🌹21

4 1 0
                                    

2 MINGGU BERLALU....

Kini Keira telah pun tamat menyertai pertandingan itu dan lebih mengejutkan Keira menjadi salah seorang pemenang tempat pertama dalam pertandingan itu, walaupun pada awalnya tak dijangka tapi dah nama pun rezeki.

Keira melangkah keluar dari bangunan dan tatkala itu juga dia ternampak kelibat Yeonhee sedang menunggunya di luar sambil bersandar pada kereta. Dia tersenyum lebar bila melihat seraut wajah itu, tempoh 2 minggu sudah cukup membuatkan dirinya merasa kerinduan terhadap sahabat baiknya itu dan adiknya.

Yeonhee terus mendepakan tangan untuk memberikan pelukan kepada Keira. Dia turut merindui rakannya itu.

"Akhirnya tamat juga...anyway congratulations!" Ucap Yeonhee dengan girang. Keira hanya mampu tersenyum.

"Thank you." Balas Keira.

"Jadi disebabkan itu juga, aku nak bawa kau pergi satu tempat ni. Jom!" Beritahu Yeonhee. Kedengaran nada suaranya seperti teruja.

Namun Keira tidak membalas apa-apa malah dia hanya turuti saja. Entah apa yang Yeonhee mahu tunjukkan padanya, dia pun tak tahu. Biarlah menjadi teka-teki  sementara waktu ini.







"Kita dah sampai!" Beritahu Yeonhee sambil membuka pintu kereta.

Keira turut keluar dari kereta dan tanpa banyak soal, dia hanya turuti saja langkah Yeonhee ke suatu arah. Keira mengecilkan matanya untuk melihat pemilik tubuh yang jauh itu.

"Minsook? Hyunbin? Korang buat apa kat sini?" Tanya Keira pelik. Lantas dia mengalihkan perhatian pada Yeonhee untuk meminta penjelasan darinya.

Yeonhee sekadar tersengih.

"Inilah surprise yang aku cakap tu...aku yang ajak diorang dua ni datang sini. Lepas aku hantar diorang, itu yang aku terus pecut ambil kau tu." Jelas Yeonhee.

"Kak, duduklah sini." Arah Hyunbin pula.

"Wow..sanggup juga kau ye Yeon."

"Mestilah, demi sahabat tercinta..aku sanggup buat apa saja. Sampaikan aku sanggup kosongkan semua jadual aku hari ni." Yeonhee berkata, tapi tanpa disedari dia sudah pun terlepas cakap membuatkan suasana sunyi seketika. Lebih-lebih lagi Keira.

"Kosongkan jadual? Kau dah kerja ke sekarang ni?"

"Err...aku...aku minta maaflah K, kalau selama 2 minggu kau tak ada kat sini aku tak dapat nak jaga adik kau selalu." Sayu saja suara Yeonhee dan semakin menimbulkan reaksi pelik pada Keira.

"Kau cakap apa ni?"

Memandangkan sudah terlepas cakap,ahu tak mahu Yeonhee terpaksa memberitahu perkara sebenar.

"Tak maksud aku...errr...sebenarnya aku dah pindah dari rumah kau minggu lepas lagi. Itupun sebab parents aku call, diorang suruh aku balik...ada perkara penting nak bincang."

"Tapi...Bin tak kisah pun kak, Bin faham.." Sampuk Hyunbin pula.

"Ouhh, lepas tu?"

"Sekarang ni aku dah kerja, aku kerja dekat company mak aku. Sebagai waris perusahaan diorang."

"Wow kiranya kau ni CEO lah..?" Teka Keira dengan yakin dan dari respons Yeonhee, dia tahu tekaannya tepat sekali.

"Itulah aku cakap, aku kosongkan jadual hari ni supaya aku dapat luangkan masa dengan kau. Semua tu aku suruh assistant aku buat.."

Keira bertepuk tangan dan diikuti oleh Minsook dan Hyunbin.

"Congratulations!" Ucap Keira.

"You too." Balas Yeonhee.

Dalam meraikan kegembiraan masing-masing, kala itu mata Yeonhee dan Minsook bertembung. Yeonhee perasan sejak Keira bersama mereka pagi itu, Minsook lebih banyak mendiamkan diri. Dia tahu apa yang sedang bermain dalam minda lelaki itu, tapi nak disoal ini bukan waktu yang sesuai.

Kalau tak, rancangannya sia-sia saja nanti.

Yeonhee sempat menghantar pesanan ringkas pada Minsook ketika itu.

" Aku tahu apa yang kau fikirkan sekarang.." - Yeonhee.

"Aku rasa bersalah." - Minsook.

"Kau bertenang je okay, nanti pandai-pandai lah aku cuba sebaik mungkin untuk beritahu perkara sebenar kat dia. Kau jangan risau. Aku kenal K.." - Yeonhee.

"Okay😄." - Minsook.

Selepas itu, mereka kembali berbual seperti biasa supaya tak menimbulkan keraguan pada Keira.







Keira kini sudah tiba di rumah. Nampaknya dia amat merindui rumahnya itu walaupun baru 2 minggu saja.

Tubuh dihempas di atas sofa. Dia menghembuskan nafas lega.

Penatnya....

Keira mengeluh dalam hati.

"Oh Bin, sebelum akak lupa..esok akak kena keluar sekejap. Ada urusan sikit nak buat. Tak apa kan?"

"Ouhh eh tak apa...Bin okay je. Lagipun Bin sekolah kan, bukannya sendiri kat rumah. Tak apa, akak tak payah risau sangatlah..Bin baik-baik je."

"Baguslah kalau macam tu."

Hyunbin hanya tersenyum sebelum berlalu pergi naik ke bilik tidurnya.

Keira pula masih berada di bawah. Dia berjalan sekitar ruang tamu dan langkahnya terhenti bila menatap gambar kedua-dua orang tuanya yang terletak kemas di atas almari.

Dia membelek-belek gambar itu, tanpa disedari bibirnya mengukir senyuman.

Eomma, appa, akhirnya Keira dah berjaya buktikan. Maafkan Keira kalau selama ni, Keira terlalu ikutkan perasaan sehingga tak sedar Keira seksa diri sendiri. Impian Keira hampir tercapai sekarang ni, walau apapun Keira akan berjanji dengan eomma dan appa...Keira akan cuba buat yang terbaik demi masa depan Keira nanti dan juga adik.

Sambil menatap gambar itu, Keira sempat berkata sesuatu dalam hatinya dan tanpa dipinta terasa pipinya tiba-tiba basah akibat titisan air mata yang mengalir.

Keira rindukan eomma dan appa.

Dia berkata lagi. Kali ini gambar itu dipeluknya dengan erat sekali, dapat dia rasakan seolah-olah kedua-dua ibu bapanya itu sedang memeluknya juga ketika itu.

[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now