🌼3

10 2 0
                                    

Selepas seminggu berlalu akhirnya Keira kembali ke sekolah seperti biasa dan kali ini dia tidak berseorangan tapi turut ditemani oleh Yeonhee.

Walaupun Keira kini kembali tapi dirinya yang dulu tak seperti yang disangkakan sekarang. Dia dapat merasakan perubahan yang berlaku dalam hidupnya setelah kehilangan ibu bapanya.

Dia tidak seceria seperti Keira yang lama, tapi dia lebih banyak mendiamkan diri dan mulai menjauhkan diri daripada orang sikit demi sikit. Yeonhee yang juga sedar akan perubahan tersebut, tak mampu untuk berkata apa-apa lagi kerana itu adalah pilihan Keira.

"Wahh for the first time dalam hidup aku, jalan kaki pergi sekolah. Not bad." Yeonhee bersuara memecahkan kesunyian di sekeliling mereka.

Kalau dulu tak perlu dia yang mulakan perbualan, Keira semestinya orang pertama suka memeriahkan suasana daripada senyap menjadi huru-hara. Tapi tidak sekarang.

"Ouhh..okay. Just enjoy yourself!" Keira membalas ringkas.

"Kau ni nampak tak happy je." Tanya Yeonhee dengan riak tertanya.

"Eh suka hati kau je, aku happy laa..siapa cakap aku tak happy." Keira menafikan Yeonhee walhal memang itulah dirasai ketika itu.

Aku nak happy macam mana Yeon, kalau sebahagian daripada kebahagiaan aku ada bersama dengan eomma appa aku.

Sempat Keira berbisik dalam hati.

"Iya ke? Okay laa, kalau kau pun dah cakap macam tu apa aku boleh buat kan?" Yeonhee malas mahu bercakap panjang. Jadi sepanjang perjalanan, masing-masing hanya diam membisu dan sibuk melayani jiwa sendiri.

Keira dan Yeonhee sudah tiba di seberang sekolah sekarang hanya tinggal untuk mereka berdua melintasi jalan saja, tapi Yeonhee terlebih dulu pergi meninggalkan Keira yang agak terpinga-pinga di belakang.

Namun, baru saja Keira ingin melangkah niatnya terhenti serta-merta bila Yeonhee sudah pun jatuh terduduk di atas jalan. Keira pantas berlari ke arahnya.

Nasib menyebelahi mereka hari ini apabila Yeonhee tak mengalami sebarang kecederaan mana-mana bahagian badan sekali pun.

"Kenapa kau boleh jatuh ni?" Keira menyoal dengan riak cemas sambil membantu Yeonhee untuk bangun.

"Kereta tadi laa, suka hati dia je nak laju..nasib aku sempat tengok tepi kalau tak hmm byebye je laa aku ni K." Yeonhee berkata sambil menepis segala kotoran jalan yang melekat di baju sekolahnya.

"Kereta? Aku tak nampak pun." Keira mencari kelibat kereta yang dimaksudkan rakannya itu tapi tiada satu pun.

"Dah kereta tu laju, mana kau nak nampak. Haih, kalau aku tahu and jumpa si pemandu tak berdisiplin tu memang habis laa dia aku kerjakan." Marah Yeonhee masih bersisa walaupun kini mereka telah memasuki kawasan sekolah.

"Jangan nak salahkan kereta, aku rasa kau yang salah ni. Ye laa sapa suruh jalan dulu, tinggalkan aku pula tu. Haa biar padan muka kau.." Kali ini Keira pula menghamburkan rasa tak puas hati terhadap Yeonhee. Gadis itu hanya mencebikkan bibir.









"Apa aku dah buat tadi?" Jungkook berkata sendiri. Kereta yang dipandu diberhentikan di bahu jalan. Ingatannya kembali pada kejadian tadi yang mana dia hampir melanggar seorang gadis yang sedang melintas jalan.

Dia berharap gadis itu tidak mengalami sebarang kecederaan kritikal. Tapi hasil penelitiannya melalui cermin pandang belakang kereta, gadis itu hanya jatuh terduduk dan dibantu oleh rakannya.

Apa aku perlu buat ni? Minta maaf? Ish, tak mungkin aku akan jumpa face to face nanti heboh pula satu dunia.

Jungkook berfikir dalam hati. Tak kira dengan cara apa sekali dia perlu meminta maaf kepada gadis tersebut. Dia bukanlah seorang yang tak bertanggungjawab, jadi mana mungkin untuk dia membiarkan saja.







"Kau ni masih tak puas hati lagi ke dengan kes tadi?" Soal Keira.

"Yes! Of course! Selagi orang tu tak jumpa aku then minta maaf, selagi tu aku takkan pernah berpuas hati." Yeonhee menegaskan perkara itu. Keira sekadar menggelengkan kepala sebab dia sendiri pun tak tahu nak tolong bagaimana lagi.

"Apa-apa saja laa Yeon..itu masalah kau, bukan masalah aku." Beritahu Keira.

"Ke kita cari kereta tu? Jom!" Arah Yeonhee tiba-tiba.

"Kau ni bercakap macam tak ada otak je, cakap tu biar waras sikit..apa?! Kau ingat, kereta kat Korea ni seketul itu je ke? Tak adanya aku nak..sorry." Keira memberitahunya dengan nada sikit ditinggikan.

"Belum cuba belum tahu K." Rayu Yeonhee.

"Kalau kau nak sangat, boleh. Tapi, pergi sendiri. Buang masa aku je." Keira berkata selamba dan ya keputusannya itu muktamad.

Yeonhee sekadar mengeluh.

[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz