"Ouhh okay then."

Keira sambut huluran tersebut walau dia masih keliru dengan apa yang baru berlaku sebentar tadi.

"Wahh ada secret admirer juga kau kan?" Tanya Yeonhee dengan girang.

"Secret admirer apa? Tak adanya okay..lambat lagi cerita kau tu."

Keira sememangnya diminati ramai oleh pelajar lelaki di sekolah tersebut. Tapi tiada satu pun berjaya menakluki hati kecil milik Keira. Dia peramah dan disebabkan itu ramai tertarik padanya, jadi tak begitu hairan andai ramai yang menyukainya mahupun memendam perasaan kepadanya.




Keira menumpukan perhatian sepenuhnya ketika di dalam kelas sehinggalah perhatiannya beralih apabila telefonnya berdering.

Pantas Keira mengambil telefon tersebut dan memberitahu kepada Ms. Lee bahwa dia mahu menjawab panggilan terlebih dahulu.

"Hello ya, ini siapa?" Tanya Keira dengan agak perlahan memandangkan dia masih di dalam kelas dan tak nak ganggu pembelajaran orang lain.

"Hello, ini Cik Kim Keira kan?" Tanya suara si pemanggil.


"Iya, kenapa?" Walau bagaimanapun, hati Keira tetap berasa risau dan mulai merasakan seolah ada sesuatu buruk yang telah berlaku.

"Oh, saya Doktor Jung  daripada pihak hospital Seoul  ingin memaklumkan bahwa Cik Jihyun dan Encik Kim terlibat dalam kemalangan." Sejurus mendengar itu, Keira kaku.


Nafasnya bagai tersekat di kerongkong. Entah kenapa tubuhnya terasa hangat tiba-tiba. Dia berharap apa yang akan didengarkan sebentar lagi, merupakan suatu perkara yang baik dan bukan menyedihkan.

"Maafkan saya Cik Keira, tapi kedua-duanya tak dapat diselamatkan memandangkan mangsa telah pun kehilangan nyawa di tempat kejadian."

Keira tergamam. Dia tak tahu sama ada apa yang baru saja didengarinya itu adalah benar atau rekaan semata-mata. Tapi tak mungkin seorang doktor akan menipunya.

"Apa?" Tanpa disedari satu persatu titisan air mata Keira menitis di pipinya menimbulkan reaksi terkejut pada wajah Yeonhee.

Yeonhee lantas menarik Keira ke dalam pelukannya walaupun dia masih tak tahu cerita yang sebenarnya. Ms. Lee yang menyaksikan peristiwa itu turut terdiam begitu juga pelajar yang lain.

Masing-masing keliru dengan apa yang sedang berlaku. Melihatkan keadaan Keira yang begitu sedih membuatkan mereka tak berani untuk bertanya meskipun Yeonhee sendiri.

Tanpa membuang masa Ms. Lee terus melangkah keluar dari kelas dan pergi ke bilik guru untuk bertanya tentang perkara yang berlaku sebenarnya. Mengapa pelajarnya menangis? Mengapa pelajarnya kelihatan begitu sedih dan derita? Dia ingin tahu semua itu.





Beberapa minit kemudian, Ms. Lee kembali ke kelas dan dia hairan sebab kelibat Keira tidak kelihatan.

"Yeonhee? Mana Keira?" Soal Ms. Lee dengan riak tertanya.

"Dia dah balik Ms. Lee." Jawab Yeonhee ringkas.

Ms. Lee sekadar mengangguk. Dia pun sudah tahu akam situasi yang dihadapi oleh pelajarnya itu.

"Tak apalah, biarkan saja dia balik."

"Tapi Ms. Lee maaf kalau saya tanya kenapa dengan Keira? Apa yang dah jadi sebenarnya?" Seorang pelajar di dalam kelas itu bertanya.

"Baiklah, disebabkan kamu semua adalah classmate dia jadi saya ingin memaklumkan bahwa kedua-dua ibu bapa Keira terlibat dalam kemalangan dan akhirnya meragut nyawa mereka. Jadi, mungkin itu jugalah berita yang baru diterima oleh Keira tadi." Ms. Lee menjelaskan kepada pelajarnya manakala Yeonhee  terdiam.

"Yeonhee, tolong beritahu Keira saya benarkan dia untuk bercuti seminggu tanpa perlu hadir ke sekolah. Biarkan dia tenangkan diri dulu." Arah Ms. Lee lagi dan hanya anggukan kepala saja sebagai balasan daripada Yeonhee.

"Baiklah semua, mari kita sambung pembelajaran semula. Yeonhee, saya tahu awak pun susah hati sekarang tapi jangan sampai jejaskan fokus awak dalam kelas. Faham?"

"Faham Ms. Lee." Jawab Yeonhee perlahan.







[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now