🌸14

3 1 0
                                    

"Rancangan pertama berjaya! Bayaran sewa rumah beres!" - Minsookie.

Pesanan chat daripada Minsook telah diterima oleh Jungkook.

"Bagus! For the next plan, kau tunggu je..nanti aku akan beritahu bila berjumpa lagi." - Jungkook.

Pesanan dihantar.

Jungkook tersenyum sendiri bila membaca setiap chat yang diterima daripada Minsook sehingga berjaya mengalihkan perhatian Hoseok dan Namjoon yang memang dari tadi seronok mengintainya dari belakang.

Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain lalu menganggukkan kepala seakan memahami apa yang terlintas dalam minda masing-masing.





Semalaman Keira bermalam di hospital. Nasib baik hari ini dia bekerja dari shift petang hingga malam, bermaksud dia boleh datang lambat sikit ke restoran itu.

Pintu ditolak. Keira melihat sekeliling kawasan ruang tamu agak kemas dan bersih. Dia pelik, siapakah yang sanggup membantunya untuk mengemas semua ini sedangkan nak kata ada maid, malah dia sendiri tak mampu membayar gaji mereka.

Yeonhee? Tak mungkin dia...tapi...bukan dia ke yang stay dengan kau buat masa sekarang K? Siapa lagi kat rumah ni?

Keira berfikir.

Baru saja ingin melangkah, tiba-tiba telinganya menangkap bunyi vacuum menunjukkan bahwa ada seseorang sedang membersihkan rumah.

Perlahan-lahan dia melangkah. Hampir terkejut juga dia apabila melihat Yeonhee yang sedang berkemas di dapur.

"Yeon?! Kau buat apa ni?" Tanya Keira dengan lantang bila bunyi vacuum agak bising.

Yeonhee masih tak memberi sebarang reaksi. Keira lalu berjalan ke arah suis alatan tersebut dan dimatikan suisnya.

"Erghh...siapa pu..." Terhenti kata-kata Yeonhee bila melihat Keira berdiri di belakangnya dengan lagak seperti seorang majikan.

"Kau buat apa ni?" Keira bertanya sekali lagi. Dia mulai rasa serba salah sebenarnya  sebab sepatutnya dialah yang harus menjaga rumah itu tetapi bukan rakannya.

"Aku kemas rumah lah." Yeonhee membalas tanpa ambil peduli akan reaksi Keira.

"Yeon, sepatu...-"

"Ye aku tahu, sepatutnya kau yang buat semua ni sebab ini rumah kau dan semuanya perlukan tanggungjawab kau sendiri. Tapi...."

"Tapi apa?"

"Tapi...kau kan sibuk. Takkan lah aku nak biarkan aje kau buat semua kerja ni sendiri lepas tu nak kerja lagi. Tak ke penat macam tu? Lagipun, aku rasa macam tak adil lah...kalau aku cuma stay sini makan minum mandi semua kat sini, end up aku tak ada buat apa-apa. Hanya harapkan kau je, memang taklah!"

"Sorry..kalau aku banyak susahkan kau."

"Tak adalah, aku okay je..buat semua ni. Kau tak perlu risau lah."

Yeonhee cuba meyakinkan Keira.






Pantang saja tiba waktu rehat, pasti Jungkook akan keluar bertemu dengan Minsook, membuatkan member BTS yang lain semakin berasa ragu dengan dirinya.

"Kau tengok tu, asal rehat sikit je..dia terus minta diri nak keluar. Kau rasa lah kan, dia jumpa siapa ya?" Tanya Hoseok penuh ragu.

"Minsook tu siapa pula?" Giliran Namjoon pula bertanya tanpa menjawab soalan Hoseok tadi.

"Jangan-jangan orang yang JK selalu jumpa, Minsook. Aku pun tak tahulah." Balas Taehyung pula sambil mencebikkan bibir.

Masing-masing memikirkan apa yang sedang berlaku sekarang dan minda mereka juga tak berhenti berfikir tentang sikap Jungkook itu.

"Why not kita plan sesuatu?" Giliran Yoongi pula menyampuk.

"Hmm good idea, tapi apa?" Jimin bersetuju lalu menyoal semula.

"Kenapa kau orang tengok aku?"

Jin yang dari tadi hanya mendiamkan diri, terkejut bila Namjoon, Hoseok, Jimin, Taehyung dan Yoongi menoleh ke arahnya.

"Do you have any idea?" Taehyung yang ingin mencuba kepetahannya dalam berbahasa Inggeris, sengaja bertanya begitu kepada Jin.

"Idea?"

Semua menganggukkan kepala, tidak sabar ingin mendengar idea yang akan disampaikan oleh Jin itu.





"Huh!" Keira mengeluh dan tanpa disedari keluhannya itu dapat didengar oleh Jihyo yang turut bersamanya menyapu lantai di restoran itu.

"Uish, berat sangat mengeluh tu. Kenapa? Kau ada masalah ke?" Lancar mulut Jihyo menyoal soalan itu tanpa bersembunyi.

"Tak adalah, aku okay je...cuma..biasalah penat kan." Keira cuba mengelak, dia tak mahu kalau Jihyo tahu akan masalah yang dihadapinya.

"Ouhh, aku ingatkan kau ada masalah apa-apa ke. Mana tahu kot-kot aku boleh tolong." Jihyo berkata bersedia memberi pertolongan kepada rakannya itu jika dirinya diperlukan.

Keira tidak membalas malah hanya melemparkan senyuman.

Kim Hyunbin sudah dibenarkan untuk dibawa pulang dari hospital. Keira berasa lega bila adik kesayangannya sudah kembali ke pangkuannya seperti sedia kala.

Kini rumah yang didiami akan lebih ceria, tambahan sikap Kim Hyunbin dan Yeonhee hampir sama saja. Namun, apa yang jadi masalah adalah bayaran bil atas rawatan adiknya selama ini.

Dan itu juga membuatkan Keira masih dalam keadaan bingung memandangkan simpanan wang dimiliki waktu sekarang, sekadar cukup untuk perbelanjaan mereka bertiga di rumah saja.

[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now