🌸12

9 1 0
                                    

Pagi itu Jungkook masih tidur sehingga deringan telefon pintarnya yang  berada di atas meja sebelah katilnya tak didengari.

Hoseok yang kala itu memasuki ruangan bilik Jungkook untuk membangunkannya, teralih perhatian bila sekali lagi telefon milik Jungkook itu berbunyi. Tapi kali ini bukan melalui panggilan, malah melalui chat.

Sebelum Hoseok ingin mengambil telefon milik Jungkook itu, dia sempat menoleh ke arah Jungkook yang kelihatan masih nyenyak tidur. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah meja bersebelahan katil, takut kalau kehadirannya di situ disedari oleh Jungkook.

Minsookieee? Siapa-siapa je lah budak ni...

Dia mengambil kesempatan ini untuk membaca pesanan tersebut.

"Kook, aku call kau berkali-kali tak jawab...kau pergi mana je?! Aku cuma nak cakap, jangan lupa dengar rakaman suara yang aku dah hantar kat kau semalam. Penting! By the way, goodluck bro! 😉💪.." - Minsookie_

Sepanjang membaca pesanan itu, pelbagai persoalan timbul dalam minda Hoseok. Dia dapat rasakan seperti ada perkara yang cuba disembunyikan oleh Jungkook daripada pengetahuan mereka.

Kedengaran Jungkook tiba-tiba meregangkan badannya, dengan pantas Hoseok meletakkan semula telefon di atas meja lalu berdiri.

"Kau buat apa dalam bilik aku?" Soal Jungkook dengan suara garaunya. Dia menggosok matanya bila sinar cahaya yang tembus ke dalam bilik agak silau.

"Aku nak bangunkan kau lah...kejap lagi kita ada practice, bangunlah." Balas Hoseok bersahaja.

Dalam keadaan mamai, Jungkook bangun dan kelibat Hoseok tak kelihatan lagi di  dalam biliknya.







"Keira! Jihyo! Alang-alang kamu berdua ni rehat, tolong jaga restoran sekejap ya..saya nak keluar ada urusan sikit nak dibuat." Kata pengurus restoran itu kepada mereka.

"Baiklah Ms. Kim." Balas mereka serentak.

Memandangkan ketika itu waktu rehat, jadi Keira mengambil kesempatan ini untuk duduk santai di hadapan restoran.

Masalah yang melanda masih belum selesai, pemikiran Keira juga masih belum lapang. Dia mengeluh bila memikirkan nasib dirinya yang entah ke mana hala tuju akan pergi suatu hari nanti.

"Oi! Jauh sangat termenung tu. Kenapa? Kau okay tak?" Jihyo menegurnya dari belakang dan duduk di sebelahnya.

"Tak ada apalah, aku okay je..."

"Kalau kau nak tahu kan? Dulu...kira-kira 2 tahun yang lepas lah, aku pernah alami situasi macam kau sekarang ni. Yang mana masa tu, aku belajar tapi aku ikut minat aku sendiri dan aku paling tak suka bila ada ahli keluarga aku masuk campur dalam urusan hidup aku." Jihyo mula bercerita manakala Keira mulai memberikan fokus sepenuhnya terhadap Jihyo.

"Family aku...minta aku untuk belajar dalam bidang bussiness maklumlah memang dari dulu zaman nenek moyang lagi, family aku memang dah sebati dalam dunia bussiness ni, sampaikan sekarang mereka cari waris untuk teruskan amanah tu. Dan antara waris pilihan mereka adalah aku."

"Then, apa jadi lepas tu?" Keira bertanya ingin tahu lebih dalam.

"Aku bantah sepuas hati aku, sebab aku memang tak minat. Disebabkan family aku tak dapat nak terima keputusan yang aku buat, mereka main kotor. Yelah, sampai sanggup bayar pengetua untuk pindahkan aku dekat kelas perniagaan. Bila aku dapat tahu....aku marah lah, dan daripada kejadian itu juga lah aku mula menyendiri...hampir depress lagi tau."

"Sehingga lah satu saat ni, aku kenal satu kumpulan kpop ni...seriously memang popular kira peringkat global lah, aku mula rasa macam ada perubahan dalam diri aku dan bermula dari situ juga aku minat kumpulan tu."

Keira yang dari tadi setia mendengar turut tersenyum bila melihat kemesraan dan keceriaan yang terlakar pada wajah Jihyo.

"Siapa?"

"Kau tak tahu?!" Jihyo bertanya agak terkejut sebab mana mungkin takkan ada orang yang tak kenal dengan kumpulan kpop paling terkenal seluruh dunia ini.

Keira sekadar menggelengkan kepala.

"Aigooo...kau ni...betapa innocentnya kau tak tahu."

"Hahaha..ya aku tahu tu, hmm sebelum ni aku selalu cakap kawan aku yang sorang tu innocent rupanya...aku juga ya? Haha.." Keira tertawa.

"Tak apa, kalau ada masa aku cerita dan kenalkan pada kau siapa jejaka-jejaka idaman aku tu ya.." Jawab Jihyo dengan bangga.

"Wow..jejaka idaman sangat ke?"

"Eh mestilah! Saranghaeyo oppa!"

"Eeee..geli aku dengar. Dah lah aku nak masuk daripada layan kau ni, buang masa aku je." Balas Keira sambil berlalu pergi.

"Hati kau akan terpikat juga bila tengok mereka nanti!!!" Laung Jihyo dari luar.








"Okay guyss, kita stop sekejap..nanti sambung lagi." Namjoon memberi arahan.

Jungkook seperti biasa akan menyendiri dan lebih fokus kepada telefon pintarnya.

"Namjoon, sini jap. Aku ada perkara nak bincang sikit." Hoseok berkata sambil matanya melirik ke arah Jungkook yang duduk bersendirian di sudut ruang studio itu.

"Apa?"

"Aku nak tanya kau, kau sedar tak perubahan JK semenjak akhir-akhir ni?"

"Aku sedarlah juga..tapi aku tak nak tegur sangat. Kenapa?"

"Entahlah, aku cuma rasa macam JK tu ada sesuatu yang dia cuba sembunyikan daripada kita semua. Sebab..."

"Sebab apa?"

"Okaylah, macam ni je terus. Pagi tadi aku pergi bilik JK nak bangunkan dia, lepas tu cun juga bila aku dah masuk tu telefon dia berbunyi. Jadi...aku pun pergi lah ambil telefon dia."

"Kau buat apa? Kacau privacy dia?"

"Aku bukan nak kacau privacy dia...cuma...aku nak tahu sangat. Itu je..."

"Hah teruskan, apa lagi?"

"Lepas tu, aku ada terbaca satu chat ni...dan chat tu buat aku tertanya-tanya sebab dia kata macam ni 'aku dah hantar satu rakaman suara dekat kau. Penting!' Dia kata macam tu...so aku makin bertambah curious lah nak tahu."

Masing-masing langsung senyap, mungkin masih berfikir tentang misteri yang berlaku antara Jungkook.

"Kau tengoklah tu, tak pernah-pernah menyendiri...sekarang dah lain." Kata Hoseok lagi.

"Tak apa, nanti aku cuba tanya...buat masa sekarang biarkan je. Kita tengok sejauh mana dia boleh sembunyikan sesuatu rahsia tu."

















[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now