🌼7

6 1 0
                                    

Jam sudah menunjukkan ke angka 3 pagi, namun Keira masih belum ada tanda-tanda untuk tidur sedangkan Yeonhee pula sudah lena dibuai mimpi atas katil.

Haih, budak ni...boleh pula dia tertidur kat bilik aku.

Desis hati Keira.

Dia menatap laptop di hadapannya, memandangkan tahun akhir sebagai seorang pelajar  semakin hampir mereka telah diberi satu tugasan untuk membuktikan pencapaian mereka di sekolah. Jadi itulah yang dilakukan oleh Keira sehingga pukul 3 pagi, dia harus menyiapkan setengah daripada tugasan itu.

Pada waku yang sama, semenjak kebelakangan ini banyak perkara yang menghantui fikiran Keira sehingga kadang membuatkan Keira terasa rumit.

Sewa bulanan masih belum dibayar, masuk bulan ini sudah 2 bulan dia tidak membayarnya. Tambahan pula, otaknya memikirkan keadaan adiknya yang masih lagi terlantar di wad hospital dan belum ada tanda untuk sedarkan diri.

Mana aku nak cari duit ni? Aku tak nak susahkan kau Yeon...aku minta maaf kalau disebabkan aku, kau terlibat dalam semua ni.

Keira bergumam sendiri dalam hati.

Disebabkan otaknya terlalu memikirkan masalah yang melanda, lama kelamaan matanya mulai mengantuk.

Laptop ditutup dan terus membawa diri ke arah katil. Dia menolak tubuh Yeonhee sedikit supaya dia memperoleh ruang untuk tidur.







Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu menyedarkan Keira kala itu berada di dapur bagi menyediakan sarapan pagi sebelum pergi ke sekolah.

Siapa pula ketuk pintu awal-awal pagi ni?

Selesai menyediakan sarapan di atas meja, Keira lantas berjalan ke arah pintu dan membukanya. Hampir saja terbeliak biji mata Keira apabila melihat seorang wanita separuh usia muda itu berdiri di hadapan pintu rumahnya.

Keira tersenyum kelat sebelum mempelawa wanita itu memasuki rumah, namun wanita itu menolak pelawaannya kerana tujuan dia datang ke rumah itu hanya sementara saja.

"Auntie...saya minta maaf. Buat masa sekarang saya masih belum ada duit untuk bayar sewa rumah." Keira berkata dengan nada sikit kecewa dan sedih. Dia berharap auntie itu akan memahami situasinya sekarang. Tapi tidak....

"Saya tak kisah lah K...tapi masalahnya rumah ni dah 2 bulan kamu tak bayar." Auntie itu membalas.

Ada raut pelik di wajah Keira apabila mendengarkan perkataan '2 bulan' itu.

"2 bulan?" Soal Keira.

"Ya 2 bulan...bulan lepas saya datang, tapi parents kamu kata mereka belum ada duit yang cukup. Tapi sekarang apa saya boleh buat, mereka pun dah tak ada...jadi kiranya sewa rumah ni termasuk bulan inilah. Saya minta maaf K..."

Keira hilang kata. Dia tak tahu bagaimana ingin mentafsirkan perasaannya kala itu, lebih-lebih lagi bila dapat tahu beban hidupnya makin bertambah.

"Tak apa lah auntie, saya akan usahakan untuk bayar. Auntie bagi saya masa lebih ya?" Keira merayu penuh harapan.

"Baiklah auntie faham..tapi auntie tak boleh nak janji sangat bila tarikh tamatnya kamu perlu bayar semuanya." Auntie itu berkata dan hanya anggukan kepala dari Keira diterima sebagai respons.

"Auntie balik dulu ya.."

"Baiklah."

Selesai perbincangan itu, Keira menutup pintu dan dia terkejut bila melihat susuk tubuh Yeonhee sedang berdiri di belakangnya.

"Aku minta maaflah K, aku bukan nak menyibuk..tapi aku terdengar perbualan kau dengan auntie tu tadi." Yeonhee memberitahu perkara sebenar, dia takut andai Keira salah faham.

"Hmm tak apa..eh jomlah breakfast nanti lambat pula." Keira masih mampu tersenyum walaupun dia dalam kesusahan. Yeonhee pula sekadar melihat ketabahan rakannya itu.

"Okay.."








Jungkook menunggu seseorang di dalam kereta. Dia agak terkejut bila tiba-tiba telinganya terdengar ketukan cermin kereta. Dia memalingkan wajahnya dan akhirnya orang yang ditunggu tiba.

"Sorry buat kau tunggu lama." Kata orang itu.

"Tak apa. Okay, sekarang aku nak tanya kau kenal tak seorang perempuan ni dekat sekolah kau...nama dia Kei..Keira? Aku rasa something like that lah bunyi nama dia." Jungkook menyoal.

"Kei..ra. Maksud kau..Kim Keira ke?" Soal orang itu semula.

"Aku tak tahu lah..tapi yang pastinya aku pernah terdengar nama Keira. Kalau betul itu nama dia, kenapa macam lain? Ya I mean..nama dia macam mix?"

"Ouhh..macam ni. Aku kenal siapa perempuan yang kau maksudkan tu sebab tak silap aku dia adalah antara pelajar perempuan yang paling ramai lelaki minat. Aku sendiri pun boleh kata lah..dia cantik, peramah, baik hati arghh semualah. Dan..nama dia Kim Keira sebab dia keturunan mix blood." Panjang penjelasan diberikan, Jungkook pula memasang minat dengan penuh mendengar cerita tentang gadis itu.

"Ouhh..kawan dia?"

"Kawan dia? Nama kawan dia Park Yeonhee. Aku kenal mereka 2 ni sebab ye lah kelas sebelah je. Tak jauh mana..."

Jungkook hanya menganggukkan kepala.

Oh, jadi nama perempuan yang aku langgar hari tu Yeonhee?

"Min? Thank you so much sebab kau...dah tolong aku." Ucap Jungkook. Lelaki itu tersenyum manis.

"No problem. Kau cousin aku kan? Perkara kecil je bagi aku."

Sebelum lelaki itu pergi, Jungkook sempat memanggilnya dan meminta kepadanya bahawa teruskan saja dengan rancangan mereka.

Rancangan aku..pasti akan berjaya!

Jungkook tersenyum girang. Enjin kereta dihidupkan dan berlalu pergi. Dia perlu kembali cepat ke dorm nanti mereka yang lain akan tanya pula ke mana dia menghilang pagi ini.


[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now