🌸19

4 1 2
                                    

Puas dipujuk oleh Yeonhee, akhirnya Keira membuat keputusan untuk menyertai pertandingan yang diadakan itu juga.

Dia akui ada baiknya juga dia cuba merebut peluang itu, andai ini satu-satunya cara dia boleh lakukan untuk mengubah hidupnya suatu hari nanti.

"Yeon, kau yakin ke dengan keputusan aku?" Tanya Keira sebaik mereka tiba di hadapan sebuah bangunan yang tinggi.

"Kau tanya aku pulak...aku ni tolong kau je, sepatutnya soalan tu kau yang tanya diri kau sendiri. Bukan aku..." Balas Yeonhee.

Keira hanya diam, tanpa sebarang kata.

Kau yakin, kau boleh buat ke Keira?

"Tak payah fikir banyak sangat boleh tak? Aku, Hyunbin, Minsook...akan sentiasa sokong kau. Jangan risau. Aku percaya kau boleh buat K! Satu lagi, kau kena ingat...apa pun dugaan yang kau hadap selama pertandingan tu, jangan mudah mengalah. Perjuangkan apa yang kau impikan selama ni dan manfaatkan sebaik mungkin bakat terpendam kau tu. Jangan sia-siakan. Faham?!" Yeonhee menasihatinya dengan jelas.

"Iyeee...kau ni dah macam eomma aku pulak." Balas Keira.

"Mestilah."

"Kalau macam tu, kau kena janji...jaga adik aku elok-elok."

"Baik bos! Akan saya jalankan tanggungjawab."

Keira sempat melambai ke arah mereka, sebelum dia melangkah masuk ke dalam bangunan itu.







Sebelum balik, Yeonhee sempat mengajak Hyunbin dan Minsook untuk meluangkan masa bersama-sama di restoran iaitu tempat Keira bekerja.

Fikirnya kalau balik awal sekalipun, bukan ada benda dapat dibuat waktu sekarang ini.

Selepas membuat pesanan masing-masing, Yeonhee terus bersuara.

"Guys, kau orang rasa Keira boleh buat ke?"

Minsook mengerutkan dahi mendengar soalan dari Yeonhee itu. Agak pelik.

"Kau kenapa Yeon? Mestilah Keira boleh buat! Tadi kau sendiri juga nasihat dia, tapi sekarang kau nak risau lebih-lebih pulak. Kenapa?"

"Tak adalah...mana tahu seronok-seronok kita kat sini doakan semoga dia berjaya. Sekali dia tarik diri tiba-tiba, hah macam mana?"

"Eihhh tak baik tau cakap macam tu...aku percaya lah kakak aku boleh buat. Sebab itu dah memang impian dia dari dulu, jadi takkan dia nak sia-siakan je." Giliran Hyunbin pula berkata dan disokong oleh Minsook.

"By the way, thanks sebab kau nak belanja kita orang ni. Entah mimpi apa kau hari ni."

"Sekali sekala kan...lagipun mama aku dah transfer duit dalam akaun aku, haa itu yang aku belanja kau orang terus ni."

Dulu mereka berempat, kini hanya mereka bertiga saja. Keira takkan bersama dengan mereka selama tempoh 2 minggu, seperti yang telah ditetapkan dalam syarat pertandingan.







Berdegup-degup jantung Keira bila sedang berdiri di hadapan para juri ketika itu.

"Hello! Saya ingin ucapkan tahniah kepada kamu yang berani mengambil peluang ini demi masa depan kamu. Saya juga ingin maklumkan 10 orang antara kamu, pihak kami hanya akan memilih 3 orang saja sebagai pemenang dan akan bermulalah tugasan masing-masing." Beritahu salah seorang pengurus pertandingan tersebut.

Keira mendengarkan semua itu dengan teliti. Dia berharap antara 3 orang terpilih itu, adalah dirinya sendiri.

Walaupun pada mulanya dia bertekad tak mahu meneruskan lagi impiannya ini, tapi dia baru sedar bahwa semua itu hanyalah perasaan egonya sendiri dan juga kecewa.








Entah kenapa hati Yeonhee tiba-tiba terusik bila mengenangkan semula peristiwa yang berlaku di restoran tadi antara Minsook dan salah seorang pekerja di situ.

Tiap kali Yeonhee mengimbas lagi peristiwa itu, pasti dia tersenyum sendiri. Bukan bermaksud dia cemburu tapi tingkah laku Minsook memang mencuit hatinya.

Masih tersimpan rapi dalam ingatan bila Minsook tanpa segan silu meminta nombor telefon gadis itu dan berani melakukannya di hadapan dia dan Hyunbin.

Alangkah malu dirinya sebagai seorang kawan kepada Minsook.

Min..Min...cara kau nak pikat perempuan punyalah cliche...hahaha

Tanpa disedari, tawa yang ditahan dari tadi akhirnya terhambur juga. Telatah Minsook memang sukar dilupakan. Tak sabar rasanya mahu menunggu kehadiran Keira semula, dapatlah dia menceritakan perkara yang berlaku hari ini.

[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now