🌼5

8 2 0
                                    

Pagi itu Jungkook bangun lebih awal dari yang lain sebab dia tak nak kalau ada yang tanya ke mana dia hendak pergi. Jungkook bersiap secepat mungkin sebelum mereka yang lain turut bangun untuk bersarapan pagi, memandangkan dia harus mengejar masa takut  dia tak sempat untuk bertembung dengan 2 orang gadis beberapa hari yang lalu.

Kunci kereta yang tersangkut rapi di belakang pintu, diambil lalu terus melangkah keluar dari dorm.

Jungkook memandu ke sekolah. Tiba saja dirinya di sana, dia tidak keluar daripada kereta tapi hanya tunggu di dalam sehingga kelibat Keira dan Yeonhee kelihatan.

Apabila kelibat Keira dan Yeonhee sudah kelihatan ketika itu, Jungkook segera menundukkan badannya sikit supaya tidak diketahui oleh mereka berdua itu.

"K..K...sekejap." Kata Yeonhee sambil menarik lengan Keira supaya berhenti sementara. Kini mereka berdua berdiri di hadapan pagar sekolah dan bersebelahan dengan kereta milik Jungkook, itu amat memudahkan Jungkook untuk turut mendengar perbualan mereka.

"Apa kau ni? Kita dah sampai depan sekolah ni, masuklah dulu..." Keira berkata dengan malas.

"Sekejap laa...aku ada perkara nak cakap ni." Balas Yeonhee dengan mulutnya sengaja dimuncungkan. Tapi itu langsung tak terkesan pada Keira walhal membuatkan Keira lebih tak keruan untuk membebaskan diri.

"Apa lagi? Nanti kita lambat masuk kelas, habis kena bebel dengan Ms. Lee. Aku malas laa nak layan..dah dah masuk masuk." Keira membalas geram dan sekali lagi Yeonhee menarik lengannya. Lantas Keira merengus geram.

"Kau nak cakap apa sebenarnya?!" Keira dah mula menengking, tapi Yeonhee tak peduli dan tetap ingin meneruskan ceritanya.

"Okay, macam ni...semalam aku ada terjumpa kereta mamat tu. For sure aku kenal kereta dia, mana mungkin aku boleh lupakan macam itu je..tapi yang peliknya bukan dia yang memandu tapi orang lain. Hish, tak puas hati betul aku." Yeonhee bercakap panjang. Keira hanya setia mendengar walau dalam hati membebel sana sini.

"Dah tu, kau nak aku buat apa laa?" Tanya Keira malas.

"Kalau kau terjumpa mamat tu, apa kau buat?" Yeonhee bertanya dan hampir saja ditolak oleh Keira.

"Soalan apa kau tanya aku ni? Aku dah cakap kan, itu masalah kau bukan aku! Kalau ya sekali pun aku terjumpa mamat tu, aku buat tak peduli je laa. Lagi pun bukan aku yang kena langgar, kau yang kena langgar. And aku rasa mamat tu bukan sengaja nak langgar kau, dah kau yang melintas jalan tak tengok kiri kanan. Apa?! Kau ingat aku tak nampak?!" Kali ini Keira pula membebel dan memarahi Yeonhee.

Yeonhee diam membisu. Baru kali ini dia melihat Keira sebegitu marah.

"Tahu laa masalah aku dengan dia..tapi at least dah langgar tu, berhenti lah kereta lepas tu minta maaf. Nah kan senang, bukan susah sangat." Luah Yeonhee.

Keira menjeling tajam. Kadang dia terasa meluat juga dengan perangai Yeonhee tapi bila difikirkan semula mereka dah berkawan hampir 18 tahun, jadi dia terpaksa pendam dan mengalah.

"Patut lah semalam kau balik lambat. Kata pergi kedai nak beli barang, 15 minit je dari rumah tu..sekali balik pukul 9. Satu jam? Kau buat apa?" Keira menyoalkan perkara itu.

"Aku intai mamat itu lah, hmm aku rasa malam ni aku nak intai lagi. Jom teman aku." Ajak Yeonhee walaupun dia tahu Keira takkan setuju tapi dia mencuba.

"Memang tak lah aku nak ikut, lagi pun malam ni aku dah rancang nak pergi hospital. Lawat adik aku. Kalau kau nak sangat, kau pergi sendiri. Okay?"

Belum sempat Yeonhee membalas, Keira telah berjalan meninggalkannya di belakang. Segera Yeonhee berlari mengejar Keira.

Bahaya juga kalau aku minta maaf depan-depan dengan perempuan ni, nanti habis muka aku kena tumbuk lepas tu ada kesan lebam. Orang tahu, kena tanya..apa aku nak jawab? Haih, aku takkan ambil risiko tambahan aku artis.

Jungkook berkata dalam hati. Dia masih berfikir bagaimana untuk memohon maaf daripada gadis itu.

Sekian lama berfikir, akhirnya dia mempunyai satu idea.

How about aku minta maaf melalui kawan dia? K? Itu nama dia ke? Singkatnya..

Jungkook memandang keluar kereta, melihat kelibat 2 orang gadis tadi berjalan memasuki sekolah. Entah kenapa hatinya terdetik mengatakan wajah gadis yang bernama K itu sungguh menawan. Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyuman halus.







Hampir setengah jam menunggu di dalam kereta, namun kelibat Keira masih belum kelihatan. Jam di tangan dikerling sekilas, baru pukul 8:45 malam. Sama ada dia datang terlalu awal atau lambat. Dia sendiri pun tak pasti. Dia hanya terus menunggu.

Sejurus itu, kelibat Keira tiba-tiba muncul dan berjalan di hadapan keretanya. Jungkook memerhati gadis itu dengan teliti.

Akhirnya sampai juga dia..

Tanpa membuang masa, Jungkook cepat keluar daripada kereta dan mengekori langkah gadis tadi. Tiada perkara perlu dirisaukan sangat sebab dia ada memakai mask untuk menyembunyikan identitinya, dia tak mahu andai kehadirannya di situ akan diketahui.

Perlahan-lahan dia berjalan. Sikit pun tidak kedengaran bunyi tapak kasutnya di belakang sememangnya Keira takkan sedar.

Selepas kelibat Keira hilang memasuki satu ruangan bilik rawatan, Jungkook berdiri di hadapan pintu bilik tersebut dan mengintip dari pintu. Sebelum itu, dia memerhati sekeliling takut jika ada staff hospital yang menyangka dirinya seorang pencuri nanti. Habis imejnya tercalar begitu saja.

Dia melihat dari arah kaca yang menghalang antara dalam dan luar bilik itu. Sebenarnya, dia agak keliru dengan situasi sekarang. Dia tak tahu apakah yang terjadi.

Walau bagaimanapun, Jungkook tetap meneruskan intipannya.

Hatinya terasa sayu tanpa disedari. Tiba-tiba dia rasa kasihan pula dengan keadaan Keira ketika itu. Dapat disaksikan bahawa gadis itu menangis dan bukan itu saja dia turut dapat merasai penderitaan yang dialami oleh gadis itu.

Melihatkan keadaan yang begitu rumit, perlahan-lahan Jungkook berlalu pergi meninggalkan kawasan bilik rawatan tersebut. Dia harus memikirkan cara yang lain untuk cuba mendekati gadis itu.










[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now