🌼9

7 1 0
                                    

Hasrat Keira untuk mencari kerja pada hujung minggu dibatalkan apabila dirinya sudah mendapat panggilan awal untuk pergi temu duga untuk kerja yang akan dilakukannya.

"Kau tak cakap pun...kau dah cari." Kata Yeonhee sikit kecewa. Baru saja dia berura-ura mahu menemani rakannya itu tapi semuanya hanya sia-sia belaka.

"Sorry lah, aku pun mana tahu yang aku akan dapat melalui online tu. Aku mencuba je." Beritahu Keira.

"Kau kerja apa?" Soal Yeonhee ingin tahu.

"Aku kerja sebagai customer service je dekat restoran mewah yang hujung simpang jalan sebelum sampai depan sekolah tu? Kau tahu kan?"

Yeonhee mengerutkan dahi. Dia cuba untuk mengingati laluan jalan mereka ke sekolah itu.

"Ouhh restoran mewah tu...tahu tahu. Kau kerja situ?! Mesti besar kan gaji dia?"

"Entah, aku belum kerja situ lagi..malam ni baru mula."

"Malam ni?" Yeonhee bertanya seakan tidak percaya.

"Yelah malam ni, maksud aku...lepas habis kelas ni aku terus pergi kerja lah."

Ternganga luas mulut Yeonhee seolah-olah tak percaya dengan apa yang baru didengarinya, sebab setahu dia Keira mahu bekerja ketika hujung minggu tapi hari ini lain pula.

"Bukan kau kata nak kerja hanya hujung minggu je ke?"

Keira terdiam sejenak. Mindanya menyusun perkara-perkara yang ingin dikatakan sebentar lagi.

"Err..ya memang hujung minggu. Tapi bila aku fikir balik, tak salah kan kalau aku nak kerja masa sekolah macam ni?"

Terdengar Yeonhee mengeluh.

"K...aku tak kisahlah kau nak kerja ke apa ke, aku faham kenapa kau perlu buat semua tu. Tapi...kau kerja waktu lepas kelas then balik pukul 11 setengah. Kau tak rasa penat ke? Tambah kerja kursus kita lagi."

"Ya aku tahu...tapi aku dah tak ada cara lain lagi Yeon. Masuk bulan ni dah 3 bulan aku tak bayar sewa rumah, adik aku tu lagi sampai sekarang belum sedarkan diri..masih koma. Lepas tu, yuran untuk dia sambung tahun depan. Sekarang ni semua perkara jadi tanggungjawab aku." Jelas Keira panjang.

"Kau jangan risau, nanti tahulah aku nak agihkan masa antara kerja dengan tugasan sekolah." Jelas Keira lagi mematikan niat Yeonhee untuk berkata.








"Kerja?! Dia kerja kat mana?" Jungkook bertanya.

"Tak silap aku..ini apa yang aku dengarlah. Dia kata kerja dekat restoran mewah yang sesuai untuk orang yang macam kau ni." Kata lelaki itu sengaja mengusik sepupunya itu.

"Aku pula, aku ni makan kat kedai biasa pun dah kira okay tau. Buat apa nak lebih-lebih." Balas Jungkook.

"Mana tahu kau kan artis yang high class punya..takkan nak makan dekat kedai yang agak low class bagi kau."

"Tak adanya...kejap. Aku nak tahu, kenapa dia kerja?" Tanya Jungkook lagi seraya ingin menukar topik perbualan kalau dipanjangkan, memang sehingga esok lusa takkan habisnya.

"Dia ada masalah kewangan lah." Jawab lelaki itu selamba.

"Apa masalah dia?"

"Kau ni pun agak-agak lah privacy orang kot...takkan itupun nak ceroboh. Yang kau nak tahu sangat kenapa? Haaa mesti ada something ni kan.." Lelaki itu sengaja mengusik dirinya lagi memandangkan sejak Jungkook bergelar seorang artis, dia terlalu sibuk sehinggakan tiada masa bagi mereka berdua meluangkan masa bersama seperti sekarang ini.

"Kau ni sama je macam kawan aku si Hoseok dengan si  Taehyung tu. Tak habis-habis nak sakat aku." Balas Jungkook tak puas hati.

"Okaylah kalau begitu."

Belum sempat dia ingin menolak tubuh kecil lelaki itu, deringan telefon pintarnya mematikan niatnya. Pantas telefon diambil lalu dijawab. Terpampang nama 'Namjoon' di skrin.

"Hello?"

"Kau pergi mana?"

"Aku....aku keluar sekejap. Ada hal nak urus sikit."

"Sejak bila kau ada hal sendiri? Dah tu pandai berahsia.."

Kedengaran suara Namjoon seakan marah di hujung talian. Jungkook hanya mampu bersabar.

"Balik sekarang, kau tu bukannya freetime sangat sampai nak keluar lama-lama..nanti manager cari baru kau tahu."

"Haa ye lah aku balik sekarang. On the way..."

Talian dimatikan. Jungkook terpaksa pergi sebelum apa-apa terjadi terhadap dirinya nanti walaupun dia masih belum berpuas hati untuk tahu lebih lanjut tentang kehidupan yang dialami oleh seorang gadis bernama Kim Keira. Tapi tak mengapa, dia takkan berputus asa.

"Aku pergi dulu. Ada masa jumpa lagi, pastikan kau akan bawa cerita yang lebih menarik lepas ni. Okay?"

Jungkook berlalu pergi meninggalkan perkarangan kawasan mini park situ beserta dengan kereta Mercedez miliknya itu.

Masa-masa macam ni lah aku nak sibuk lah apa lah...hmm padan muka kau Kook, kau yang nak sangat kan. Hah pergilah, korek sedalam yang mungkin tentang rahsia disebalik Kim Keira. Gadis idaman kau...wait? What?! Gadis idaman aku? No way...

Sepanjang memandu untuk pulang semula ke dorm, hati Jungkook berterusan saja memarahi diri sendiri. Dia sanggup ambil risiko dengan kehidupannya seorang artis itu semata-mata untuk memohon kemaafan daripada seorang gadis.

Selama 2 bulan dia mengekori gadis itu dan selama itu jugalah dia mengenali sikit demi sikit sisi mahupun sikap yang dimiliki oleh gadis itu. Kadang dia sendiri juga tertarik dengan perwatakan gadis itu dan hampir saja membuatkan dirinya separuh gila.

Dia masih ingat bila kali pertama dia menolong gadis itu di cafe beberapa minggu yang lalu. Dapat dia lihat keceriaan yang tersembunyi di sebalik mata gadis itu, yang mana hasil daripada penceritaan oleh sepupunya gadis itu sudah hilang keceriaan yang sering menjadi penyinar dalam hidupnya.

Adakah dia mampu untuk mengembalikan semula keceriaan milik Kim Keira? Dan adakah dia juga mampu untuk sentiasa menolong gadis itu?

You can do it, Kook...ingat! Kau tak pernah kalah sebelum ni.

Semangat Jungkook kembali. Kali ini dia akan lakukan semuanya tanpa mengira risiko yang akan dihadapinya nanti.

[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now