🌸20

5 1 0
                                    

Deringan telefon pintar milik Yeonhee berbunyi. Nama yang terpapar pada skrin telefon sedikit memberi mengejutkan Yeonhee.

Namun dia tetap menjawabnya.

"Hello? Ya Min, kenapa kau call aku ni?"

Tanya Yeonhee dalam talian.

"Kau free tak sekarang? Sebab aku fikir nak ajak berjumpa kejap, ada perkara aku nak bincang."

Beritahu Minsook. Berkerut dahi Yeonhee bila mendengar Minsook berkata begitu. Perkara penting?

"Haaa ye aku free je ni. Kau nak jumpa kat mana?"

"Tempat biasa."

"Ouhh okay. Kejap lagi aku datang."

Sejurus itu talian dimatikan. Tatkala itu juga mata Yeonhee bertembung dengan susuk tubuh Hyunbin yang baru melangkah keluar dari bilik.

"Bin, dah nak pergi sekolah ke?" Tanya Yeonhee serta-merta.

"Ye. Kenapa?"

"Kalau macam tu, biar aku je yang hantarkan kau terus okay? Sebab lepas tu, aku nak pergi jumpa kawan pula..dia kata ada perkara sikit nak bincang. Tak apa kan?"

"Ouhh boleh boleh...aku tak kisah."

Selepas mendengar persetujuan itu, tanpa membuang masa Yeonhee bergegas menghidupkan enjin keretanya. Rasanya dia perlu tiba di tempat yang dimaksudkam oleh Minsook itu secepat mungkin. Mana tahu ketika Minsook menelefonnya tadi, lelaki itu sudah pun tiba.






"Sorry aku lambat, aku hantar Hyunbin tadi." Beritahu Yeonhee dengan nafasnya agak tercungap-cungap.

Baru saja Yeonhee ingin duduk, namun niatnya terhenti bila melihat seraut wajah yang kini berada di hadapannya. Ini bukan Minsook? Habis kalau bukan dia, sapa yang call aku tadi? Takkan dia....stalker? Hah?!

Fikiran Yeonhee tak dapat berhenti berfikir. Pelbagai perkara yang bermain dalam mindanya ketika itu.

Lelaki itu yang mulai perasan akan riak wajah Yeonhee, cuba memberanikan diri untuk berdiri lalu membuka topeng dan topinya membuatkan Yeonhee semakin ketakutan. Tapi dia tak mampu untuk berlari.

"Ka..kau...siapa?" Tergagap-gagap Yeonhee bertanya. Dia masih seperti tadi, berdiri kaku di hadapan lelaki itu.

"Huh!" Terdengar keluhan kecil dari mulut lelaki itu sebelum dia bersuara.

"Aku...aku Jungkook. Maksud aku Jeon Jungkook."

Kaku Yeonhee bila lelaki itu menyebut namanya sendiri. Bertaut kening Yeonhee, dia cuba untuk mentafsir nama itu. Adakah dia pernah mengenali lelaki di hadapannya itu? Adakah dia merupakan kawan kepada Keira atau sebaliknya? Adakah bla bla bla...

Yeonhee membuat andaian sendiri. Dia cuba mengatur nafasnya yang dari tadi agak terasa sesak.

"Jungkook? Kejap! Kita pernah kenal ke sebelum ni?" Soal Yeonhee seakan tak berpuas hati dan ingin mengorek sedalam kemungkinan yang berlaku ini.

"Kau tak pernah kenal aku, tapi...aku kenal kau. Termasuk Kim Keira."

Sekali lagi Yeonhee terpinga-pinga, sehingga dia tak sedar bahwa dirinya sekarang sudah duduk di atas kerusi.

[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now