Bab 16

1.8K 150 0
                                        

"WHAT?!" Ayuna menjerit di hujung talian sehingga memaksa Mark untuk menjarakkan telefonnya dari telinga. Kuat betul suara dia.

"Ya..."

#FlashBack#

Mark terus mencari nombor Kai setelah menamatkan talian bersama Ayuna tadi. Kesian dia mendengar Ayuna takut-takut mahu meminta pertolongan daripadanya. Sebab itulah dia tidak mahu bergurau-gurau lagi. Takut ada benda yang mengguriskan hati kegadisan gadis itu. Tak pasal-pasal digelar kejam pulak karang.

Telefon dilekapkan pada telinga. Lama panggilan itu barulah dipanggil.

"Helo," Kai menjawab dari London. Macam baru tersedar dari tidur gamaknya.

"Hyung, aku nak tanya pasal Hanna ni." Mark terus ke subjek utamanya tanpa menanya khabar lelak itu sekarang di London.

"Kenapa?" Soal Kai acuh tak acuh. "Ayuna cari dia kat rumah tak ada. Dia suruh aku tanya kau. Kau ada nampak atau kau tahu tak dia dekat mana?" Tanya Mark serius. Dia tahu abangnya nak tak nak sahaja berbual kerana waktu di London sekarang waktu malam. Semua orang lena tidur.

"Ada kat rumah. Tengah kemas rumah agaknya. Kau pergilah cari." Kata Kai yang sudah siap sedia mahu menamatkan talian tetapi cepat-cepat Mark menghalang.

"Kejap, hyung."

"Apa lagi, Mark? Aku ngantuklah, esok ada meeting lagi." Kai mula naik angin.

"Okey-okey. Tapi takkanlah kemas rumah dari pagi sampai ke tenghari tak siap-siap? Kau buat apa dengan budak tu, hyung?" Soal Mark yang seperti sudah agak apa yang hyungnya buat.

Kai mengeluh seraya berkata, "Aku kurung dia dalam privacy room aku,"

"What?! Kau gila ke apa?" Marah Mark kepada abangnya. Tidak sangka yang abangnya boleh bertindak luar kawalan seperti itu. Bayangkan? Kurung?

"Alah... sekejap je kut. Aku balik ambil benda tertinggal kejap. Ni baru je sampai London." Dengan penuh selambanya Kai berkata sebegitu. Tanpa ada perasaan langsung mengatakan ayat sedemikian.

"Kau kurung budak tu dari bila?" Tanya Mark, serius. Langsung tak senang duduk. Berpeluh satu badan. Kalau omma appa tahu, mampus, mampus.

"Ermm... sekarang pukul berapa kat Korea?"

"1 setengah macam tu lah. Tenghari..."

"Aku kurung dia dalam pukul 9..."

"What?!" Mark terkejut lagi. Pukul 9 pagi?! Sampai pukul 1 setengah tak buka-buka? Tak ada udara apa semua. Mati budak tu siapa nak tanggung?!

"Kau pergilah sana. Aku nak tidur,"

Tutt... tutt... tutt...

"Hyung!!!" Mark memegang kepala. Dia perlu cepat. Kalau mati Hanna kelemasan di dalam bilik peribadi Kai, mereka boleh dikenakan penjara. Lepas tu masuk surat khabar muka depan. Encik Kim muflis, Puan Kim dicaci maki dan mereka sekeluarga jatuh miskin. Rumah kena sita, kereta semua. Kad kredit blacklist, aduh... siapa nak hidup macqm tu?

#EndFlashBack#

"Kenapa abang awak..." Ayuna tidak dapat meneruskan lagi ayatnya kerana tidak tahan dengan cerita Mark. Kenapa Kai kejam sampai macam tu sekali? Kenapa?

"Ayuna, relaks okey? Saya datang rumah awak dan hantar awak ke rumah abang saya. Tunggu sampai saya datang," kata Mark lalu terus menamatkan taliannya. Entah kenapa, dia seperti mengasihani gadis itu di dalam kesusahan. Dia tahu, dia bencikan peremuan sejak Hyorin mempermainkannya dengan curang dengan abangnya sendiri. Dah tu pula lari ke mana entah. Sampai ke hari ni tak tahu kat mana perempuan tu.

[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.Where stories live. Discover now