🌹27

7 1 0
                                    

Waktu malam...

Jarum jam menunjukkan ke angka sembilan malam. Hari ini Keira agak berpuas hati bila siang tadi, dia mendapat komen yang bagus tentang design tersebut.

Tak sabar rasanya ingin melihat para anggota BTS memakainya. Dia berharap pujian yang baik-baik akan diterimanya nanti.

Lamunannya sempat terhenti bila terasa getaran telefonnya di dalam beg.

Telefon diambil dan tak lain tak bukan, Yeonhee yang menghantarnya pesanan. Dia terus membuka pesanan itu.

"K..malam ni aku kena kerja lebih masa pulak. Aku akan ambik masa tambahan 30 minit means aku akan balik dalam pukul 9:30 nanti. Sorry tau🥺🥺. Kalau kau nak balik dulu, kau balik jelah..tapi kalau kau sanggup tunggu aku hmm suka hati kau." - Yeonhee.

Keira mengeluh sebelum membalas semula pesanan rakannya itu.

"Okay, tak apalah aku tunggu kau je. Tak lama sangat pun.." - Keira.

Tidak menerima sebarang balasan, Keira menganggap Yeonhee sudah membacanya cuma tiada kesempatan untuk membalasnya.

Sedang Keira duduk bersantai dalam bilik tersebut, terdengar satu ketukan pintu. Lantas Keira beri arahan.

"Masuk."

Keira segera mengalihkan perhatiannya dari memandang telefon ke wajah Jimin yang sedang berdiri di hadapannya.

"Kau belum balik?" Soal Jimin. Dia sangkakan Keira dah balik, tapi dia tetap cuba untuk mengetuk pintu tadi.

"Belum. Aku tunggu Yeon..dia balik lambat sikit malam ni." Balas Keira.

Pada mulanya mahu saja dia menunggu Yeonhee di bawah, tapi baru dia teringat bahwa Jimin akan datang berjumpanya sekali lagi. Terus niatnya itu dibatalkan.

"CEO memang banyak kerja kan?" Tanya Jimin  seraya menarik kerusi di hadapan Keira.

"Absolutely."

"Ohh aku lupa pulak tujuan kau datang sini. Kau dah sedia?" Keira menyoal dengan nada sinis.

"Sedia apa?"

"Sedia untuk tahu serba sikit tentang Yeonhee lah."

"Haa pasal tu, ak..."

Jimin belum sempat menghabiskan kata-katanya Keira mencelah lebih pantas.

"Okay, aku tahu kau memang dah sedia dari awal pagi tadi kan...hmm riak muka kau tu pun aku dah boleh agak lah.."

Jimin sekadar tersengih.

"So, apa kau nak tahu pasal dia?"

"Err..apa yang dia suka dan tak suka?"

Keira menjegilkan matanya. Berkerut dahi Jimin bila reaksi gadis itu seakan pelik semacam.

"Lelaki ni semua sama kan? Kalau ye pun sebelum nak tahu apa yang dia suka atau tak...tanyalah dulu tentang perangai, sikap seseorang tu. Kau ni jenis pandang rupa ke? Tak nak kenal hati budi dulu?" Entah kenapa tiba-tiba saja angin Keira berubah waktu itu. Mungkin dia agak tak berpuas hati dengan permintaan Jimin tadi.

[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now