🌹25

8 1 0
                                    

Seminggu Keira sudah bekerja di company tersebut dan selama seminggu itu juga hubungan antara dirinya dan mereka BTS semakin akrab. Mereka dah mula bersahabat baik kecuali Jungkook.

Walaupun pada masa yang sama Keira berasa hairan dengan sikap Jungkook yang suka menjauhkan diri itu, tapi dia tetap merasakan seperti ada sesuatu yang menarik tentang lelaki itu. Teringin dia nak bertanya mengenai perkara itu dengan mereka yang lain namun bagi mengelakkan timbulnya salah faham, lebih baik dia pendam saja. Suatu hari nanti, dia pasti akan dapat jawapannya.

Seperti biasa Keira masih sibuk menyiapkan tugasannya. Hanya tinggal design untuk Jungkook saja, jadi tak perlulah untuk dia tergesa-gesa. Andai semua dah siap, kemungkinan lusa dia akan menghantar semua design itu.

Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu mengalihkan perhatian Keira. Terlihat wajah cantik Kang Sa Ra pula yang muncul.

"Busy ke?" Kang Sa Ra bertanya sejurus masuk ke dalam bilik.

"Tak adalah sangat, kenapa?"

"Ohh tak, aku saja datang ni sebab aku fikir nak ajak kau lunch sama-sama nanti. Kau free tak?"

"Lunch? Boleh je...lagipun nanti kan memang waktu rehat, so aku free."

"Baguslah. Kalau macam tu, aku tunggu kau dekat bawah nanti."

Kang Sa Ra membalas. Dia melangkah ke arah pintu untuk berlalu keluar, tapi langkahnya terhenti sebaik Keira memanggilnya semula.

"Sa Ra kejap."

Pantas Kang Sa Ra menoleh.

"Ya?"

"Kau datang sini...semata-mata nak cakap itu je ke? Mana tahu ada perkara penting lagi."

"Haa ye, aku datang nak cakap tu je. Hahaha.." Kang Sa Ra ketawa. Dia ingatkan  apalah sebab Keira memanggil dirinya tadi, rupanya setakat ingin bertanya tujuannya ke situ.

"Ketawa pula dia, okaylah nanti aku jumpa kau." Kata Keira manakala Kang Sa Ra hanya tersenyum lalu menganggukkan kepala sebelum berjalan keluar dari bilik.







Seperti mana mereka telah berjanji tadi, Kang Sa Ra akan menunggunya di bawah. Mejanya agak bersepah dengan beberapa helaian kertas, jadi itu akan mengambil masa untuk dirinya sebelum turun ke bawah.

Selesai saja menyusun semuanya, Keira melajukan langkahnya supaya Kang Sa Ra tidak menunggu lama di bawah.

Keira melangkah keluar dari lif, disebabkan dalam keadaan agak tergesa-gesa Keira terlanggar seseorang membuatkan dirinya dan juga orang tersebut jatuh. Keira mengerang kesakitan, namun cuba gagahkan diri untuk bangun.

"Saya minta maaf cik..saya tak sengaja." Segera Keira memohon maaf.

"Tak apa." Balas orang itu sambil mendongakkan kepalanya.

Tak semena-mena mata mereka saling bertembung dan apa lebih mengejutkan Keira, orang yang dilanggarnya tadi bukanlah sesiapa tapi Jungkook.

Jungkook turut tergamam dengan situasi sekarang. Masing-masing seakan sedang melayani perasaan sendiri. Menyedari akan hal itu, pantas Keira berpaling ke sisi melarikan pandangan dari panahan mata Jungkook.

"Errmm sekali lagi saya minta maaf, saya memang tak sengaja tadi." Entah kenapa tiba-tiba saja Keira merasakan satu badannya bergetar.

"Oh pasal tu..err tak apa. Salah saya juga sebab nak cepat sangat." Jungkook membalas lagi.

"Err okaylah kalau macam tu, saya pergi dulu. Bye." Kata Keira.

Jungkook hanya tersenyum, tapi senyumannya itu terasa janggal.







[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now