🌸11

7 1 0
                                    

PART 2 IS BEGIN.... 🥰

Hampir 4 bulan berlalu, akhirnya hari yang dinantikan sudah tiba iaitu hari di mana Keira dan Yeonhee graduate. Mereka berdua kelihatan begitu gembira dan teruja walaupun pada waktu yang sama Keira masih merasakan kesunyian itu apabila hari bahagianya ini tidak disambut bersama dengan insan tersayangnya.

Keira hanya mampu tersenyum tawar sambil matanya melirik melihat sekeliling.

"Tak sangka kan, akhirnya kita dah habis belajar!!!" Laung Yeonhee sekuat hati. Hampir satu kawasan sekolah dapat dengar suara nyaring Yeonhee.

Pantas Keira menarik lengan Yeonhee supaya dia berhenti menjerit.

"Kau ni...tahulah gembira. Kalau ye pun, janganlah menjerit." Tegur Keira apabila jarak mereka sudah berjauhan sikit daripada sekumpulan pelajar yang lain.

"Yelah...oh sebelum aku lupa. Aku nak tahu apa plan kau lepas ni?" Tanya Yeonhee.

"Plan aku? Sambung kerja lah."

Jawapan daripada Keira itu membuatkan Yeonhee hilang mood serta-merta.

"Tahulah sambung kerja....tapi...takkan kau tak terfikir nak sambung belajar dekat tempat lain. Lepas tu, ambil lah bidang kesukaan kau tu...fashion designer." Balas Yeonhee panjang.

Keira hanya buat tak tahu, sebab bukan dia tak pernah cakap dekat Yeonhee bahwa dia tak mahu membincangkan hal yang sama lagi. Walau bagaimanapun, jawapannya tetap akan sama.

Yeonhee yang perasan akan perubahan Keira, segera cuba untuk mengalihkan topik perbualan mereka. Namun belum sempat dia membuka mulut, ada suara lain yang pantas memotong.

"Hai?" Sapa seseorang itu.

Pada mulanya Yeonhee yang memberi respons manakala Keira masih fokus terhadap telefon pintarnya.

"K?" Yeonhee memanggil separuh berbisik sambil menyiku lengan rakannya itu.

"Apa?"

"Pandanglah sekejap."

"Tch, apa?!" Kata Keira dengan pandangan tajamnya ke arah Yeonhee.

"Err sorry kalau ganggu, saya Minsook. Awak berdua ni Kim Keira dan Park Yeonhee kan?" Minsook sengaja mencelah ingin menarik perhatian mereka berdua.

Keira pantas mengalihkan pandangannya ke arah Minsook dan susuk tubuh lelaki itu dipandang dari atas hingga ke bawah. Dia berasa pelik sikit bagaimana lelaki itu boleh tahu namanya.

"Are we met? Before this?" Keira menyoal.

"Err..ta..tak pernah. Tapi saya kenal nama awak dan kawan awak ni, itupun sebab awak berdua famous dekat sekolah?"

"Famous? Kami famous dari segi apa?" Kali ini giliran Yeonhee pula bertanya.

"Terkenal...dengan sikap peramah? Dan ramai lelaki minat awak berdua. Kira famous lah kan..."

Agak terpinga-pinga juga Keira dan Yeonhee dengan jawapan Minsook itu sebab sejujurnya mereka sendiri pun tak pernah tahu dan kalau boleh tak nak ambil tahu langsung bahwa mereka adalah famous di sekolah itu selama ini.

"Dan awak? Dari kelas mana? Sebab yang pastinya awak bukan classmate kami kan?"

"Ouhh saya dari kelas sebelah, kelas B."

Keira dan Yeonhee saling berpandangan. Masing-masing faham dengan pemikiran sendiri. Mereka memandang ke arah Minsook silih berganti.








"See..kan betul apa saya cakap tadi, kau orang ni memang peramah senang orang nak berkawan dengan korang." Kata Minsook.

Kini mereka bertiga sedang meluangkan masa di salah sebuah cafe. Baru beberapa minit berkenalan, namun itu sudah cukup membuatkan mereka bertiga jadi kawan baik apabila Minsook turut bergurau senda bersama mereka.

Keira pula lebih banyak mendiamkan diri daripada berbual. Sememangnya dia telah berubah, kadang menimbulkan perasaan tidak senang dalam diri Yeonhee.

"Err Keira?" Minsook cuba untuk berbual dengan Keira seperti mana yang telah dirancangkan. Ini adalah peluang jadi dia tak boleh lepaskan begitu saja.

"Hmm?" Hanya itu respons daripada Keira.

"Saya ada perkara sikit nak tanya dan minta maaf juga kalau soalan ni agak ke arah privacy awak...tapi saya cuma nak tahu since kita pun....dah berkawan bukan?" Minsook menoleh ke arah Yeonhee untuk dapatkan sokongan.

Dengan laju Yeonhee menganggukkan kepala tanda setuju dan sokong.

"Apa soalan awak?" Keira bertanya sebaik dia merasakan dirinya dah bersedia.

"Kenapa nama awak 'Kim Keira' macam ada campuran sikit ya? Err...maksud saya...nama awak tak fully korean macam adik awak?"

"Awak kenal adik saya?"

"Kenal..sebab...adik saya classmate dia, jadi hampir setiap hari juga lah dia selalu bercerita tentang Kim Hyunbin tapi sekarang jaranglah."

"Ouhh..nama saya Kim Keira sebab saya tak dilahirkan di Korea. Kim itu adalah nama appa saya sebab dia memang berasal dari Korea dan Keira itu pula adalah pilihan eomma saya sebab...dia berasal dari Australia. Kiranya kami ni tadi mix blood katakan." Panjang Keira menjelaskan. Dia tahu memang akan ada orang yang kelihatan agak keliru dengan nama yang diberi kepadanya itu.

"Jadi bagaimana adik awak boleh nama fully korean Kim Hyunbin?"

"Saya Kim Keira sebab saya dilahirkan di Australia dan hampir saja dapat warganegara sana, tapi semuanya terbatal bila appa buat keputusan untuk pindah selepas saya berumur setahun. Jadi, saya pun cukup setahun...kami sekeluarga terus berpindah ke Korea dan beberapa bulan kemudian tu eomma saya mengandungkan Hyunbin iaitu adik saya dan dia dilahirkan di Korea. Sebab itu juga nama dia fully korean atas pilihan appa saya sepenuhnya."

Minsook yang mendengar dengan teliti setiap butir bicara Keira dapat memahami kisah asal-usul hidup gadis itu.

"Pretty nice...your background story.." Puji Minsook.

Keira sekadar tersenyum.









Selepas meluangkan masa bersama dengan Keira dan Yeonhee, Minsook lalu pulang.

Pada mulanya dia ingin menunggu Jungkook datang mengambilnya tapi selepas menerima chat dari lelaki itu bahwa mengatakan dirinya tak sempat, dia terpaksa pulang ke rumah dengan berjalan kaki saja.

Nasib kau bagi tahu aku awal-awal Kook...kalau tak, kebulur aku tunggu kau kat sini.

Minsook sempat membebel dalam hati.

Sebelum itu dia sempat menghantar satu pesanan mesej yang berupa rakaman suara kepada Jungkook. Dia sendiri pun mungkin takkan ada masa untuk berjumpa selalu dengan Jungkook selepas ini.

Jadi biarlah mereka saling berhubung hanya melalui telefon pintar masing-masing.



[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now