🌸15

5 1 0
                                    

"Welcome back, Hyunbin!!!" Sambut Yeonhee sedari tadi memang setia menunggu kedatangan Hyunbin ke rumah mereka.

Terlihat wajah terkejut Hyunbin bila Yeonhee tiba-tiba menjerit girang dengan kehadirannya di situ.

"Annyeong, Yeonhee unnie.." Balas Hyunbin dengan suara perlahannya.

"Wahh! Akhirnya family kita bersatu!! Kau tahu K, aku yang excited tau bila kau beritahu Hyunbin balik hari ni. Haa..sebab tu, aku dah siap-siap masak kan untuk kita semua hari ni."

Begitu gembira Yeonhee walaupun Hyunbin bukanlah adiknya tapi dia telah menganggap Hyunbin sebagai ahli keluarganya sendiri termasuk Keira.

"Oh ya ke? Thank you, tapi aku nak tanya satu perkara ni?" Kata Keira.

"Apa dia? Cakaplah." Yeonhee seakan tak sabar dengan pertanyaan Keira itu.

"Siapa family kau? Sejak bila kau jadi family aku? Nama Park Yeonhee pun tak pernah wujud tau dalam senarai ahli keluarga aku." Bersahaja Keira berkata. Sengaja dia berkata begitu, sebab nak tengok reaksi Yeonhee macam mana.

"Yahh K..kau ni memang mood killer kan? Ish, tak puas hati betul aku dengan kau ni. Huh, sabar je lah wahai Yeonhee..." Yeonhee memujuk diri sendiri.

"Laa sentap pulak? Tak adalah, aku cakap benda yang betul...kau tu je yang menyibuk kat sini. Kan Bin?" Sekali lagi Keira bergurau dengan rakannya itu. Dia memang suka sakitkan hati Yeonhee, tapi dia tahu Yeonhee takkan semudah itu akan termakan dengan kata-katanya.

"Bin, maafkan Yeonhee unnie tau..Yeonhee unnie tak dapat lama-lama kat sini. Nampak gayanya ada orang dah halau." Yeonhee sengaja menampakkan dirinya sedang merajuk manakala Keira hanya ketawa dari tadi. Kadang geli hati juga dia melihat sikap rakannya itu.

"Dah kau tak payah nak sentap sangat, muka kau tu..muka penipu tau. So aku tahulah sama ada kau melakon atau betul-betul." Balas Keira sambil membawa adiknya ke bilik tidur.

Yeonhee menjegilkan mata tanda geram dengan sikap luar jangkaan Keira itu.

Savage punya pasal..aku yang kena. Nasib kau lah Yeon...

Bisik hati Yeonhee.







Seperti biasa selesai saja setiap rancangan yang dilakukan, Minsook akan terus menghantarnya kepada Jungkook supaya lelaki itu turut tahu tentang perkembangan terkini.

Apabila Jungkook mendapat pesanan chat daripada Minsook, dia terus membawa Minsook untuk berjumpa. Kini Minsook sedang menunggunya.

Flashback Minsook..

"Cik ni siapa?" Tanya Dr. Jung bila lelaki yang berdiri di hadapannya kini tiba-tiba saja bertanya tentang Keira.

"Saya...errr...saya Minsook. Boyfriend kepada...Kim Keira." Tergagap-gagap Minsook ingin meneruskan kata-katanya. Dia berharap lakonan kali keduanya ini juga akan berjaya seperti yang pertama.

"Boyfriend Kim Keira? Tapi saya tak pernah dengar apa-apa pun tentang Minsook?"

"Err...dah nama privacy doktor, takkan nak cerita sana sini. Hehe.."

Dr. Jung sekadar mengangguk.

"Jadi, apa sebab Minsook datang sini?"

"Ermm..tujuan saya datang sini adalah saya nak tolong bayarkan bil rawatan Kim Hyunbin." Kata Minsook terus-terang.

"Keira tahu ke tentang perkara ni?"

"Tak...dia tak tahu. Dan kalau boleh Dr. Jung tolong jangan beritahu pasal hal ni pada dia, saya tak nak lah kalau dia akan rasa terbeban dengan apa yang saya buat ni. Saya tak nak tengok dia salahkan diri dia."

"Hmm baik lah kalau kamu dah cakap macam tu."

Minsook tersenyum bahagia bila rancangan keduanya bersama Jungkook berjaya sekali lagi.

End of flashback

"Jauh termenung." Sergah Jungkook yang entah bila datang pun tak tahu.

Terhinjut bahu Minsook akibat terkejut dengan sergahan Jungkook itu.

"Kau ni...buat aku terkejut je." Kata Minsook kesal.

"Ye lah...sorry..."

Minsook gelengkan kepala tanda amat kesal dengan perbuatan Jungkook tadi.

"Jadi apa cerita?" Jungkook bertanya bila masing-masing diam.

"Macam yang aku beritahu kau tadi, rancangan kedua kita berjaya. Tapi..."

"Tapi apa?"

"Tapi...sampai bila kau nak macam ni?"

"Sampai bila apa?"

"Kau ni buat-buat tak faham pula, yelah sampai bila kau nak terus tolong Keira dalam diam ni? Aku rasa bagus kau pergi jumpa je Yeonhee tu daripada kau teruskan rancangan kau. Aku ni bukan apa, aku cuma risau kalau semua ni nanti terbongkar. Satu lagi, member kau yang lain tahu tak pasal ni?" Soal Minsook seakan tak berpuas hati.

Terdiam Jungkook dibuatnya. Dia sendiri pun tak tahu macam mana nak jawab soalan Minsook itu.

Malah Jungkook sekadar gelengkan kepala.

"Haih, kau ni memang lah Kook...kalau member kau tahu pasal ni apa kau nak cakap dengan dia orang?"

"Ak..aku...pandai-pandailah aku berbincang ngan dia orang nanti." Jawab Jungkook acuh tak acuh.

"Bincang?! Aku tak percaya."

Suasana malam itu terasa hangat. Lebih-lebih lagi bila Jungkook terus disoal dengan pelbagai soalan dengan sepupunya itu. Namun tak semua dijawabnya.

Ya, dia juga tahu bahwa dia juga salah dalam hal ni. Andai masa dapat diputarkan balik...

[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now