🌼8

7 1 0
                                    

Sepanjang pembelajaran Keira langsung tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya walaupun sering kali ditegur oleh Yeonhee. Dia sudah cuba tapi ianya semakin sukar.

Nasib Ms. Lee tidak perasan akan sikapnya itu. Loceng berbunyi menandakan waktu pembelajaran yang pertama sudah tamat, kini pelajar akan berehat. Keira masih di dalam dunianya sendiri dan tersedar apabila Yeonhee menolak perlahan sikit tubuhnya sehingga membuatkan lamunannya terhenti.

"Dah puas mengelamun?" Tanya Yeonhee sedikit geram. Dari tadi dia melihat rakannya itu seperti dalam kesusahan, tapi dia hanya mampu mendiamkan diri.

Keira hanya buat tak tahu. Dia tahu Yeonhee sedang marah akan dirinya ketika itu.

"Jomlah pergi makan." Ajak Yeonhee seraya menarik pergelangan tangan Keira.

Keira hanya turutinya saja tanpa menghalang. Dia malas mahu berfikir buat masa ini, cukuplah beberapa perkara yang sudah menyerabutkan kepalanya tak mahu ditambah lagi.

Sepanjang perjalanan mereka ke kantin, mereka tak perasan bahwa ada seseorang sedang mengekori langkah mereka dari belakang.

"Yeon aku ada perkara nak cakap dekat kau ni." Kata Keira tiba-tiba, memecahkan kesunyian sekeliling mereka.

"Nanti ya, sabar. Tunggu sampai kantin nanti." Yeonhee membalas.

Tiba saja mereka, Yeonhee terus bertanya tanpa membuang masa.

"Hm apa dia? Cakap lah.."

"Macam ni, aku rasa..aku dah fikir masak-masak nak kerja untuk sementara waktu ni." Sebenarnya Keira tak mahu perkara ini dibincangkan bersama dengan Yeonhee sebab dia tahu Yeonhee takkan setuju, tapi Yeonhee lah satu-satunya rakan yang dia ada sekarang.

Dapat dilihat reaksi terkejut terlakar di wajah Yeonhee apabila Keira menyatakan hasratnya itu. Yeonhee masih berfikir.

"Tapi kenapa? Kau tahu kan..kau masih sekolah, lagipun tahun ni tahun akhir kita sebelum fully graduate. Takkan kau nak sia-siakan masa kau macam tu je.."

Keira dapat agak apa yang akan Yeonhee balas. Jadi dia hanya mendengar.

"Tapi Yeon..aku betul-betul dah tak ada apa-apa ni, nak kena bayar sewa rumah, kos rawatan adik aku, yuran sekolah adik aku untuk tahun depan. Mana aku nak cari untuk semua tu Yeon..?" Lirih saja suara Keira memberi penjelasan. Dia berharap sangat Yeonhee akam faham situasinya.

"K..aku ni bukan apa tau, aku cuma risau. Yelah, dahlah sekarang ni kita dalam proses siapkan assignment terakhir. Dan kau pula nak kerja, sempat ke? Aku risau nanti kau stress, aku tak nak tu berlaku pada kau K."

"Yeon itu kau tak perlu risau sangat, pandai-pandailah aku agihkan masa nanti. Kau sendiri pun tahu kan, sekarang ni aku yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam semua hal, dan ya for sure aku tak nak susahkan kau. Aku dah banyak susahkan kau lah Yeon sampai kau sanggup tinggal dengan aku."

"Aku tak pernah anggap pun yang kau susahkan aku K..aku ikhlas semua ni. Kau kawan aku, mana mungkin aku nak biarkan kau bersendirian lebih-lebih lagi hadapi masalah macam sekarang."

"Ye aku tahu."

"Macam ni lah K..kalau kau pun dah buat keputusan macam tu aku tak boleh nak halang. Tapi kau kena ingat dan selalu ingat...kalau kau perlukan aku beritahu je aku terus. Aku sentiasa ada untuk kau. Okay?" Yeonhee berkata sambil menggenggam erat tangan Keira.

"Okay. Thank you so much Yeon."

"No problem lah..so..apalah plan kau lepas ni?"

"Fikir...hujung minggu ni nak cari kerja. Kau nak join? Sangat dialu-alukan."

"Of course lah si Park Yeonhee ni nak join...hahaha.." Gelak tawa mereka bersatu sehingga pelajar lain yang duduk bersebelahan meja turut memandang ke arah mereka.






Waktu itu Jungkook hanya berada di dorm memandangkan jadual mereka hari ini bebas daripada segala aktiviti.

Dia melangkah keluar dari bilik dan ingin berlalu ke dapur, namun langkahnya terhenti serta-merta apabila telinganya terdengar bunyi deringan telefon pintar yang terletak elok di atas sofa. Dia mencapai telefon tersebut dan belum sempat dia ingin menjawab panggilan tersebut, Jin terlebih dahulu merampasnya membuatkan Jungkook terkejut.

"Unknown number? Siapa ni?" Jin bertanya. Terlihat jelas riak wajah tidak senang Jungkook bila Jin ingin tahu siapakah si pemanggil tersebut. Jungkook tak peduli, apa yang penting dia harus menjawab panggilan itu.

Jungkook cuba untuk mengambil telefon pintarnya semula tapi Jin menghalang dengan menolak tubuh sasa Jungkook. Terbuntang luas biji matanya bila menyedari kelakuan Jin itu yang agak kasar dengannya.

"Aku takkan bagi, kalau kau tak beritahu siapa ni." Jin tersenyum sinis. Dia tahu Jungkook menahan sabar dalam hati.

Nasib dia meletakkan nama si pemanggil itu sebagai 'unknown number' sebab dia tahu perkara yang tak terduga seperti sekarang ini akan berlaku dan tak sia-sia rancangannya bocor dan gagal nanti. Biarlah empunya nombor itu menjadi persoalan dalam minda mereka.

"Telefon aku tu...bagi sini!" Arah Jungkook dengan tegas.

"Penting sangat ke? Aku nampak kau ni....macam tergesa-gesa je nak jawab panggilan ni. Kenapa? Ada sesuatu yang kau cuba sembunyikan?" Jin berkata dengan riak tertanya dan sengaja dia bertanyakan seperti itu supaya Jungkook akan terasa terikat dengan pertanyaannya tadi.

Namun Jungkook hanya membiarkan saja. Dia tak nak nampak sangat kalau sememangnya panggilan itu amat penting bagi dirinya.

"Tak adalah, perkara biasa je. By the way, tak ada maknanya ada 'something' yang aku sembunyikan ya." Jungkook membalas dengan nada sarkastik. Dan dia pun berlalu pergi begitu saja, sedangkan Jin agak terpinga-pinga dengan kelakuan Jungkook itu yang berubah tiba-tiba.

Panggilan tadi sudah mati. Baru saja Jin ingin menjawabnya. Masing-masing mengalah. Telefon pintar itu kembali diletakkan di atas sofa dan Jin masih mengintai andai Jungkook kembali untuk mengambil telefon itu semula tapi tidak nampaknya.

Nasib....aku tak kantoi tadi. Kalau tak habislah aku...

Jungkook berdesis dalam hati. Dia mengeluh dan berbaring semula di atas katil empuknya.

[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now