🌹24

7 1 2
                                    

Keira kini sedang berada di bilik pejabatnya. Tanpa disangka, hari ini sudah hari kedua dia bekerja di HYBE Corporation itu.

Tambahan pula, dia juga dah mengenali setiap member BTS kelmarin. Jadi, dia rasakan dirinya sedikit selesa sekarang ini. Apatah lagi dengan sikap mereka yang tak kurangnya peramah dan senang dibawa bergurau.

Seperti yang sedia maklum, bilik pejabat Keira sememangnya akan menjadi antara arah laluan utama yang sering dilalui oleh BTS setiap kali mereka ingin ke studio.

"Keira!" Sergah seseorang membuatkan Keira yang kala itu sedang membelek beberapa helaian fail di atas mejanya, segera mendongak.

"Hoseok..ingatkan siapa tadi. Lain kali ketuk pintu dulu, jangan main sergah je.." Keira menegurnya. Hoseok pula sekadar tersengih sambil menggaru kepalanya yang tak gatal itu.

"Sorry."

"Hm tak apa..ni..kau datang sini buat apa?"

"Tak adalah, kami nak pergi studio macam biasalah ada dance practice untuk single terbaru bulan ni tadi." Jelas Hoseok.

"Ouhhh single apa?"

"Butter."

"Wow, Butter..mesti best kan?"

"Eh mesti...Keira tak dengar lagi ke?"

"Bukan tak dengar lagi, memang tak pernah dengar..yelah Keira bukannya minat k-pop sangat pun. Jadi Keira tak ambil tahu sangat, semua ni.." Keira jujur dengan Hoseok mengatakan dirinya bukanlah pencinta k-pop mahupun perkara yang lain.

Hoseok sekadar mengangguk lalu menawarkan senyuman paling manis pada Keira.

"Heart smile ya..." Sengaja Keira mengusik lantas membuatkan Hoseok ketawa.

Eh dia ni, aku puji...dia boleh ketawa pulak..haih Hoseok Hoseok..

"Okaylah Keira, aku pergi dulu. Nanti lama pula diorang yang lain tunggu. Bye!" Kata Hoseok sebelum berlalu pergi.

Keira hanya tersenyum melihat tingkah laku Hoseok itu yang agak ceria dan periang orangnya. Memang patut dia menggelar senyuman lelaki itu 'heart smile' yang juga sepadan dengan sikapnya.

Fail tadi kembali dibelek. Dia melihat beberapa butir yang perlu diketahuinya di dalam fail itu. Nampak gayanya mulai hari ini, dia sudah mulai sibuk dengan kerjanya sebagai stylish apatah bila BTS akan membuat persembahan istimewa di Billboard nanti.

Events itu akan 2 minggu dari sekarang, jadi dia masih ada masa untuk mencari beberapa bahan diperlukan. Tapi sebelum itu, dah tentu dia akan menyediakan design yang bersesuaian pada mereka.

Keira tersenyum puas. Akhirnya rezeki kali ini datang dengan melimpah ruah sekali. Tak sabar mahu berkongsi berita gembira ini bersama Yeonhee, memandangkan rakannya itu masih belum tahu bahwa dirinya dah bekerja.

Telefon pintar di sebelah, diambil lalu segera jari-jemarinya menaip pesanan ringkas untuk Yeonhee.

"Yeon..lepas habis waktu kerja, kita jumpa dekat tempat biasa. Boleh? Aku ada perkara nak beritahu." - Keira.

Pesanan dihantar. Walaupun dia tahu pesanan itu akan dibalas lambat oleh Yeonhee, tapi Keira tak peduli yang penting pesanan itu selamat sampai dalam ruangan mesej Yeonhee dan dah dibaca.






[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now