AKHIRNYA, setelah 2 tahun berlalu, semuanya sudah mula lengkap. Mark dan Ayuna sudah berkahwin, Kai dan Hanna juga sama. Mereka melakukan apa yang orang tua mereka suruh. Pasangan ini berkahwinan pada hari yang sama. Tarikh yang sama juga tetapi masanya berbeza sedikit. Mark dan Ayuna sah menjadi suami isteri satu jam sebelum Hanna dan Kai.
Kalau dah berkahwinan, mesti ada permatanyakan? Ada sesetengah pasangan yang berkahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata. Tetapi Mark, Ayuna, Kai dan Hanna sangat bertuah. Mereka dikurniakan anak yang sangat comel. Umur bayi Mark dan Ayuna berusia 7 bulan dan diberi nama Kim Ahra.
Tetapi rezeki Hanna dan Kai hanya sementara untuk menimang cahaya mata. Pada usia kandungan Hanna 7 bulan dan hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk lahir, rahim Hanna menpunyai masalah dan bayi terpaksa dikeluarkan. Semasa bayi itu keluar, bayi itu ada masalah pernafasan dan meninggal. Penerimaan Hanna dan Kai yang bayinya sudah tiada sangat pedih. Hanna sudah merasakan kehilangan dua kali, Hansol dan bayi perempuannya itu, tetapi Kai? Kai lagi teruk sedihnya. Permata tanda cintanya dengan Hanna sudah meninggal, sangatlah mencucuk hati. Sampai ke sekarang, mereka masih menanti lagi untuk melihat anak mereka itu lahir ke dunia.
Berikut ialah P.O.V dua pasangan bahagia ini...
#Mark Ayuna Ahra P.O.V#
Ayuna berjalan dipersisiran pantai seorang diri. Pagi-pagi jam 6:30 pagi, teringin pula nak tengok matahari terbit pagi-pagi. Jadi, dia tinggalkan anaknya, yang dipanggil Baby Ahra bersama daddynya sebentar sementara mummynya ini pergi ke pantai.
Lagipun Mark tadi tak tidur. Sibuk sangat buat kerja. Kena juga buatlah walaupun Mark dah cuti 2 minggu sebab nak berbulan madu di Pulau Maldives ini.
Sedang dia berjalan-jalan di tepi pantai itu, dia dikejutkan dengan satu pelukan erat yang datang daripada belakang. Ayuna terkejut.
"Oppa?" Telaah Ayuna lalu memusingkan badannya. Skrit panjang labuhnya dibiarkan sahaja basah.
"Yes I am, jagiya..." jawab Mark sambil tersenyum. Hidung isteri kesayangannya itu dicuitnya perlahan. Ayuna tersenyum comel sebelum dia membulatkan matanya.
"Oppa, baby?!" Tanya Ayuna cemas. Dia mahu mencari anaknya itu tetapi Mark menarik tubuhnya itu pula tanda jangan pergi.
"Jagi, baby ada dekat sana. Dekat sana tu. Oppa suruh ahjumma oppa jaga kejap. Sebab oppa nak kita berdua je kat sini..." kata Mark dengan suaranya penuh romantik. Tangannya masih lagi dipinggang wanita kesayangannya itu.
"Okey. Tapi Ayuna risaulah, oppa." Kata Ayuna dengan wajahnya yang tampak tidak sedap hati. Biasalah, anak masih baby, hati ibu mana yang tak risau?
"Tak ada apa-apalah, sayang. Ahjumma kata kalau baby nangis dia call oppa," kata Mark sambil menggosok kepala Ayuna perlahan. Dia tahu Ayuna risau tapi dia mahu bersama dengan wanita kesayangannya ini buat sementara waktu tanpa anak mereka.
"Okey." Jawab Ayuna. Jam masih awal lagi. Baru pukul 7 setengah. Tapi lamgit masih gelap. Bukannya nak hujan, tapi memang begini cuacanya.
"Jagi..." panggil Mark. Pinggang Ayuna dipeluknya daripada belakang.
"Ermm..."
"Ayuna masih sayang Jimin?" Tanya Mark tiba-tiba. Serta-merta Ayuna menoleh dan menjarakkan sedikit badannya daripada Mark.
"Apa yang oppa merepek ni?!" Marah Ayuna. Sekali marah, muncung 14 kaki. Mark ketawa kecil.
"Oppa tanya je, sayang. Janganlah merajuk," Mark cuba memujuk. Bahu Ayuna dipeluknya tanda untuk memujuk tetapi Ayuna terus menjarakkan dirinya daripada Mark. Lama dah dia lupa pasal lelaki yang pernah menghinanya itu tapi boleh pulak Mark menungkit balik. Tengah nak berdua ni, nak cakap pasal ni. Mana tak merajuknya?

ВЫ ЧИТАЕТЕ
[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.
ФанфикBiarkan Masa Tu Berlalu Membawa 1001 Kesedihan, Keperitan, Dan Keseksaan. Tetapi, Masa Yang Berlalu Tu Tak Akan Pernah Meluputkan Cinta Aku Kepada Kau... -Mark Tuan- Lafazkan 3 Perkataan Hikmah Untuk Aku Dari Bibir Kau. Mungkin Bagi Kau Benda Ni Tak...