🌹26

4 1 0
                                    

"Kau pergi mana tadi?" Tanya Namjoon tiba-tiba sebaik kelibat Jimin terlihat dalam rumah.

Jimin yang baru memasuki ruangan dorm, sikit terkejut bila suara Namjoon menerjah telinganya.

"Aku pergi tolong Keira. Kenapa?" Balas Jimin.

"Ouh..tolong Keira? Untuk apa?" Tanya Namjoon lagi.

Bukan apa agak pelik juga sejak Keira sudah rasmi bekerja bersama mereka sebagai stylish mahupun designer, pelbagai ragam yang ditunjukkan antara mereka bertujuh.

"Tolong dia angkat barang je, yelah aku tengok macam banyak je barang dia bawa kan...so aku tolonglah. Takkan aku nak biarkan je, nanti dia cakap aku ni tak gentleman pula." Balas Jimin panjang. Dia sebenarnya malas nak bersoal jawab dengan Namjoon.

"Ouhh okay. Yelah mana tahu disebabkan kemesraan yang berlaku antara kau dengan Keira, membuatkan orang lain 'cemburu' pula." Terdengar suara Namjoon seakan sengaja menekan perkataan 'cemburu' itu sebab dia tahu perbualannnya bersama Jimin sedang didengari oleh Jungkook, yang waktu itu kebetulan keluar dari bilik tidurnya.

Jimin perasan akan hal itu, jadi dia turut memulakan agendanya.

"Cemburu? Laa buat apa nak 'cemburu' , bukannya aku dengan Keira ada apa-apa pun...biasalah kawan je. Takkan itupun nak ambil hati." Selamba Jimin menjawab.

Jungkook yang mulai sedar dirinya yang sedang dimaksudkan oleh Namjoon dan Jimin itu, sekadar mendiamkan diri. Malas dia ingin mengambil tahu. Dengan itu, dia berlalu saja masuk semula ke dalam bilik.

Selepas puas mereka berdua mengenakan Jungkook, masing-masing meminta diri untuk turut masuk ke dalam bilik.








"Morning kak!" Tegur Hyunbin tatkala muncul  kelibat kakaknya di tangga.

"Morning! Awal bangun, bukan hari ni cuti ke?" Soal Keira sambil duduk di atas kerusi yang bertentangan dengan adiknya.

"Ohh saja je, lagipun nanti Bin nak 'study group' dengan kawan-kawan lain. Boleh kan kak?"

"Study group? Dekat mana?"

"Kat rumah ni lah."

Keira terdiam seketika sebelum menganggukkan kepala tanda mengizinkan aktiviti adiknya itu.

"Tapi ingat pesan akak, pandai-pandai jaga rumah ni nanti. Jangan tahu kotorkan, lepas tu tak tahu nak bersihkan. It's a warning." Pesan Keira.

Hyunbin sekadar tersengih.

"Akak pergi kerja dulu. Bye."

"Haaa ye bye."

Bila Keira melangkah keluar dari rumah, Yeonhee terlebih dahulu sudah menunggunya di depan pagar.

Eh budak ni...macam excited sangat je.

Bisik Keira dalam hati.

"Lain macam aku tengok kau hari ni, berseri-seri je muka tu. Kenapa? Ada apa-apa berlaku ke semalam?" Sengaja Keira bertanya sekali dengan niatnya untuk bergurau.

"Tak adanya lah, biasa je aku. Itu perasaan kau je." Dalih Yeonhee.

Apa yang dikatakan Keira sememangnya benar belaka, cuma dia saja tak berani untuk memberitahunya.

Enjin kereta dihidupkan. Radio dipasangkan.

"Let me guess, ermm...haa..ni mesti kes semalam tu kan. Yang masa Jimin tolong aku hantar barang tu kan, betul tak?" Bila menyedari Yeonhee tak beri sebarang reaksi yang mengejutkan, jadi dia ambil ini sebagai peluang menyakat rakan baiknya itu.

[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now