Bab 30 (Akhir)

2.5K 147 0
                                        

SETELAH beberapa minggu berlalu, semuanya mula berubah. Hanna dan Kai sudah pun bersama. Ibu dan ayah mereka juga sudah pulang ke tempat masing-masing. Dia akan datang bila-bila masa sahaja ke Korea tetapi tidak tahu bila. Datangnya tidak menentu. Jika Hanna sudah mula bahagia dengan Kai, Mark dan Ayuna masih ditengah-tengah antara mahu bersama dengan ego.

Masing-masing tidak mahu mengaku siapa suka siapa dahulu. Kai dan Hanna juga sampai naik give up dan malas mahu melayan pasangan yang dianggap cute itu. Bila gaduh, tak sampai satu jam, lepas tu baik semula. Lepas tu kalau dah happy, ketawa sampai merajuk-merajuk sebab terlalu banyak menyakat. Bila timbul masalah, mulalah tuduh-menuduh. Tapi bila dah bosan, baru nak mengaku. Nak kata couple tu tak, nak kata tak couple pun tak boleh juga. Senang cakap, teman tapi mesra. Lebih kurang macam tu lah...

Kini, pasangan itu berada di rumah Ayuna. Mark datang sejak pagi semalam. Alasan? Teman Ayuna yang luka pada tembakan itu boleh basah semula gara-gara terlalu banyak bergerak. Yang lain dah okey, asyik dia je yang kejap-kejap luka, jahitan terbuka, terkeluar darah, balutan terjatuh. Payah betul jadi Ayuna ni.

"Ayuna," panggil Mark dari ruang tamu. Ayuna yang baru keluar dari bilik mandi berjalan ke arah Mark. Punggung dilabuh pada sofa, bersebelahan dengan Mark.

"Apa dia?" Soal Ayuna sambil mengesat rambut merahnya. Mark tidak menjawab soalan Ayuna itu tetapi sebaliknya dia memerhatikan kelakuan Ayuna. Dua hari dia duduk di rumah Ayuna, hari ini baru dia nampak Ayuna berpakaian sedikit seksi. Berbaju T tetapi tidak berlengan, dan seluar pendek sahaja. Agak biasa juga Ayuna begini tetapi kali ini bagi Mark, gadis itu tampak lebih seksi.

"Mark? Kenapa pandang saya macam tu?" Soal Ayuna sambil melayang-layangkan telapak tangannya pada wajah Mark. Melihat Mark tersenyum nakal, Ayuna mula kerisuan. Ah! Sudah, jangan buat hal, Mark. Please...

"Mark!" Ayuna geram.

"Apa?!"

"Janganlah pandang saya macam tu!" Marah Ayuna. Mark tersenyum kecil. "Biarlah. You look so sexy tonight," puji Mark. Meremang bulu roma Ayuna. Akibat tidak mahu Mark terus merepek meraban, dia bangun. Tetapi nampaknya dia tersilap langkah.

Mark lebih pantas menarik lengannya dan dengan sekelip mata, Ayuna jatuh di atas ribaan lelaki itu. Ayuna punya terkejut. Bila dia nak bangun, Mark sudah mengunci. Tangan lelaki itu kini memeluk pinggangnya.

"Mark, let me go..." Ayuna meronta di dalam pelukan Mark. Tetapi jejaka itu diam sahaja. Nak peluk kuat-kuat pun tak boleh, nanti kalau terkena pada luka tu, tak pasal-pasal aje karang.

"Mark, please, let me go...!"

"Ayuna, don't move! Nanti terkena luka awak. Just stay." Kata Mark apabila gadis itu bergerak agak kuat.

Ayuna mengeluh berat. Dia tidak selesa begini. Dia berfikir-fikir, apa yang boleh Mark melepaskan pelukannya itu. Fikir Ayuna, fikir!

Tiba-tiba... Ting!!! Mentol muncul di kepalanya.

Ayuna menjeling Mark. Lelaki itu nampak okey dan syok betul dapat peluk free macam ni. Dalam kiraan satu... dua... tiga..

"Argh!! Sakit! Aduh..." Ayuna mengaduh kesakitan sambil memegang perutnya. Mark yang tadi diam kini terkejut. Melihat Ayuna memegang perut, Mark seperti sudah agak.

"Ayuna, awak okey tak ni?" Mark serta-merta melepaskan pelukannya. Dalam diam Ayuna mengukir senyuman tetapi dia tetap meneruskan lakonannya. Dia sudah dapat rasa yang Mark membaringkannya di sofa tempat mereka baring tadi. Tangannya masih memegang perut.

"Tahan, Ayuna. Tu lah, saya dah suruh jangan gerak-gerak," Mark yang tidak tahu apa-apa berkata. Ayuna yang baring itu ingin ketawa tetapi ditahannya juga. Gila nak gelak? Habislah nanti dia kena.

[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.Where stories live. Discover now