Bab 15

1.9K 142 0
                                        

HANSOL menunggu kelibat Hanna keluar dari rumahnya. Dah dekat setengah jam dia menunggu tapi tak keluar-keluar juga. Hansol membuat keputusan, kalau 15 minit lagi tak keluar juga, dia mahu menelefon Hanna.

"Takkanlah lupa kut? Aku dah hantar teks kut kat ada assignment hari ni tapi kenapa tak ada juga? Dah cakap dah pun setuju. Tapi dah dekat setengah jam aku tunggu tapi tak ada pun?! Heish..." bebel Hansol seorang diri. Telefonnya diambil lalu dia memeriksa kembali mesejnya dengan Hanna tadi. Betul. Hanna memang dah setuju mahu keluar dengannya. Tapi... aduh! Parah ni.

Hansol mengeluh berat. Matanya memandang pintu rumah Hanna dari dalam kereta beberapa saat sebelum dia teringatkan Ayuna.

"Unnie... takkanlah tak tahukan? Calllah kejap." Pantas dia mengeluarkan telefon dan mendail Ayuna menggunakan khidmat pendailan pantas. Lantaklah bilnya tinggi melambung ke apa, dia mampu bayar. Tapi kalau cinta hatinya itu hilang, dia tidak mampu nak bayar. Mahu gila dia jadinya.

"Helo...?" Ayuna bersuara di hujung talian. Hansol mengerutkan dahinya. Kenapa suara Ayuna lain? Seperti dalam ketakutan je. Tapi dia tahu sekarang Ayuna di dalam kereta.

"Noona? Are you okay?" Tanya Hansol. Hilang dah topik sebenar.

"Gwenchania... okey. Ada apa Hansol call noona? Tanya pasal Jimin ke? Bukan ke Jimin on ca..."

"Noona! Kenapa noona cemas ni? Ya, saya tahu Jimin hyung on call pagi ni sampai pagi esok. Saya nak tanya pasal Hanna. Hanna ada dengan noona ke?" Hansol sedikit berangin dengan Ayuna. Pelik betul dia. Kenapa Ayuna kelihatannya agak cemas dan seperti baru dikejar penculik? Jangan-jangan Hanna pun sama tak?! Tapi cepat-cepat Hansol menghilangkan rasa itu semua. Tak elok fikir yang bukan-bukan dan buruk sangka kat orang lain.

"Erk?" Ayuna tiada kata mahu membalas. Pasal Hanna pun dia tidak tahu kerana dia baru sahaja pulang dari jurang 'seksaan' tadi. Cukuplah dia terkejut ada 7 lebam kecil kemerah-merahan di sekitar tepi dan belakang lehernya. Itu semua kerja Mark! Dendam dia terhadap lelaki kejam itu berjela-jela. Nak je dia bunuh-bunuh Mark kat situ juga.

"Noona?" Hansol memanggil apabila gadis itu diam lagi.

"Errr... Hanna dekat.. dekat... Gan..."

Tutt... tutt... tutt...

Hansol mengerutkan dahinya sambil nemandang skrin. "Kenapa boleh putus pulak? Lah... bateri tak ada ke? Power bank? Arghhhh!!! Tak bawa pulak?! Kenapa dengan aku ni?!" Hansol memberontak di dalam kereta sendirian. Kalau dilihat dari luar, boleh nampak kereta sport itu bergoyang-goyang kerana tindakan lelaki itu.

Dengan perasaan yang bercampur-aduk, marah pada Hanna, sedih kerana terpaksa menbatalkan temujanji mereka dan dia pelik, kenapa banyak sangat benda pelik yang dia tidak pernah nampak terpapar pada matanya, dia menghidupkan enjin kereta dan memecut laju ke rumah.

Sebelum ini Hanna tak pernah lewat jika dia jemput di rumah. Dah tu tidak pernah Ayuna asyik cakap yang merapu-rapu seperti orang takut dan seperti baru diugut. Yang terakhir pula, tidak pernah dia ke mana-mana, tak bawa power bank. Kali ni macam mana boleh lupa? Macam mana boleh lupa?! Argh?!

"Haish... ada je benda," Hansol mengambil kejadian-kejadian pelik tadi sekadar kebetulan sahaja. Dia tidak mahu buruk sangka. Takut betul-betul jadi.

AYUNA menanggalkan alat sederhana besar pada telinganya kerana panggilan daripada Hansol tadi terputus. Dia tahu telefon Hansol kehabisan bateri kerana telefonnya sedang dicharge sekarang ini. Mustahil tak masuk dari tadi.

"Hanna? Mana Hanna pergi ya? Tak ada kat rumah? Pelik..." sebenarnya, otak Ayuna berfikir soal Hanna selain tanda lebam yang ada pada lehernya. Dia agak tertanya juga, mana Hanna sehingga Hansol menelefonnya dan dia hampir dimarahi oleh lelaki muda itu?

[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.Where stories live. Discover now