AYUNA menyiapkan sarapan di atas meja. Hari ini Ayuna terpaksa menyiapkan sarapan untuk dirinya sendiri kerana ibu dan ayahnya kini berada di Paris. Walaupun keluarga mereka tidaklah sesenang mana, tetapi ramai yang mengatakan mereka kaya. Bagi Ayuna, setakat satu rumah, dan dua biji kereta hanya biasa-biasa sahaja. Tak senang, tak susah. Tengah-tengah.
"Siap!"
Ting Tong!
Kepala yang tertunduk diangkat. Pintu rumah dilihat dan kelihatan daripada dalam, kelibat susuk seseorang sedang berdiri. Dia tersenyum melihat gerangan itu.
"Masuklah! Pintu tak kunci." Pekik Ayuna dari luar. Sekejap sahaja pintu slidding itu terbuka dan menampakkan seorang gadis berusia 19 tahun. Tanpa dipelawa, gadis itu terus melabuhkan punggungnya pada kerusi meja makan di rumah Ayuna ini.
"Sorang je ke? Hansol mana? Biasa dengan Hansol?" Tegur Ayuna sambil menuang air susu ke dalam cawan yang disediakan di atas meja itu.
"Kejap lagi sampailah tu dengan Jimin oppa. Dia pun nak ke mari juga nanti sebab lepas ni ada study group." Kata gadis yang bernama Hanna ini. Roti bersapu jem di capai lalu dimasukkan ke dalam mulut. Lapar. Ayuna dan Hanna ialah sepupu. Rumah mereka hanya berhadapan sehaja. Disebabkan ibu dan ayah Hanna kini berada di Paris tinggal bersama dengan ibu dan ayah Ayuna, jadi kiranya Hanna akan makan bersama-sama dengan Ayuna. Jika Hanna rasa mahu makan di rumah Ayuna, dia ke sana. Jika Ayuna mahu sebaliknya, dia ke rumah Hanna. Masing-masing buat macam rumah sendiri.
"Oh... okey. Nanti aku ingat nak keluar shopping, kau nak ikut?" Tanya Ayuna yang lebih tua tiga tahun daripada Hanna.
Mata Hanna terbeliak mendengar persoalan Ayuna. "Nak!" Hanna tak pergi membeli-belah? Bohong sangat!
"Okey. Nanti lepas je study group dengan...?" ayat digantung bersama dengan kening yang terjongket.
"Hansol!" Jawab Hanna gembira. "Lepas je study group dengan Hansol, terus ke sini. Kalau kau tak segan, ajaklah Hansol sekali." Cadang Ayuna sambil tersenyum. Dia tahu, Hansol dan Hanna memang rapat. Tapi dia tidak tahu, disebalik perkataan 'rapat' tu ada perkataan lain pula. Siapa tahu?
Hanna hanya tersenyum memandang Ayuna yang sedang menyisip susu. Bercakap pasal Hansol, mana pula lelaki itu? Tadi sewaktu dia bersiap-siap ke sini, Hansol ada menghantar SMS kepadanya yang lelaki itu akan tiba beberapa minit sahaja. Tapi sekarang? 10 minit dah berlalu.
"Cari apa? Terjenguk-jenguk ke luar?" Tegur Ayuna sambil mengerutkan dahi. Risau melihat Hanna yang terjenguk-jenguk ke luar rumah.
"Tak ada apa-apalah. Err... kau tak ajak Jimin oppa?" Soal Hanna sekali gus menukar topik. Keningnya nakal dinaikkan. "Perlu ke ajak?" Ayuna menyoal kembali sebelum bangun menuju ke sinki. Ini budak kalau bercakap pasal benda-benda macam ni, seronok betul.
"Perlu! Kalau aku ajak Hansol, kau mesti ajak Jimin oppa sekali." Hanna meletak syarat. Punggung diangkat menuju ke sinki juga.
"Dah tentu diorang adik-beradik. Aduhai..."
Hanna ketawa mengekek. Seronok mengenakan sepupunya itu. Dia tahu Ayuna dan Jimin mempunyai hubungan. Begitu juga dengan dia. Jika Ayuna bercinta dengan Jimin, tidak salah rasanya kalau dia dan adik Jimin. Nampak comel bukan?
"Unnie," panggil Hanna. Sesekali panggil unnie, sesekali panggil kau dan aku, salah kut?
"Emm...?"
"Hansol dengan Jimin oppa dah sampai tu. Aku nak naik kejap ke bilik kau tukar baju. Baju ni terkena susu." Beritahu Hanna sebelum lesap naik ke atas. Tidak sempat langsung mahu mendengar jawapan Ayuna.
"Ayuna noona!" Panggil Hansol yang jenisnya memang periang. Ayuna menoleh sebelum dia tersenyum kepada Jimin dan Hansol yang agak selalu juga berkunjung ke rumahnya untuk belajar bersama-sama memandangkan Hansol dan Hanna masih belajar. Kiranya Ayuna dan Jimin mengajar sambil berdatinglah.
"Dah makan belum?" Soal Ayuna. "Dah. Jimin hyung belum makan. Dia kat nak makan dengan noona." Kata Hansol. Sempat dia menjeling Jimin yang seperti mahu menerkamnya itu. Hansol hanya menunjukkan tanda peace sebelum mendapatkan Hanna yang berada di ruang tamu.
"Awak dah makan?" Tanya Jimin. Tadi Ayuna menanya, ni dia pula menanya. "Dah. Kan saya tanya, awak dah makan?"
Jimin ketawa sebelum menggelengkan kepalanya. "Duduklah. Saya siapkan makanan kejap." Arah Ayuna seolah-olah dia dan Jimin seperti suami isteri. Tapi memang dah betul seperti suami isteri. Jimin makan pun dia temankan. Jimin nak air pun dia ambilkan. Sebijiklah! Sampai Hanna dan Hansol pun naik cemburu. Tu yang Hanna dan Hansol seboleh-boleh jadikan Ayuna dan Jimin idola dan penasihat cinta mereka. Tapi itulah, Ayuna dan Jimin tidak tahu Hanna dan Hansol bercinta juga. Mereka berdua hanya anggap Hanna dan Hansol kawan rapat. Tapi rahsia tu tidak lama. Sekejap je. Tidak lama lagi, pasti terbongkar!
"Okey. Saya tunggu." Jawab Jimin lalu melabuhkan punggungnya di kerusi. "Jimin hyung!"
"Ayuna!"
Serentak Hansol dan Hanna memanggil mereka berdua. Ayuna dan Jimin menoleh sebelum ketawa bersama.
"Uuuu...!!! Sama-sama..." sakat Ayuna. Jimin mengecilkan matanya kepada Hansol. Konon curiga dengan Hanna dan Hansol.
"Err... hari ni kita study kat rumah jelah. Sebab tadi Hanna cakap noona ajak kita shopping." Kata Hansol dan menukar topiknya. Jimin memandang Ayuna, Ayuna memandang Hanna dan Hanna memandang Hansol. Pandangan mereka itu seakan-akan menunjukkan satu perbualan seperti ini...
JIMIN (PANDANG AYUNA): SHOPPING? SAYA TAK TAHU PUN?
AYUNA (PANDANG HANNA): HANNA! KENAPA SURUH HANSOL CAKAP KUAT-KUAT?! AKU TAK SEMPAT NAK BAGITAHU JIMIN!
HANNA (PANDANG HANSOL): KENAPA CAKAP KUAT-KUAT?!
HANSOL (PANDANG SEMUA ORANG): BLUR... -_-
"Sukati kaulah. Aku tak kisah." Kata Jimin setelah agak lama berdiam diri. Ayuna mendekatinya lalu meletakkan piring diisi beberapa keping roti disapu jem. Air dituang dan sedia untuk dimakan.
"Kamsahamida, jagi..."
Ayuna senyum.
Don't forget to vote and comment. Love ya!

ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.
FanfictionBiarkan Masa Tu Berlalu Membawa 1001 Kesedihan, Keperitan, Dan Keseksaan. Tetapi, Masa Yang Berlalu Tu Tak Akan Pernah Meluputkan Cinta Aku Kepada Kau... -Mark Tuan- Lafazkan 3 Perkataan Hikmah Untuk Aku Dari Bibir Kau. Mungkin Bagi Kau Benda Ni Tak...