🌹30 (i)

4 1 0
                                    

"Dah tiba masanya untuk kau tebus balik atas semua kesalahan lalu kau pada Keira." Kata Yeonhee.

Selepas kejadian Keira dimasukkan ke hospital, mereka semua telah berbincang untuk sama-sama membantu Jungkook untuk memulihkan kembali keadaan.

Malah Yeonhee juga semakin rapat dengan Jimin.

"Kau fikir semudah tu je ke Keira akan maafkan aku?"

"Aku lebih kenal Keira tu lama daripada kau, jadi aku tahu..mustahil dia tak maafkan kau. Sebab tu aku suruh kau cuba..faham tak? Sampai bila kau nak jadi seorang pengecut macam ni?"

Walaupun agak pahit untuk diterima kata-kata Yeonhee itu, tapi ada betulnya juga.

"Hm aku setuju apa Yeonhee cakap. Betul sangat." Sokong Jimin. Mereka lain sekadar mengangguk.

"Okay, kalau macam tu kita pergi rumah Keira..dia baru dibenarkan keluar hospital semalam." Cadang Yeonhee.

Perjumpaannya bersama mereka langsung tak diketahui oleh Keira. Nasib baik hari itu Yeonhee bercuti, jadi dia mempunyai banyak masa yang terluang.

Enjin kereta dihidupkan. Sewaktu mereka berbincang itu, memang mereka sudah berada dalam kereta milik persendirian BTS. Tetapi pemandunya adalah Yeonhee sendiri.

"Yeon...pasal rumor tu.."

"Tak apa, masalah tu dah selesai pun. Jangan risau."

Yeonhee meyakinkan Jungkook.

"Tapi..."

"Tak apa..aku tahu apa yang aku buat. Okay?" Tegas Yeonhee lagi.

"Kau ni pun..dia tu bukan calang-calang orang,  selaku CEO pemegang saham pelaburan terbesar kat negara ni tau. So tak mungkin orang nak sikap kurang ajar ngan dia..."

Jimin berbisik pada telinga Jungkook supaya Yeonhee tidak mendengar perbualan mereka.




Keira hanya berada dalam bilik. Memang itulah rutin hariannya selepas kejadian menyeramkan itu berlaku. Dia lebih suka meluangkan masa di dalam bilik berbanding di luar, tambahan juga dia sudah berhenti kerja.

Tiada siapa tahu akan keputusannya itu. Biarlah jadi rahsia sementara waktu.

Sedang seronok Keira membaca sesuatu di tangannya, terdengar suara riuh di bawah. Dia tahu Yeonhee dah datang.

Dia ingin melangkah ke arah pintu, tapi baru saja berdiri pintu bilik sudah dibuka terlebih dulu dan terpacul dua raut wajah yang cukup dikenalinya.

Apa pulak dah mamat ni buat kat sini..

Keira kembali duduk di atas katil. Melihatkan wajah itu membuatkan moodnya terasa melayang jauh.

Tubuh sasa Jungkook ditolak oleh Yeonhee, sejurus itu pintu terus ditutup. Membiarkan Keira dan Jungkook saja dalam bilik.

"Awak buat apa kat sini?" Soal Keira tanpa menoleh ke arah Jungkook.

Perlahan-lahan Jungkook berjalan mendekati Keira, memandangkan gadis itu tidak memberi sebarang reaksi jadi dia akur lalu duduk saja bersebelahan Keira.

"Saya..saya nak minta maaf atas apa yang dah berlaku." Jungkook berterus-terang.

"Awak datang sini semata-mata nak minta maaf? Tak perlu Jungkook...saya tak perlu semua tu."

"Keira, tolonglah bagi saya peluang. Saya betul-betul harapkan kata maaf dari awak sekarang, saya sedar kesalahan saya. Please Keira..."

Tanpa segan-silu Jungkook memegang tangan Keira dan menggenggamnya dengan erat sekali.

[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now