🌹23

7 1 2
                                    

Pagi itu Keira bangun lebih awal dari kebiasaan memandangkan hari itu merupakan hari pertamanya bekerja di HYBE Corporation sebagai stylish.

Walaupun dirinya kini sudah ada pekerjaan, tapi dia masih belum mempunyai kenderaan sendiri. Jadi pagi itu, dia hanya berjalan kaki ke tempat kerja dan ditemani oleh Hyunbin yang kala itu kebetulan juga mahu pergi sekolah.

"Lepas ni...akak terus pergi kerja lah?" Soal Hyunbin sambil berjalan beriringan dengan Keira.

"Ye, tapi sebelum tu akak nak singgah jap dekat restoran yang pernah akak kerja dulu...nak jumpa kawan. Lagipun, waktu ni masih awal lagi." Beritahu Keira.

"Ouhh, ye lah kak..Bin pun dah sampai kat simpang nak pergi sekolah ni, Bin pergi dulu ye." Kata Hyunbin. Sempat dia melambaikan tangannya pada Keira dan ianya turut dibalas balik.

Keira pula meneruskan perjalanannya lagi sehingga tiba di hadapan restoran yang dimaksudkannya tadi.

Sewaktu Keira melangkah masuk ke dalam restoran itu, sempat dia matanya meliar ke sekeliling ruangan untuk mencari kelibat Jihyo. Semenjak dia dah berhenti kerja di situ 2 minggu yang lepas, jarang sekali dia berhubung dengan Jihyo.

"Hey Keira!" Laung seseorang dari belakang.

Keira yang waktu itu baru saja hendak melabuhkan punggungnya di kerusi, niatnya terhenti dan berdiri semula. Kelihatan kelibat Jihyo sedang tersenyum girang sambil melambaikan tangan padanya.

Kebetulan juga restoran itu baru buka, jadi pelanggan yang datang waktu pagi begini memang agak kurang jika dibandingkan waktu tengah hari atau malam.

Jihyo kelihatan renggang sekali, jadi dia mulai menapak ke arah Keira yang sedari tadi masih melihat ke arahnya.

"Wahh...semenjak 2 minggu lepas kau berhenti kerja dari sini sampai sekarang baru ada kesempatan jumpa kau. Rindu tau nak berbual sama-sama dengan kau macam dulu." Kata Jihyo sebaik berdiri di tempat Keira.

"Baru 2 minggu je...ni aku datang pun sebab saja nak singgah sarapan dulu sementara jumpa kau, sebelum aku pergi kerja nanti." Balas Keira sambil menarik kerusi untuk duduk. Dia menjemput Jihyo juga untuk duduk bersamanya.

"Pergi kerja? Kat mana?" Jihyo bertanya. Jelas riak tanda tanya pada wajahnya.

"Hmm...kalau aku cakap ni, kau jangan terkejut pulak. Sebab aku tahu perkara ni memang akan buat kau tak percaya punya." Beritahu Keira terlebih dahulu. Dia sudah bersiap sedia dengan apa saja reaksi yang akan terhasil daripada Jihyo nanti. Yang pastinya gadis itu memang akan terperanjat.

"Kenapa macam tu pulak? Okaylah tak apa. Kau cakap je sama ada aku percaya atau tak, itu terpulang pada aku." Balas Jihyo seraya memberi jaminan kepada Keira bahwa dirinya takkan terkejut.

"Betul?"

"Ye betul. Cepatlah, aku tak sabar ni." Desak Jihyo.

Keira menarik nafas dulu sebelum dia mula bercakap.

"Sebenarnya aku....kerja dekat HYBE Corporation. Dan aku yakin kau mesti kenal company tu."

Sunyi sepi seketika suasana sekeliling mereka. Nampaknya Jihyo masih cuba untuk mencerna apa yang baru terluah dari mulut Keira sebentar tadi itu.

"Jihyo? Kau okay tak?" Keira cuba untuk menegur rakannya itu.

"HY...- HYBE Corporation yang ada BTS tu ke? Kau biar betul?!"

Keira tak begitu hairan dengan reaksi dari Jihyo itu, sebab dia memang dah tahu pasti reaksi itulah yang akan dipamerkan melalui air muka Jihyo.

"Ye lah. Dan untuk pengetahuan kau, aku kerja kat situ sebagai...stylish juga. I will be a stylish for special artist." Jelas Keira lagi.

"For special artist? Siapa? Jangan cakap...." Jihyo tak sampai hati untuk menyebut nama kumpulan k-pop kesayangannya itu, tapi jika itu adalah faktanya terpaksa dia akur dan terima saja dengan hati terbuka.

"Kalau itu yang kau fikir, itulah jawapannya." Selamba saja Keira membalas kata-kata Jihyo.

Sekali lagi Jihyo tergamam. Dia berharap ini sekadar mimpi semata-mata. Pipi gebunya sengaja ditampar untuk tahu sama ada ini mimpi atau realiti. Namun sayangnya, usahanya itu seakan sia-sia saja bila wajah manis dan tak bersalah milik Keira itu sedang tersenyum ke arahnya.

"Andwae. Keira...aku tak tahu nak cakap apa dah, I just lost my words because of you, I don't know..aku buntu."

Keira mengangkat kedua-dua bahunya tanda dia sendiri pun tak tahu apa yang sedang berlaku sebenarnya.

"Chop! Jangan cakap...kau dah kenal...sia..-"

"Ops! Hehe itu belum ya, aku belum kenal siapa diorang lagi. Cuma aku diberitahu awal yang aku akan bekerja sebagai stylish diorang itu je. Mungkin lah, hari ni aku akan jumpa diorang dan berkenalan antara satu sama lain."

Senyuman yang terpamer pada wajah Keira, sedikit melukai perasaan Jihyo yang saat itu tiada siapa boleh mengawalinya lagi.

"Stop! Aku tak sanggup nak dengar semua kata-kata dusta kau tu, Keira."

Jihyo membuat mimik mukanya seakan mahu menangis. Keira yang melihatnya terpaksa menahan tawa.

"Dramatic sangatlah kau ni, chill lah..aku bukan nak pikat diorang pun. Aku cuma bekerja je." Balas Keira.

"Tsk...tsk..hmm yelah, jaga diorang elok-elok. Kau patut beruntung tsk..sebab dapat jumpa diorang face to face sedangkan kau bukanlah fans diorang. Tapi aku? Huwargghh!!! Aku tak sanggup!!"

Melihatkan kelakuan Jihyo itu, Keira menutup wajahnya dengan tapak tangan akibat malu apabila mereka berdua menjadi tontonan umum dalam restoran itu.

Haih, sabar je lah aku dapat kawan macam ni..

Sempat Keira berbisik dalam hati.







Ruangan biliknya diperhati dengan teliti.

Hmm not bad juga eh bilik pejabat aku ni. Kemas, cantik...aku suka.

Sedang ralit meninjau keadaan sekeliling, gerakannya terhenti sejurus saja dengar bunyi ketuka pintu. Pantas dia menoleh dan terlihat wajah Kang Sa Ra berdiri di hadapan pintu itu.

"Kang Sa Ra, masuklah." Keira menjemputnya untuk masuk.

"Jadi macam mana okay tak bilik kitorang sediakan ni?" Tanya Kang Sa Ra sebaik menapak ke dalam bilik.

"Bolehlah, cantik juga. Ada tingkap besar lagi situ.." Keira memberitahu.

"By the way, aku datang ni...sebab aku nak bawa kau pergi jumpa diorang. Kau free kan?"

"Jumpa diorang? Siapa?"

"BTS lah..kau kan sekarang official stylish diorang. Dan fail ni aku akan letak je atas meja, nanti lepas sesi berjumpa tu kau tengoklah fail ni. Semua fail ni tentang maklumat diorang, yelah kalau ada apa-apa event kau mesti nak tahu gaya yang sesuai untuk diorang kan?" Panjang lebar Kang Sa Ra menjelaskan semuanya pada Keira.

"Ouhh yelah, thank you."

"You're welcome. Eh jomlah pergi sekarang, nanti kerja lain tak terbuat pula."

Sekarang tiba masanya untuk Keira berjumpa dengan setiap member BTS. Bak kata Jihyo, betapa untungnya dia sebab dapat berjumpa secara depan sedangkan untuk para peminat yang lain tak berkesempatan.

[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now