Bab 19

2K 174 4
                                        

DALAM fikirannya hanya Hanna, Hanna, dan Hanna. Apabila dia menerima panggilan daripada Jimin sahaja mengatakan yang Hanna berada di hospital, rasa macam dunianya gelap gelita.

Tapi nak dijadikan cerita, ketika itu dia terpaksa menghadiri kelas perbincangan yang penting yang menentukan di mana masa depannya. Kalau sekejap tak apa juga. Setiap tajuk dalam perubatan Sains yang dia ambil mengambil masa dalam 2 jam lamanya. Disebabkan dia mahu menjadi doktor pakar bedah seperti abangnya, dia mempelajari beberapa tajuk daripada jam 2 petang sehingga 10 malam. Bayangkan! Waktu rehat selama 2 jam pula, pelajar tidak dibenarkan keluar dari U sama sekali. Kalau tidak, dia akan dianggap sebagai gagal! Mujur sahaja ketika perbincangan dia dapat menumpukan perhatian sepenuhnya. Jika tidak, pasti tiada harapan untuknya menyarungkan jubah doktor selepas ini. Hanya tinggal berapa bulan sahaja lagi.

Setengah jam berlalu, akhirnya Hansol tiba di hospital tempat abangnya bertugas. Kelam-kabut dia keluar dari kereta sehingga tubuhnya terlanggar seorang lelaki yang tua beberapa tahun daripadanya itu. Mujur lelaki yang berpakaian seperti lelaki bekerjaya besar itu tidak jatuh.

"Eoh... mian, mian." Hansol menunduk meminta maaf. Lelaki tadi juga membuat benda yang sama dan terus berlalu masuk ke dalam hospital.

Hansol meneruskan perjalanannya masuk ke dalam dan menuju ke kaunter pertanyaan.

"Maaf, boleh saya tanya bilik pesakit yang bernama Choi Hanna di sini?" Tanya Hansol sopan. Wajah jururawat itu dipandang dengan penuh harapan.

"Sekejap ya, encik," kata jururawat itu. Jarinya lincah menari pada papan kekunci komputer untuk mencari nama pesakit tersebut.

"Err... pesakit tu ada dekat Wad Sakura." Kata jururawat tersebut setelah menemui butir-butirannya.

"Wad Sakura? Wad VVIP kan?" Tanya Hansol, memastikan. Jururawat itu mengangguk. Setelah itu, pantas Hansol berlari ke Wad Sakura yang ditempah khas oleh abangnya, Jimin. Memang tadi Jimin ada bagitahu yang Hanna ada di Wad VVIP cumanya dia lupa apa nama wad tersebut.

Kini, dia tiba di wad Hanna. Dari luar lagi Hansol dapat melihat keadaan Hanna yang dipakaikan penyaluran pernafasan pada hidungnya. Tangannya dicucuk untuk memudahkan air memasuki tubuhnya. Hati Hansol sakit melihat semua itu. Kalau Hanna sakit, dia juga turut rasa sakit itu.

Dengan perlahan dan perasaan kasihan serta sedih, tangannya menolak pintu itu dan memasukkan diri ke dalam. Suasana memang sunyi. Sesunyi hidupnya selama beberapa jam tadi tanpa Hanna. Hanna tiada, memang dia tak boleh nak hidup.

Dengan perlahan dan hati yang sebak melihat Hanna, kakinya mendekati katil gadis itu. Tangan menyentuh ubun-ubun Hanna dan diciumnya perlahan. Entah kenapa, dadanya betul-betul sakit melihat keadaan Hanna begitu. Jika Hanna demam atau tidak sihat, rasanya tidaklah seperti ini. Tetapi apabila Hanna dalam keadaan begini, memang dadanya sakit. Seperti ditekan-tekan dengan objek keras.

"Hanna, saya kat sini... dengan awak." Perlahan, sendu dan penuh dengan syahdu suara itu memecah kesunyian. Hansol tidak dapat menahan air matanya dari terus tidak mengalir. Kenapa dia terlalu sedih sedangkan Hanna dah okey dan stabil? Dadanya memang sempit kerana terlalu sebak. Seakan-akan dia akan meninggalkan Hanna pula.

"Patutlah saya tunggu awak, awak tak keluar dari rumah. Rupanya awak pengsan sebab terkurung lama kat dalam. Kenapa saya tak terus masuk je? Kalau pintu pagar awak kunci, saya boleh panjat. Ni saya tinggalkan awak. Hidup saya hari ni serba tak kena. Mungkin... mungkin sebab awak jadi macam ni. Sebab tu saya tak betul hari ni," akui Hansol. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi yang terdapat di sebelah katil. Tangan Hanna dipegangnya erat tanda sayang yang maha hebat. Mustahil dia mahu berpisah dengan Hanna. Tapi sejak tadi dia tidak dapat menemui Hanna, dia buat kerja serba tak kena, dia berjalan tadi pun terlanggar orang. Entah apa agaknya yang akan berlaku nanti. Risau juga hati Hansol dibuatnya.

[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.Место, где живут истории. Откройте их для себя