Bab 21

1.8K 152 1
                                        

SAKIT telinganya dibuatnya apabila dia terdengar perbualan antara Doktor Oh Jin Hee bersama dengan teman wanitanya itu di dalam tandas wanita tadi. Dua perkataan yang masih melekat pada otaknya sekarang ini hanyalah,

"Lebam merah? Love bite pada leher? Suruh husband sapukan? Ayunaa!!! Sanggup kau curang dengan aku?! Aku tak pernah kucup leher kau selama kita couple, tapi kenapa ada orang lain yang berani buat tu dan tinggalkan lebam-lebam pada leher kau?! Kenapa kau berani bagi? Kau ni perempuan jenis apa?! Arghhh!!!" Semua kertas-kertas, pen dan barang -barang yang berada di atas meja ditolak ke tepi. Habis berselerak satu bilik lelaki itu dibuatnya. Jeritan Jimin tidak dapat didengari dari luar kerana kalis bunyi. Mustahil orang lain dengar.

Jimin benar-benar terluka. Sangat terluka sekali. Patutlah wajah Ayuna berubah ketika dia menanya semalam. Rupa-rupanya ada orang lain yang cium. Hati siapa tak terluka?

Kalau dia tidak melewati tandas tadi, dia tidak tahu yang Ayuna main kayu tiga di belakangnya. Fikiran Jimin sudah mula fikir yang bukan-bukan. Ayuna tu tak sucilah, tak ikhlaslah, murahanlah. Semuanya benda buruk, diletakkan di atas bahu gadis itu.

"Kau memang kurang ajar..." Jimin menghentakkan tangannya pada meja dan keluar dari bilik dengan kasar. Berdentum pintu bilik itu dibuatnya. Kini, semua mata memandang doktor muda ini berjalan pantas menuju ke Wad Sakura iaitu wad VVIP. Semua orang yang melihatnya sedikit cemas. Takut Jimin akan bertindak di luar kawalan. Tapi jururawat di sana tiada siapa yang berani mahu menegur. Mereka hanya membiarkan sahaja Jimin begitu.

Kaki Jimin seperti tidak terjejak pada lantai gayanya. Laju betul dia berlari untuk tiba di hadapan pintu bilik Hanna.

Lagi beberapa langkah sahaja lagi untuk tiba. Satu, dua, tiga!

Kaki Jimin berhenti di hadapan pintu bilik wad Hanna. Matanya tajam menyorot pada wajah Ayuna bersama dengan seorang lelaki. Keadaan mereka sungguh mesra sekali. Lelaki yang lebih kurang sama tinggi dengannya itu sedang menyapu sesuatu pada leher Ayuna. Yang Ayuna pula siap tersenyum-senyum lagi. Itu sangat menyakitkan hati. Sangat memedihkan hatinya.

"Aku tak sangka... kau anggap aku macam patung selama ni. Sepupu kau tengah sakit pun, kau seronok bermadu asmara dengan lelaki lain. Kejinya kau ni? Hati kau tu busuk. Muka je nampak manis, tapi hati busuk macam najis!!! From now, we're nothing. Good bye, Kim Ayuna," dengan kepala yang sarat dengan masalah, hati yang terluka, jiwa kekacauan, Jimin mengorak langkah pergi meninggalkan Ayuna bersama lelaki di dalam bilik VVIP tersebut. Langkahnya yang longlai membawa tanda tanya di dalam diri orang yang lalu lalang di situ. Mengapa? Ada apa? Dah kenapa? Walaupun ketika itu dia menjadi bahan tontonan, namun hatinya kini sedang parah yang diri dia sendiri tak tahu apa ubat yang akan menyembuhkannya. Dari luar ianya tidak nampak sakit tetapi apabila di dalam, darahnya berlumba-lumba mahu keluar. Sama seperti air matanya sekarang ini.

Tubuh di sandar pada dinding apabila masuk ke dalam tandas. Ketika itu tandas sunyi jadi dia bolehlah menangis sepuas-puas hatinya.

"Sanggup kau buat aku macam ni. Mana kau yang dulu? Kenapa kau berubah? Kau ni perempuan jenis apa ha?! Siapa aku pada kau? Siapa?! Siapa?!" Jimin kembali mengamuk. Disebabkan rasa geramnya yang tidak terhingga, buku limanya ditumbuk pada dinding berkali-kali sehingga dinding itu mengeluarkan darah pekat yang datang daripada tangannya sendiri. Selagi hati lelakinya tidak puas, selagi itulah dia menumbuk.

"Kenapa mesti aku Ayuna yang kau permainkan? Selama ni kau curang pada akulah?! Bila aku on call kau main belakang aku? Kau memang dasar murahankan?! Ssan yeoja! Arghhh!!!" Jimin semakin hilang kawalan nampaknya kerana sudah mencederakan diri sendiri. Kali ini kepala pula mahu dihentaknya pada dinding. Mujur ada doktor lain yang masuk dan nampak tindakan Jimin.

[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.Donde viven las historias. Descúbrelo ahora