PULANG sahaja Hansol dari rumahnya, dia terus masuk ke bilik dan baring di atas katil. Tiada perasaan langsung mahu makan atau bercakap dengan sesiapa. Benda yang berlegar-legar dikepalanya hanya satu iaitu, kerja. Perlu ke dia tidak datang esok sepertimana Kai memberitahunya tadi? Kalau dia tidak datang, bagaimana reaksi Puan Kim? Adakah wanita yang bergelar ibu kepada Kai itu akan memarahinya? Tambahan pula, lelaki itu sekarang ditimpa cedera dan bila-bila masa sahaja boleh tersilap langkah. Ah! Buntunya! Macam mana ni?
Telefon yang berada di atas meja kecil diambil lalu terus pergi ke aplikasi LINE. Perbualannya bersama dengan Ayuna dibuka.
Hanna: Kau dah tidur ke?
Mesej dihntar. Tidak lama selepas itu Ayuna membalas.
Ayuna: Belum. Kenapa?
Hanna: Tadi Kai ada cakap, esok tak payah datang kerja. Kena ikut cakap dia ke atau pergi juga esok?
Sekali lagi mesej dihantar. Dia memerlukan jawapan yang betul. Walaupun tadi Kai sudah mengasarinya, tetapi sebagai pekerja, dia perlu bertahan dengan jejaka itu. Kalau perangai Kai terlalu melampau sehingga mencederakan anggota badannya, barulah dia berjumpa Puan Kim dan berhenti terus.
Ayuna: Tadi, Mark pun ada pesan juga tak layah datang esok. Tapi aku rasa tak sedap pulakkan? Apa kata Puan Kim nanti. Datang jelah. Lagipun rumah diorang asing-asing. Setakat datang, kemas apa yang patut lepas tu balik.
Hanna: Itu dah macam pembantu rumah pula... baik jadi maid je. Senang.
Ayuna: Up to youlah. Apa yang penting, esok aku nak datang juga. Kemas apa yang patut, balik.
Hanna mula pening kepala. Jika Ayuna mahu pergi, takkan dia tak pergi? Tapi kalau pergi, asyik dimarah je, macam mana? Kesabaran manusia pun ada hadnya.
Hanna: Aku ikut kaulah. Esok aku pergi. Tapi kau kena hantar aku dulu. Baru kau ke sana.
Harap-harap keputusan yang dia ambil ini betul. Mesej masuk lagi. Hanna buka dan membalasnya.
Ayuna: Mana kereta kau? Bawalah sendiri.
Hanna: Malas nak drive. Alah dengan aku pun berkira sangat.
Ayuna: Sukati kaulah. Tapi esok, pukul 7 je, mesti kau dah ada kat rumah aku.
Hanna: Okey bos. Dua minggu ni aku ada class petang. Tu yang nak kena jimat minyak tu.
Tubuh diringankan dan membawa diri ke almari. Esok nak pakai baju apa ya? Setakat kemas-kemas je, T-shirt biasa dah okey kut, getus hati Hanna sambil membelek-belek baju yang digantung dalam almari.
Kring! Kring!
Telefonnya berbunyi isyarat mesej LINE sudah pun masuk. Hanna bergerak ke katilnya semula dan mencapai telefon pintar itu. Dia agak terkejut. Ini bukan Ayuna, tapi ini...
"Kai??" Berkerut dahinya melihat. "Dari mana dia dapat nombor aku?" Soalan itu yang terkeluar dari bibirnya. Bila dia fikirkan kembali, mungkin Puan Kim yang bagi. Tidak mustahil jika Puan Kim memberikan nombor telefonnya kepada Kai.
Kai: Esok kau datang rumah aku. Kemas segala apa yang bersepah. Aku ada kursus dekat London dua hari. Aku tahu, balik je rumah tu bersih. Kalau aku dapat tahu ada habuk walau sekuman pun, siap kau!
Termengah Hanna membaca teks itu. Pergh, konon tak nak aku datang sampai sakit kepala aku kau cengkam. Ini lain pula?!
"Bersepah sangat ke rumah dia tu?" Baginya, setakat kemas-kemas tiada masalah. Tapi kalau masak benda yang pelik-pelik, dia mengalah. Kalau masak Ramyen tu tahulah. Rebus mi dalam perencah yang dah ditumis. Lepas tu siap. Kalau nak yang pelik-pelik macam sup lembu ke, memang bagi salam jelah.
Hanna: Okey.
Pendek sahaja. Malas mahu cakap panjang-panjang. Buat penat mulut je nanti.
Kring! Kring!
Sekali lagi Hanna melihat siapakah gerangannya. Bukan Kai, tapi Ayuna. Dapat tugasan juga ke?
Ayuna: Okeylah. Aku nak tidur. Jangan lupa esok. Lambat, aku tinggal.
Oh... sambungan perbualan tadi. Sebelum Ayuna terlena, ada baiknya ke kalau dia memberitahu tugasan ini kepada sepupunya itu? Kalau bagitahu pun, pasti Ayuna akan jawab, 'Dah tu? Buat ajelah. Tak payah nak bagitahu aku. Mengada betul.' Tak percaya, tengoklah. Hanna menghantar teks.
Hanna: Tadi Kai hantar teks. Dia suruh kemas rumah dia. Dua hari dia tak ada sebab ada kursus kat London.
Hanna menghantar dan menunggu balasan daripada Ayuna dengan sabar. 1 minit menunggu...
Ayuna: Dah tu? Buat ajelah. Buat apa nak bagitahu aku? Bukan aku boleh tolong kau pun.
"Haish yeoja ni!! Kang kalau aku tembak, aku yang mati pula nanti." Geram juga dengan Ayuna lalu dibiarkan sahaja perbualan itu tergantung. Dia melabuhkan punggungnya di atas katil sambil termenung.
'Kau ni memang mengusahkan aku tau?! Dahlah nak kena hantar kau, dah tu siap tidur lena lagi? Hei, kau, dengan perempuan-perempuan kat club night tu, sama je. Tak ada bezanya pun. Bukan setakat kat club night, kat luar sana pun sama je! Ssan yeoja (perempuan murahan).'
Kai banyak kali mengutuknya di dalam kereta tadi. Tapi ada satu masalah yang dua hadapi sekarang ini. Kenapa dia tidak marah mahupun protes dengan Kai. Seakan-akan lelaki itu membuat benda baik dengannya. Padahal lelaki itu mengutuk dan menghina! Dia pun pelik kenapa dia tidak marah. Menangis tadi tu pun sebab takut ditengking je. Tak ada pula hatinya bernanah kerana kata-kata lelaki itu. Pelik, bukan?
Don't forget to vote and comment ya? Saranghae.. ♥♥♥

YOU ARE READING
[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.
FanfictionBiarkan Masa Tu Berlalu Membawa 1001 Kesedihan, Keperitan, Dan Keseksaan. Tetapi, Masa Yang Berlalu Tu Tak Akan Pernah Meluputkan Cinta Aku Kepada Kau... -Mark Tuan- Lafazkan 3 Perkataan Hikmah Untuk Aku Dari Bibir Kau. Mungkin Bagi Kau Benda Ni Tak...