🌹28

9 1 0
                                    

Yeonhee sedang memandu keretanya, adakalanya dia curi pandang ke arah Keira yang sejak tadi hanya terus membisu.

Hati Yeonhee disapa dengan perasaan kurang senang. Firasatnya mengatakan Keira seakan sudah tahu tentang perkara tersebut.

Keira pula hanya turuti ke mana saja Yeonhee mahu membawanya selepas pulang dari restoran tadi. Mulutnya bagai terkunci untuk bersuara.

Kereta diberhentikan.

"K..jomlah turun. Kita cakap dekat luar." Beritahu Yeonhee seraya membuka pintu kereta sebelahnya dan diikuti oleh Keira.

"Duduklah."

Yeonhee berkata. Kini mereka berdua sedang berada di suatu tempat yang mana sememangnya indah. Bangku yang diduduki oleh mereka kini juga sangatlah sesuai kerana kebetulan menghala ke arah sungai.

"Kenapa kau bawa aku pergi sini?" Sekian lama menyepi, terdengar juga suara Keira.

Yeonhee segera menoleh.

"Sebab aku tahu kau perlukan ketenangan sekarang." Akui Yeonhee jujur.

"Rasanya soalan aku kat restoran tadi dah cukup jelas untuk kau ingat."

Nada suara Keira tiba-tiba berubah tegas. Sebelum bercerita, Yeonhee menarik nafas sedalam mungkin. Dia tahu apakah kemungkinan yang akan berlaku selepas ini.

"K...aku...nak minta maaf."

"Maaf untuk apa?"

"Ak...aku tahu selama ni aku salah. Aku tak patut sembunyikan perkara ni dari kau...sepatutnya aku beritahu kau."

Kekuatan cuba dicari dan dikumpul sebanyak mungkin. Dia sanggup menerima apa saja tindakan seterusnya dari Keira sebab dia sendiri pun dah tak sanggup untuk berahsia darinya.

"Tapi kenapa Yeon? Kenapa mesti aku?"

"Maksud kau?"

"Kenapa...dia mesti buat aku macam ni? Hina sangat ke aku depan mata dia? Sampaikan semudah tu dia tolong aku?"

"Ap..apa kau cakap ni? Siapa yang kau maksudkan?"

Keira tak dapat menahan lagi. Air mata yang sedari tadi cuba ditahan akhirnya mengalir juga di pipi gebunya itu. Sakit di hati semakin terasa.

"Jungkook. Aku dah tahu semuanya, Yeon."

Mendengarkan sebaris nama itu membuatkan Yeonhee tergamam. Jadi memang betul firasatnya, Keira sudah tahu tentang perkara itu.

Tapi siapa yang berani sangat bocorkan rahsia ni? Mulut...mulut longkang betul lah.

Marah Yeonhee dalam hati.

"K..aku minta maaf sangat-sangat. Aku rasa bersalah lepas apa aku dah buat ni, aku tak sepatutnya simpan perkara ni dari pengetahuan kau...tapi...percaya lah K, aku terpaksa juga buat semua tu sebab aku tak nak kau sedih, kecewa macam sekarang ni lah. Aku gembira bila tengok kau menang dalam pertandingan tu...takkan aku nak musnahkan macam tu je. I'm sorry K.."

Yeonhee bercakap panjang lebar. Dia merayu sangat pada Keira berharap dirinya akan diberi kemaafan oleh sahabat baiknya itu.

Tapi menyedihkan bila Keira tetap berdiam diri. Sehingga dia mula bersuara...

"Aku nak balik Yeon...aku penat. Penat sangat...please Yeon, hantar aku."

Bila itu saja jawapan dari Keira membuatkan Yeonhee turut menitiskan air matanya tanpa diketahui oleh Keira.

[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now