🌹30 (ii)

14 1 6
                                    

Di HYBE Buildings...

Keira melangkah masuk ditemani Yeonhee. Tangannya masih kemas membawa sebuah beg berisi hadiah, entah mengapa perasaannya berasa sangat teruja dan gembira ketika ini.

Debaran di dada makin kuat terasa. Dia menghembus dan menarik nafas supaya dia tak terlihat nervous di hadapan mereka nanti. Nasib waktu dirinya masih bekerja sebagai designer mereka, sering kali juga dia pergi ke dorm.

Kini langkahnya terhenti di hadapan sebuah pintu dan pastinya pintu itu adalah dorm BTS. Sekali lagi dia menarik nafas, tombol dipegang.

Yeonhee masih setia berdiri di belakangnya.

Namun sewaktu dia ingin memulas tombol pintu tersebut, kedengaran suara mereka sedang berbual dan itu mematikan langkah Keira. Lebih-lebih lagi bila namanya turut disebut.

"Jadi sekarang ni apa perasaan sebenar kau pada Keira?" Suara Hoseok kedengaran sebalik pintu.

Tiada balasan dari Jungkook dan mereka ambil itu sebagai kesempatan lagi untuk terus bertanya.

"Takkan kau sikit pun tak ada perasaan kat dia? Kalau tak...kenapa kau tolong dia selama ni? Jangan cakap..yang kau tolong dia hanya sebab, kau rasa bersimpati dengan keadaan dia dan atas desakan Yeonhee?" Namjoon pula bertanya.

"Tak...aku memang tak ada perasaan walau sikit pun pada Keira. Dan ya, aku tolong dia selama ni sebab...aku rasa simpati dan terpaksa tapi bukan dengan seikhlas hati aku."

Jungkook berkata dengan jujur. Tapi hakikatnya, mulut kata lain malah hati kata lain. Dia berani tanggung apa saja kemungkinan yang bakal timbul selepas ini.

"Aku tak percaya. Aku tahu kau langsung tak maksudkan apa yang kau cakap kan? Kau cakap semua tu hanyalah sebab..kau tak mampu jujur dengan perasaan sendiri." Giliran Jimin pula mencelah.

"Tak..aku memang maksudkan. Aku tak cintakan dia dan...dia tak layak untuk aku. Kalau ya sekali pun, aku akan cuba untuk lupakan dia."

Jungkook cuba mengawal suaranya. Terasa hatinya bagai dicucuk bila menuturkan semua perkataan itu.

"Jangan paksa orang untuk bersikap jujur, kalau diri sendiri masih tak mampu untuk berubah."

Kehadiran Keira waktu itu membuatkan mereka tergamam.

"Ke..Keira?" Taehyung menegur.

"Ohh jadi...anggapan saya selama ni betul lah? Kenapa eh? Kenapa semudah tu awak perbodohkan saya Jungkook? Awak ingat saya ni siapa?" Keira cuba mengawal suaranya yang mulai berbaur dengan nada kecewa.

"Susah sangat ke untuk awak jujur ngan saya?  Maruah saya terlalu murah ke depan mata awak? Sampaikan tergamak awak buat semua ni? Tak perlu jelas apa-apa...saya dah dengar semuanya. Ya, saya akui...saya memang tak layak untuk awak. Saya sedar kehadiran saya selama ni hanya menyusahkan hidup awak je Jungkook...tak apa..mulai saat ni, hari ni berdirinya saya kat sini..saya janji, saya takkan pernah muncul malah hadir dalam hidup awak lagi. Saya pun tak suka kalau menyusahkan hidup orang lain...awak jangan risau. Saya akan tunaikan janji saya."

[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now