🌼6

5 2 0
                                    

Jungkook memasuki ruangan dorm dan suasana di dalam dorm itu agak gelap, memandangkan lampu tertutup dan mereka yang lain sudah tidur.

Dia terpaksa menggunakan flashlight di telefon pintarnya untuk memudahkan jalannya ke bilik dan juga bagi mengelakkan yang lain tersedar dari tidur. Nanti apa dia nak jawab kalau mereka tahu, dia pulang lewat sebegini sebab ini adalah kali pertama dia kerap keluar dan akhirnya balik lambat.

Kalau boleh dia tak nak kalau ada sesiapa tahu tentang rancangannya ini, biarlah semuanya berjalan dengan lancar sehingga dia mendapat kemaafan daripada rakan kepada gadis tadi.

Selepas memasuki bilik, Jungkook terus membaringkan diri di atas katil. Sememangnya dia terasa penat sikit, tapi itu tak menghalang dirinya untuk tetap meneruskan niat dalam hati.

Otaknya ligat memikirkan gadis tadi. Dia teringin benar mahu mengetahui nama sebenar gadis itu, mana mungkin namanya hanya berhuruf 'K'. Jungkook memgukirkan senyuman halus di bibirnya bila wajah cantik gadis itu melintasi benak fikirannya. Dia dapat rasakan bagai ada sesuatu yang mekar di dalam hatinya setiap kali melihat wajah gadis itu.

Tak mungkin perasaan itu hadir, sedangkan selama ini dia berusaha melawan perasaan itu hadir ke dalam dirinya dan takkan sesekali biarkan ia mengawal isi hatinya. Tapi tidak kali ini, dia rasakan bahwa dirinya sudah kalah dan tak mampu untuk melawannya lagi.

Jungkook sedar pemikirannya semakin menjauh, cepat dia menggelengkan kepala dan meraup wajahnya berkali-kali bagi menghilangkan bayangan gadis itu. Dia harus sentiasa ingat akan rancangannya untuk memohon kemaafan, itu saja dia perlu lakukan sekarang.





Nasib hari ini adalah hujung minggu, jadi Keira membuat keputusan untuk bermalam di hospital semalam.

Keira bangun daripada tidur. Dengan matanya yang masih mamai, dia menatap seraut wajah yang kelihatan agak pucat di hadapannya ketika itu. Keira hanya mampu tersenyum tawar dan mengeluh perlahan.

"Bin, akak balik dulu tau. Kalau ada masa akak lawat lagi." Kata Keira sebelum berlalu keluar dari bilik.

Memandangkan dirinya masih belum bersarapan, Keira berhasrat untuk berhenti sebentar di kedai makan berdekatan untuk sarapan. Tapi sebelum itu, dia mahu menelefon Yeonhee sebab semalaman dia membiarkan Yeonhee bersendirian di rumah.

"Hello? Yeon?" Sapa Keira dalam talian.

"Hello? Ya K ada apa?" Tanya Yeonhee.

"Aku sekarang ni dekat kedai makan nak sarapan kejap. Kau tak perlu lah susah payah sediakan sarapan untuk aku, okay? By the way, sorry sebab semalam aku tak balik rumah...aku stay kat hospital je." Panjang Keira menjelaskan.

"Ouhh tak apa K...aku faham. Ye lah, kau sarapan lah situ. Aku nak mandi kejap hahaha.." Kedengaran Yeonhee ketawa sebelum masing-masing mematikan talian. Keira pula sekadar tersengih.






Usai bersarapan, Keira ingin pulang. Dia pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran, tapi dia terkejut bila isi dompetnya kosong. Keira menepuk dahinya sendiri bila dia baru teringat bahawa wang yang dibawa semalam hanya cukup untuk membayar tambang teksi.

Kenapa laa..aku tak check dulu dompet aku tadi.

Keira memandang sekeliling. Ramai pelanggan turut ada di kedai itu. Takkan dia nak balik begitu saja tanpa membayar. Hutang? Keira berasa malu pula mahu berhutang sebab ini adalah kali pertama dia tidak membawa lebihan wang bersama dengannya.

"Tak apa, saya tolong bayarkan." Kata seseorang. Keira memalingkan wajahnya ke sisi dan terlihat seorang lelaki berdiri, namun wajah tak dapat dilihat sebab lelaki itu memakai mask.

"Saya rasa tak apa lah, awak tak perlu bayarkan untuk saya pun. Saya boleh balik ambil duit then datang sini balik." Keira berkata akhirnya bila terdiam seketika tadi. Hatinya tak dapat menafikan bahwa lelaki yang sedang berdiri di sisinya ketika ini, memang nampak handsome dan gentleman dengan hoodienya yang serba hitam.

"It's my pleasure dear dan saya pun dah bayarkan. Tak apa just keep the change.." Balas lelaki itu seraya tersenyum manis ke arahnya.

Entah kenapa saat Keira melihatkan senyuman itu, jantungnya bagai mahu terkeluar saja dari badan. Degupannya tak dapat ditahan bila ia semakin laju. Keira menarik dan menghembuskan nafas bagi mengawal setiap degupan jantungnya.

Tatkala itu, Keira tak sempat untuk berkata-kata apabila lelaki itu terus saja melangkah pergi dari kedai itu. Terkebil-kebil biji mata Keira melihat sosok tubuh lelaki itu dari belakang sehingga kelibatnya hilang dari pandangan.

"Thank you." Keira terpaksa mengatakan itu kepada penjaga kaunter di situ.

Kau tak patut senyap je tadi K, kau patut cakap sesuatu...dah lah dia dah tolong bayarkan untuk kau. Kau pula boleh senyap dan tak cakap 'terima kasih'?

Keira berfikir tentang kesilapannya itu. Entah baru sekarang dia perasan semua itu, sedangkan tadi dia hanya membisu. Dapat rasakan semestinya aura lelaki tadi tampak lain hampir saja membuatkan jiwa Keira bergelora tapi masih dapat dikawal. Nasib baik saja.








Tok tok tok

Mendengar ketukan pintu itu, Keira bangun dan menapak ke arah pintu. Terjengul susuk tubuh Yeonhee di hadapan biliknya, Keira mengerutkan dahi sebab pelik kenapa Yeonhee tiba-tiba pergi ke bililnya nak kata kena panggil tak ada pula.

"Masuklah.." Kata Keira walau dalam hati masih hairan.

Yeonhee melangkah masuk lalu duduk di birai katil milik Keira.

"Apa mimpi kau tiba-tiba datang bilik aku ni?" Keira bertanya sambil matanya fokus ke arah lukisan di laptopnya.

"Saja, lagipun aku tengok kau lain macam je hari ni." Yeonhee membalas.

"Lain macam apa? Aku okay je..."

"Kata dah tak nak terlibat dalam bidang fashion designer  lagi, tapi apa lah kau buat tu?" Yeonhee mengalihkan topik sebab dia sendiri pun tak tahu nak bualkan apa lagi.

"Ini..aku saja je lukis, bosan kau faham tak? Dan rasanya tak salah kalau aku jadikan perkara ni sebagai hobi aku. At least kalau tak ada benda nak buat kat rumah masa cuti-cuti macam ni...aku tak adalah bosan sangat kan." Panjang Keira memberi penjelasan.

"Kau ni..sayang tahu tak bila kau lepaskan impian kau macam tu je. Kau ingat aku tak tahu, perkara ni satu-satunya yang kau nak sangat capai dalam hidup kau? Then, end up kau putus asa."

Terdiam seketika Keira. Kalau boleh dia tak nak perkara berkaitan minatnya ini dibincangkan lagi. Dia mahu melepaskan semuanya.

"Yeon..aku...tak bermaksud nak lepaskan semua benda ni macam tu je tau. Dan aku tak bermaksud juga nak putus asa, cuma...aku belum bersedia lah Yeon. Aku takut...aku risau..."

"Apa kau nak takutkan? Apa kau nak risau?"

"Aku takut bila aku dah capai semua ni, end up aku jatuh. Masa tu tak ada siapa yang akan support aku. Aku tak berani ambil risiko Yeon." Keira berkata dengan nada sedih.

















[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now