🌹29

7 1 0
                                    

Setelah memarkirkan kereta, Jungkook segera  keluar dari kereta lalu berjalan masuk ke dalam restoran.

Memandangkan ketika itu pada siang hari, jadi Jungkook terpaksa memakai mask dan hoodie supaya tiada orang yang mengenalinya.

Tatkala memasuki ruangan restoran itu, Jungkook mencari kelibat Keira dan semudah itu dia menangkap satu susuk tubuh yang sedang duduk membelakangi orang ramai di hujung restoran.

Keira sedang termenung. Kedatangan Jungkook di hadapannya langsung tak disedarinya sehingga lelaki itu terpaksa mengetuk meja berkali-kali.

Jungkook menarik nafas sebelum duduk. Dia tak berani untuk berlawan mata dengan Keira. Dia sedar sejak kedatangannya tadi, Keira hanya memperhatikan dirinya saja tanpa sikit pun beralih perhatian.

"Jadi...kenapa awak nak jumpa saya hari ni?" Soal Jungkook dengan berani.

"Kenapa? Awak tanya saya kenapa? Eh..bukan sepatutnya sebelum awak datang sini, awak dah memang tahu sebab nya." Keira berkata sinis.

"Huh..okay Keira, saya minta maaf."

"Tsk maaf? Saya pelik lah, kenapa bila sesuatu kesalahan tu dah berlaku barulah seseorang tu mengucapkan kata maaf? Kenapa ya?" Semakin sinis nada suara Keira.

"Saya tahu saya salah..saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak ada niat pun untuk kecewakan awak atau..."

"Atau apa? Atau...tak ada niat nak..jatuhkan maruah saya?"

Tergamam Jungkook dibuatnya. Entah apa yang merasukinya, tiba-tiba keinginannya untuk memarahi lelaki itu makin menjadi-jadi.

"Keira...boleh tak kalau awak jangan salah faham? Saya...saya tolong awak selama ni sebab...seb..."

"Sebab nak minta permohonan maaf dari kawan saya iaitu Yeonhee."

Keira sentiasa memotong percakapannya. Namun apakan daya, dia tahu gadis itu sedang memendam perasaan marah terhadapnya.

"Ye saya akui. Memang selama ni saya tolong hanyalah untuk mohon maaf dari Yeonhee, tapi...saya tak mampu untuk berdepan dengan dia sebab saya risau kalau reputasi saya terganggu. Jadi, saya tak ada cara lain...melainkan libatkan awak dalam hal ni."

"Tapi kenapa?! Kenapa mesti saya? Jungkook...awak tahu tak, apa awak buat membuatkan saya rasa malu sangan dengan diri saya sendiri? Awak fikir reputasi awak je? Then how about me?! How about me, Jungkook?! Awak tak fikir semua tu..."

"Saya tak pernah ada niat untuk jatuhkan maruah awak Keira..."

"Siapa lagi yang terlibat?"

Tiada jawapan dari Jungkook. Keira segera mendongakkan kepala.

"Saya tanya...siapa lagi yang terlibat?"

"Min...minsook. Sepupu saya."

"Semudah itu je kan, korang berdua kenakan aku. Seorang sanggup merayu nak jadi kawan aku, seorang lagi sanggup nak tolong? Wow...hebatnya. Aku bangga sangat ngan korang, sampai aku rasa diri aku ni bodoh. Untuk pengetahuan kau, aku kecewa sangat...sebab..apa yang berlaku semua ni bukanlah hasil usaha aku sendiri. Aku marah, sedih, kecewa semua perasaan tu aku rasa sekarang. Kenapa tergamak kau buat aku macam tu?"

Keira meluahkan segala yang terpendam dalam hati selama ini.

Jungkook hilang kata. Tapi ada sesuatu perasaan aneh yang tiba-tiba saja hadir waktu itu yang mana memaksa dirinya untuk terus memujuk Keira, seolah dia tak nak kalau gadis itu mulai menjauh darinya.

Cinta? Adakah perasaan seperti ini dikatakan cinta? Dia juga keliru.






3 hari berlalu selepas pertemuan...

[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now