🌹22

7 1 4
                                    

Mianhae, lupa nk ckp..ini dh masuk part 3 ya 😆❣️enjoy reading guysss!!  

Keira yang pagi itu sudah bersiap untuk pergi interview nampak kemas dan cantik sekali apabila buat pertama kalinya Keira memakai gaun sehingga paras lutut.

"Bin! Kakak pergi dulu tau. Nanti jangan lupa kunci pintu semua." Beritahu Keira lebih kepada arahan.

"Ye." Ringkas saja Hyunbin membalas.

Memandangkan dia masih belum mempunyai kenderaan peribadi sendiri, jadi terpaksalah dia menaiki grab saja untuk ke tempat yang perlu ditujunya nanti. Ingin meminta tolong dari Yeonhee, tapi gadis itu pula sudah mulai sibuk dengan pekerjaannya sebagai CEO.

Sepanjang perjalanan Keira hanya mendiamkan diri, sesekali juga dia membuka telefon pintarnya takut kalau ada pesanan penting masuk.

Beg sandang yang dibawanya dibelek seketika. Dia ingin periksa sekali lagi setiap barang yang perlu dibawanya bersama, mana tahu ada yang terlupa dibawa terus jadi satu masalah besar baginya nanti.

Ralit memeriksa isi dalam beg sandangnya, terasa kereta berhenti. Keira tahu dirinya telah pun tiba di destinasi, jadi dengan itu dia meminta terlebih dahulu dengan pemandu grab itu.

Tatkala kakinya menapak keluar dari kereta, mata Keira tak lepas dari memandang luaran bangunan yang agak tinggi itu. Pada waktu yang sama matanya menangkap sebaris perkataan yang terletak di sebelah bangunan itu iaitu perkataan 'HYBE'.

Keira membuka telefon pintarnya untuk memastikan mesej yang diterimanya semalam adalah benar.

Jadi betullah ni tempat dia..hmm besar jugak!

Gumam Keira dalam hati.

Telefon pintar disimpan semula dalam beg. Tanpa melengahkan masa, Keira terus melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Sejujurnya dia masih belum tahu apakah tujuan dirinya dipanggil untuk datang ke situ, tapi pastinya memang ada kaitan dengan pertandingan yang telah dimenanginya itu.

Sewaktu melangkah masuk Keira terpegun melihat sisi dalam bangunan HYBE itu, matanya meliar memerhati sekeliling dan dia juga berasa kagum dengan ketekunan yang ditunjukkan oleh para staff yang bekerja di situ. Dia tahu betapa komitmennya mereka dalam pekerjaan yang diceburi.

"Cik ni siapa?" Tanya seseorang membuatkan Keira terkejut.

"Oh saya minta maaf, kalau sapaan saya mengejutkan cik." Katanya lagi sebelum Keira bersuara.

"Ouhh tak apa, salah saya juga...err by the way nama saya Kim Keira." Balas Keira akhirnya.

Gadis yang boleh dikatakan hampir sebaya yang sedang berdiri di hadapannya ketika itu, diperhati dari atas hingga bawah. Dapat dia rasakan bahwa gadis itu bukanlah pekerja biasa di sini, kalau tak mana mungkin dia memakai pakaian sebegitu formal sedangkan yang lain terlihat lebih casual.

"Cik Kim ada buat sebarang appointments ke dengan sesiapa kat sini?" Tanya wanita itu lagi.

"Err appointments tu tak adalah, tapi semalam saya ada terima mesej mengatakan yang saya perlu datang sini untuk interview katanya. Jadi sebab tu saya  kat sini." Dengan sopan Keira membalas.

[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang