🌸18

4 1 0
                                    

Sebelum pergi kerja, Keira sempat membuka laptopnya memandangkan dia masih ada setengah jam saja lagi sebelum memulakan rutin hariannya.

Keira berasa pelik bila dia ternampak satu pesanan mesej telah masuk ke emelnya. Tanpa berlengah dia terus membuka pesanan itu dan hampir ternganga Keira dibuatnya.

"Kim Keira, your name have been successful to join  in Fashion Designer Global Competition."

Sebaris ayat itu dibaca berkali-kali oleh Keira. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang baru dibacanya itu.

"Yeonhee!!!!" Laung Keira dari bilik.

"Apa? Apa?" Balas Yeonhee dengan tergesa-gesa bila namanya dipanggil oleh Keira. Nafasnya agak tak teratur bila dia terpaksa berlari naik ke tingkat atas.

"Kau baca ni." Arah Keira.

Yeonhee mengecilkan mata untuk membaca apa yang ditulis itu dan dia turut memberikan respons yang sama seperti Keira tadi.

Mereka saling berpandangan. Masing-masing hairan dengan situasi yang berlaku sekarang.

"Okay! Relax...chill...apa semua ni?" Soal Yeonhee ingin tahu.

"Kau tanya aku, manalah aku tahu."

"Kau dapat mesej ni bila?"

"Semalam? Sebab aku baru buka pagi ni..means semalam lah kan."

Sekali lagi mereka saling berpandangan. Entah apa yang bermain dalam minda masing-masing pun tak tahu. Yang pastinya mereka ingin tahu macam mana perkara ini berlaku.





Setelah Keira meminta diri untuk pergi kerja, Yeonhee lantas menelefon Minsook. Dia tahu pasti hal ini memang ada bersangkut-paut dengan lelaki itu. Jadi, dia mahukan penjelasan daripadanya.

Yeonhee sudah sampai di cafe terlebih dahulu. Dia masih menunggu kehadiran Minsook, niatnya bukan untuk memarahi atau menuduh lelaki itu tapi dia hanya mahukan kepastian saja supaya setiap persoalan akan terjawab.

Mata Yeonhee meliar melihat sekeliling cafe dan kala itu juga matanya menangkap satu susuk tubuh yang baru masuk ke dalam cafe. Pantas Yeonhee berdiri lalu melambaikan tangannya.

Minsook pula segera berjalan ke arah Yeonhee.

"Hey!" Tegur Minsook seraya duduk.

Yeonhee tak bercakap. Malah dia hanya memerhatikan saja wajah selamba Minsook, jadi agak sukar baginya untuk mengatakan Minsook terlibat dalam hal ini.

"Aku nak order a-..."

"Tak payah." Belum sempat Minsook menghabiskan kata-katanya, Yeonhee laju memotong.

Agak kecut perut juga Minsook dibuatnya bila melihat wajah serius Yeonhee itu.

"Err..tak payah? Tapi kenapa?" Minsook cuba memberanikan diri untuk bercakap.

"Aku dah orderkan." Tegas suara Yeonhee kedengaran.

Perlahan-lahan Minsook menganggukkan kepalanya juga.

"Baiklah! Kita straight to the point je lah yaa..kau tahu tak apa yang sedang berlaku sekarang?" Tanya Yeonhee.

"Errr...ta..tahu apa?"

"Aku dengan Keira bukan nak tuduh kau, tapi semenjak kita orang berkenalan dengan kau...banyak sangat perkara 'pelik' yang berlaku."

Minsook hanya membisu.

"Aku nak kau jujur...siapa yang tolong bayarkan sewa rumah Keira dan siapa juga yang tolonh bayarkan bil rawatan Kim Hyunbin dan siapa yang daftarkan nama Keira dalam pertandingan tu?"

Tidak berkelip biji mata Minsook bila dirinya disoal seperti itu. Gaya Yeonhee menyoalnya saja sudah cukup menggerunkan apatah kalau dia tahu akan perkara sebenar.

Walau macam mana pun Minsook tetap cuba untuk berlagak tenang, seolah tiada apa yang perlu dirisaukan. Kalau tak, semestinya Yeonhee dapat meneka perasaannya ketika itu dengan hanya melalui air mukanya saja.

"Kau cakap apa ni?" Soal Minsook sengaja ingin berdalih.

"Takkan kau tak tahu apa-apa..."

"Huh! Okaylah kalau kau nak sangat tahu. Aku...." Kata-katanya terhenti di situ, dia cuba menyusun ayat yang sesuai untuk diberikan sebagai alasan.

"Aku....tak tahu. Ya! Aku beritahu perkara yang betul...aku memang tak tahu. Yeon, aku baru je kenal kau orang berdua sebulan yang lalu tau..takkan aku nak buat kerja-kerja yang macam tu."

"Macam aku cakap tadi, aku dengan Keira bukan nak tuduh kau...cuma pelik lah kenapa semenjak kenal kau ni dan kau pun dah jadi kawan kita orang...semua benda ni timbul macam tu je. It so weird, you know?" Beritahu Yeonhee terus-terang.

"Mungkin....itu hanya kebetulan."

Yeonhee diam. Dia berfikir sebentar. Mungkin betul juga apa yang dikatakan oleh Minsook, ianya sekadar kebetulan.






Suasana dalam bilik agak kecoh bila masing-masing sedang sibuk menyediakan diri untuk event malam ni.

"Senyap je kau Kook? Kenapa? Kau ada plan lain lagi ke?" Soal Hoseok sedikit sinis.

Jungkook yang kala itu sedang disolek, melemparkan pandangannya ke arah Hoseok melalui cermin besar yang berada di hadapannya dengan senyuman sinis.

"Tak ada. Salah ke untuk berdiam diri sementara waktu?" Balas Jungkook dengan selamba.

"Ouhh..okaylah kalau macam tu. Aku ni bukan apa...aku cuma tak nak kau rasa terganggu, itu je." Kata Hoseok terus-terang.

Kata-kata Hoseok itu langsung membuatkan Jungkook tergamam. Apakah Hoseok tahu bahwa selama ini, dia selalu memikirkan tentang Keira? Selepas apa yang telah dia sendiri lakukan?

Ya, tak dapat dinafikan lagi. Pada awalnya tujuan dia membantu gadis itu hanyalah kerana ingin memohon maaf daripada rakannya, Yeonhee tapi sebaliknya lain pula yang jadi.

Makin cuba dihindari, makin ianya kuat. Entah kenapa setiap kali dia berfikir, pasti seraut wajah mulus gadis itu akan turut bermain dalam mindanya. Seakan wajah itu sudah terkunci kemas dan takkan dilepaskan.

Jungkook menarik nafas sedalam mungkin, dia cuba untuk menghilangkan rasa getaran dalam jiwa yang kini kian terasa. Sama ada dapat hilang dengan sendirinya, entah..buat masa sekarang dia sendiri masih belum menemui jawapan itu.

Dia buntu. Ya, sememangnya.

[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now