🌸13

5 1 0
                                    

Jungkook masuk ke dalam restoran lalu mencari kelibat Minsook. Rakaman suara yang telah dihantar sudah didengar dan sekarang dia mahu memulakan rancangan pertama.

"Jadi, macam mana? Kau dah dengar kan?" Soal Minsook selesai Jungkook duduk berhadapan dengannya.

"Dah. Sekarang apa yang aku nak kau buat adalah beritahu aku berapa jumlah bayaran sewa yang Keira perlukan." Jungkook berkata dengan perlahan. Dia tak nak kalau perbualan antara mereka akan didengari oleh orang lain.

"250000 won. Sebab dah 3 bulan dia belum bayar." Balas Minsook.

"250000 won?"

Agak terkejut juga Jungkook bila dengarkan sejumlah besar bayaran sewa rumah milik Keira itu, tapi taklah akan menjadi satu masalah berat terhadap dirinya sendiri walhal dia sendiri pernah membeli apartmen yang berjumlah lebih besar daripada ratus ribu.

Minsook sekadar mengangguk.

"Okay, macam ni..aku akan bagi kau black card aku kau guna tu untuk bayarkan sewa rumah Keira. Melalui online." Jungkook beri penjelasan.

Sekeping kad hitam dikeluarkan lalu diberi kepada Minsook. Dia percaya kepada sepupunya itu, jadi dia berharap rancangannya berjaya.

"Okay!" Balas Minsook.

"Satu lagi, jangan lupa terus inform kat aku kalau ada apa-apa 'something' new yang kau tahu."

"Hm."

Tujuan mereka ke restoran itu memang hanya untuk berbincang tentang rancangan mereka saja.







Keira masih sibuk bekerja dan segalanya terhenti sementara apabila telefon pintarnya tiba-tiba berdering.

"Hello? Ya doktor Jung, ada apa?" Tanya Keira sebaik melihat nama Doktor Jung yang terpapar di hadapan skrin.

"Kamu dekat mana sekarang?" Soal Doktor Jung semula.

"Err...saya dekat restoran sekarang, tengah kerja. Kenapa ya?"

"Ouhh okay, saya cuma nak beritahu adik kamu dah sedarkan diri. Baru beberapa minit yang lepas. Jadi kalau kamu tak keberatan boleh lah datang jenguk adik kamu sementara dia dah sedar tu." Beritahu Doktor Jung kepada Keira.

"Betul ke doktor? Errr...tak apa lah kalau macam tu, saya datang sekarang. Thank you Doktor Jung." Balas Keira sambil mematikan talian.

Dia tak berfikir perkara lain lagi ketika ini, apa yang bermain dalam fikirannya adalah mahu berjumpa dengan adiknya dan lepaskan rindu yang selama ini terpendam dalam hati.

Tanpa melengahkan masa, Keira terus berlalu ke arah Jihyo yang sedang bertugas di kaunter untuk memaklumkan padanya bahwa dia perlu pergi sekarang juga.

"Jihyo! Nanti kalau boss tetiba datang lepas tu tanya mana aku pergi, kau cakap je...aku pergi hospital. Nak jumpa adik aku. Okay?" Kata Keira agak terburu-buru. Dia mahu mengejar masa sebab sejujurnya dia tak sabar untuk memeluk erat tubuh kecil milik adiknya itu.

"Oh, okay okay. Nanti aku beritahu, jangan lupa sampaikan salam aku pada adik kau!"  Jihyo berkata separuh menjerit bila Keira sudah pergi jauh darinya, tapi masih boleh didengari oleh Keira.

"Ya!"








"Bin?"

Selesai berbincang dengan Doktor Jung, Keira terus berjalan ke bilik rawatan adiknya.

Perlahan-lahan Keira berdiri di sebelah katil adiknya dan tanpa disedari bibirnya mengukir satu senyuman.

Hanya Tuhan saja yang tahu perasaannya kini, betapa bersyukurnya dia kerana masih diberi peluang untuk teruskan hidup bersama adiknya walaupun tanpa kedua-dua orang tua mereka.








Minsook sedang menunggu di luar rumah sewa Keira.

Mana pulak auntie ni? Belum datang lagi ke? Atau aku yang lambat? Eh..tak mungkin...ni Minsook lah always on time.

Kepalanya terjenguk-jenguk memandang ke arah pagar rumah itu. Hatinya sempat membebel sendiri. Hampir setengah jam dia menunggu, tapi satu kelibat pun belum muncul.

Haih, kalau tak disebabkan idea Jungkook ni...memang taklah aku nak tunggu lama-lama kat sini oi.

Sekali lagi dia tak berpuas hati.

Minsook hampir berputus asa dan baru saja dia ingin menghidupkan enjin keretanya, kala itu juga ada sebuah kereta berwarna putih datang dan dia yakin itu adalah auntie yang ditunggu dari tadi.

Dengan pantas dia keluar dari kereta dan berlari ke arah wanita separuh usia itu sambil tersenyum.

"Ermm..kamu ni siapa?" Soal auntie itu pelik.

"Saya....err...saya...boyfriend Keira! Eh auntie sini sekejap lah, ada perkara saya nak bincang dengan auntie." Tanpa segan silu Minsook memperkenalkan dirinya sebagai kekasih Keira sedangkan hakikatnya sekadar kawan. Lengan auntie itu ditarik, dibawa berdiri bersebelahan dengan keretanya.

"Wahh...saya tak tahu Keira dah ada boyfriend rupanya!! Dia tak pernah beritahu saya pun." Balas auntie itu lagi.

"Privacy lah auntie...takkan itupun nak gosip sana sini. Hehe..."

"Hmm yelah. By the way, kamu nak bincang apa?"

"Tentang sewa rumah Keira. Eh maksud saya bayaran sewa rumah.."

"Jadi...kenapa?"

"Berapa jumlah Keira mesti bayar?"

"Banyak...250000 won. Sebab hampir 3 bulan dia tak bayar."

"Ouhh, macam ni lah auntie saya bukan apa..saya cuma kesiankan Keira ye lah parents dia pun dah tak ada. Jadi....agak susah juga nak cari duit sebanyak tu. Apa kata kalau saya tolong bayarkan? Tapi dengan syarat, auntie jangan sesekali beritahu dia tentang perkara ni. Saya tak nak dia terhutang budi pulak dengan saya nanti...harap auntie faham dengan situasi kami yang pasangan kekasih ni." Panjang Minsook menjelaskan tujuan asalnya.

"Ouhhh...baik baik, saya janji dan saya akan pertimbangkan apa yang kamu cakap ni." Auntie itu bersetuju.

"Kalau macam tu, saya bayar online ya. Done!" Beritahu Minsook bila bayarannya sudah selesai. Dia menghembuskan nafas lega sebab rancangan pertama akhirnya berjaya dengan lancar sekali.

"Terima kasih ya. Keira patut bersyukur sebab dia dapat boyfriend yang baik sangat macam kamu ni...haih, semoga bahagia."

Minsook tak tahu nak balas apa, jadi dia hanya tersengih saja.

Sebab kaulah Kook, aku terpaksa jadi boyfriend pada Keira. Haih...


[C] LOVE YOU, MR. MYSTERY GUARDIAN || JJK✔Where stories live. Discover now