🌸17

7 1 0
                                    

"K..aku rasa kau patut join je pertandingan tu." Saran Yeonhee selepas tiba di rumah.

Keira hanya mendiamkan diri. Fikirannya kembali mengimbas setiap perbincangan antara dia, Yeonhee dan Minsook sebentar tadi.

Flashback...

"Awak nak sertai ke pertandingan tu?" Soal Minsook bila melihat mereka berdua itu seakan di dunia mereka sendiri.

Segera Keira mengalihkan perhatiannya.

"Tak tahu lah Min...saya tak fikir pun tentang tu." Balas Keira bersahaja.

"Eh mana boleh kau tak fikir tentang pertandingan tu. Kau tahu tak, inilah saat yang ditunggu-tunggu tau dan peluang yang kau ada..takkan kau nak lepaskan macam tu je." Saran Yeonhee pula.

"Hm betul apa yang Yeonhee cakap tu. Why not awak cuba dulu K..bak kata orang apa? Belum cuba, belum tahu." Sokong Minsook.

Keira memandang mereka berdua silih berganti. Entah dia tak tahu macam mana nak menjelaskan lagi pada mereka berdua. Sesungguhnya, dia sudah nekad tak mahu mengejar impiannya itu lagi.

"Yeon..Min..aku tak rasa, aku nak sertai buat masa sekarang. Lagipun aku memang dah buat keputusan muktamad yang aku takkan menceburi dalam bidang fashion designer lagi."

"Tapi K...aku tahu juga ni sebahagian daripada impian eomma dengan appa kau. Kau sanggup nak kecewakan mereka?" Kata Yeonhee memujuk.

"Kalau aku sertai sekalipun, siapa nak jaga adik aku? Yeon, sekarang ni satu-satunya orang yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas adik aku...adalah aku sendiri tau. Kau faham tak?"

"Ye aku faham K..tapi aku kan ada. Aku boleh jaga adik kau, kau tak payah risau. Okay? Aku janji.."

"Betul sangat apa yang Yeon cakap tu..kau dah lama sangat impikan bidang ni kan, then pergilah. Takkan kau nak lepaskan macam tu je." Balas Minsook turut memberi sokongan kepada Keira.

"Kalau dah itu aku keputusan aku, apa lagi aku nak buat. Yeon, Min..aku minta maaf...aku memang tak boleh. Sorry." Lirih saja suara Keira.

Keira tak mahu berlama di situ, jadi terlebih dulu dia melangkah meninggalkan Minsook dan Yeonhee berduaan.

"Aku rasa kita kena buat sesuatu lah Min. Aku tak nak tengok dia lepaskan peluang macam tu aje." Yeonhee menegaskan niatnya.

"Hmm..apa kata kita buat macam ni." Minsook berkata.

Mereka berdua saling berbisik mengemukakan idea masing-masing.

"Good idea!" Kata Yeonhee dengan girang.

End of flashback..

Keira menghembuskan nafas. Dia cuba untuk tak memikirkan tentang perkara itu lagi. Kini fokus utamanya adalah memulakan hidup baru bersama dengan adiknya.







Tiba saja di dorm telefon pintar Jungkook bergetar.

Telefon lalu dikeluarkan dan terlihat satu pesanan chat daripada Minsook. Jungkook mengeluh pada mulanya bila sepupunya itu amat memerlukan pertolongan darinya.

Jungkook tidak membalas pesanan chat itu, dia hanya membiarkan saja. Tapi entah kenapa tiba-tiba hatinya keruan tak menentu seakan ada sesuatu perasaan yang hadir, memaksanya untuk tetap membantu gadis itu.

Jatuh cinta? Huh! Tak mungkin! Tapi kenapa aku pulak yang susah hati bila dia dalam masalah? Ugh, perasaan apakah ni?

Jungkook bingung sendiri. Sekian lama Minsook menanti balasan chat daripada Jungkook akhirnya dibalas juga.







"Kau nak aku buat apa kali ni?" Tanya Minsook bila Jungkook lalu mengajaknya untuk berjumpa tadi.

"Apa je yang kau tahu tentang pertandingan tu?"

Tanpa berlengah, Minsook menceritakan segalanya kepada Jungkook tanpa meninggalkan sikit pun maklumat yang berkaitan.

"So?" Tanya Minsook lagi selesai dia bercerita.

"Aku nak kau daftarkan terus je nama dia dalam sistem maklumat pertandingan tu. Kau dah tahu semua pasal dia kan? Jadi kau guna setiap maklumat yang kau ada selama ni untuk lengkapkan pendaftaran tu." Beritahu Jungkook dengan jelas.

"Okay boss!"







Peliklah! Kenapa bayaran sewa rumah aku dah selesai? Bayaran bil rawatan adik aku pun dah selesai? Haih, siapa-siapa pulak yang masuk campur ni?

Laptop ditatap sementara. Kalau ikutkan hati, dia mahu membuat pembayaran hanya melalui online saja, tapi lain yang nak dibuat lain pula yang jadi.

Perasaannya kini bercampur aduk. Entah sama ada nak marah, gembira, teruja atau sebagainya sebab sememangnya tindakan yang dilakukan oleh seseorang yang 'tak dikenali' itu amat mengejutkan dirinya.

Desah nafas Keira menjadi tak teratur, menahan perasaan yang sekarang sedang bergelora di jiwa. Tapi sejujurnya dia tak puas hati. Dia perlu mencari cara untuk merungkaikan segala yang berlaku ini.

Pasti ada sesuatu yang tak kena ni.

"Keira! Amboi...bukan main lagi kau duduk dalam bilik menghadap laptop je 24 jam ya." Kata Yeonhee yang baru saja melangkah masuk ke dalam biliknya.

Keira hanya menoleh sekilas.

"Alang-alang cuti kan, inilah masanya untuk luangkan masa sepenuhnya hanya dengan menghadap laptop."

"By the way Yeon, aku ada 'something' nak tanya kau ni." Keira menukar topik perbualan secepat mungkin.

"Apa..yang 'something' tu?"

"Kau tahu tak pasal ni?" Tanya Keira sambil membawa laptop ke arah hadapan Yeonhee yang sedang duduk di birai katil.

Yeonhee menjegilkan mata untuk melihat perkara yang dimakusdkan oleh Keira itu dengan jelas.

"Hah?" Terbuntang luas biji mata Yeonhee bila membaca sebaris ayat yang mengatakan bahwa kedua-dua pembayaran yang ingin dibuat sudah pun selesai.

"Aku pun terkejut. Yang aku pelik sekarang, siapa yang pandai-pandai bayarkan? Aku kenal ke siapa orang tu?" Bertubi-tubi soalan yang meluncur keluar dari mulut Keira.

"Hmm.." Yeonhee cuba berfikir.






[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now