KAI tersenyum mendengar penjelasan adiknya mengenai repon Puan Kim terhadap adiknya itu. Kepalanya yang berbalut sudah tidak sakit. Tangannya yang luka juga sudah kering lukanya. Kakinya yang terkehel juga sudah pulih.
Mark mencebik melihat Kai tersenyum. "Kenapa hyung ketawa? Tak lawaklah." Kata Mark. Sedikit marah pula dengan abangnya itu. Orang tengah emo, boleh pula ketawa.
"Hyung ketawa sebab kelakar tengok kau tu. Baru kena marah dengan omma, dah meleleh air mata. Apalah." Kata Kai. Seakan-akan mengutuk Mark. Mark mengetap gigi mendengarnya sebelum tangan abangnya itu ditepuk. Tak kuat, perlahan je. Mengaduh Kai dibuatnya.
"Sakitlah!" Kai mengaduh. Mark tidak menghiraukan sebaliknya terus bangun. Bergerak ke tepi katil Kai sebelah kiri untuk mengapai buah epal yang memang ada di situ. Perlahan tangannya mengkupas setelah mencucinya di sinki yang ada di penjuru bilik.
"Kau kata aku apa tadi? Menangis? Hei, hyung, omma not let me touch her before omma not hear an explanation from you. My heart is so hurt, you know." Ujar Mark geram. Baginya, dia seperti dilayan seperti anak pungutan oleh ibunya sendiri. Fikir siapa tak menangis? Walaupun sakit hati, tangan masih bekerja mengupas dan memotong epal menjadi kecil untuk diberikan kepada abangnya.
"Hahaha... you're so funny, you know. Nanti aku bagitahulah. Tak payah nak risau sangat. Omma merajuk sekejap je tu. Nanti baiklah lepas dengar apa yang aku cakap."
"Kalau dia nak dengar. Appa nak explain pun payah sangat nak dengar." Masih dengan amarahnya. Kai menepuk dahi sebelum mengaduh sakit. Dah tau sakit, di tepuk. Sengal!
"Dah tentu omma cakap nak dengar penjelasan dari aku, buat apa dia tak nak dengar? Sengallah kau ni!" Kutuk Kai. Mark tidak mempedulikan kata-kata Kai. Piring diangkat lalu diberikan kepada Kai.
"Nah, makan ni. Kau kalau tak dipaksa, tak nak makan!" Arah Mark. Kai sempat mencebik sebelum mengambil dan mengunyah perlahan epal yang dipotong Mark.
"Kau dah jumpa betina tu?" Soal Kai setelah agak lama juga berdiam diri. Kelihatan Mark menggeleng. "Belum. Budak-budak aku tak bagitahu lagi. Hei, dia tu kenapa ha? Macam mana kau boleh kenal dia?" Soal Mark. Walaupun sakit hati, tetap juga dia menanya.
"Kalau kau nak tahu macam mana aku kenal dia, kau dengar baik-baik." Arah Kai sambil mengamit tangannya menyuruh Mark duduk di tempat tadi. Mark menurut. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi awalnya tadi. Teringin nak dengar cerita abangnya.
"Aku kenal Hyorin dah lama. Dekat 3 bulan juga. Masa tu, aku kenal dia kat kelab. Kau tahukan, kalau aku stress, aku ke kelabkan? Kau pernah tak pergi kelab yang biasa aku pergi tu?" Kai meluruskan jari telunjuknya menghala Mark. Mark mengangguk dan dia menyambung lagi cerita.
"Ha, dia kerja kat sana sebagai pelayan. Aku try, dia jual mahal sebelum masa tu aku dapat call. Dari dialah tu. Cukup seminggu, kitorang couple. Masuk dua bulan lebih, dia mula berubah. Aku ajak keluar, dia tak nak. Aku call tak angkat. Aku pelik. Aku biarkan jelah. Malas nak fikir. Tiba suatu hari tu, dia minta aku duit tau. Banyak jugalah." Kai berhenti. Epal dimasukkan ke dalam mulut sambil melihat reaksi Mark.
"Minta duit kat kau?" Mark menyoal. Kai mengangguk. "Eh, samalah macam aku. Dia minta aku duit sebelum aku dapat tahu yang kau..."
Kai mengangguk. Seolah-olah tahu apa yang berlaku kepada Mark. "Hish, kurang ajarnya!"
"Kejap-kejap, biar aku cerita sampai habis dulu. Aku tanya, duit tu nak buat apa, dia kata nak bagi mak dia kat kampung. Disebabkan aku ni sayang sangat kat dia, aku bagi. Ha... yang kat sinilah! Aku rasa aku macam diikut. Selang dua tiga hari, aku kena pukul. Dengan budak-budak kau. Macam tulah ceritanya. Sakit badan aku dibuatnya." Cerita Kai bersungguh-sungguh. Walaupun sakit, tetapi Kai langsung tidak marah. Senyum je lagi tadi membuatkan Mark terasa seperti mahu memeluk Kai. Untung dia mempunyai abang seperti ini. Sudahlah, baik, kacak pula tu. Tidak dinafikan, Kai ramai peminatnya. Lagi-lagi di zaman U dulu. Berderet-deret perempuan nakkan abangnya. Cuma Mark tidak berapa popular di Korea, tetapi cukup digilai di Amerika. Sebut sahaja nama Mark, semua orang kenal. Sama seperti abangnya, Kai.

ВЫ ЧИТАЕТЕ
[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.
ФанфикBiarkan Masa Tu Berlalu Membawa 1001 Kesedihan, Keperitan, Dan Keseksaan. Tetapi, Masa Yang Berlalu Tu Tak Akan Pernah Meluputkan Cinta Aku Kepada Kau... -Mark Tuan- Lafazkan 3 Perkataan Hikmah Untuk Aku Dari Bibir Kau. Mungkin Bagi Kau Benda Ni Tak...