Bab 4

3K 175 4
                                        

SHOPPING TIME! Inilah benda yang ditunggu-tunggu Hanna lagi tadi. Dia langsung tidak fokus belajar hari ini. Kalau fokus pun apabila Ayuna dan Jimin diam. Jika tidak, jangan harap nak menghadap buku. Jika Hanna sudah begitu, Hansol apatah lagi. Sibuk sangat bergurau-gurau dengan Hanna, Ayuna dan abangnya sehingga tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Daripada pukul 10 sampailah pukul 3, barulah mereka bersiap-siap untuk ke Namdaemun Market iaitu pusat membeli-belah perhatian para-para pelancong.

"Hansol ah... awak balik dengan apa? Jalan kaki atau Jimin oppa drive?" Tanya Hanna sambil mengikat rambutnya. Otot yang ketat diregang-regangkan sedikit supaya nanti tidak kejang.

"Saya naik basikal. Jimin hyung naik kereta. Kenapa?" Tanya Hansol kembali sambil mengemas buku-buku di atas meja. "Tak ada apa-apa. Cuma, kalau awak jalan kaki, saya ingat nak ajak awak makan aiskrim kat taman. Sebab saya ada benda nak cakap dengan awak." Hanna memberitahu hasratnya. Hansol mengerutkan dahi. Suara Hanna nampaknya kelihatan sedikit serius berbanding biasa. Mesti ada benda yang tidak kena ni.

"Wae? Jeugsi munjegaissneun geoscheoleom? (Kenapa? Macam ada benda yang tak kena je?)" Tanya Hansol. Dia cuba untuk memegang tangan Hanna tetapi tiba-tiba Ayuna dan Jimin keluar dari dapur. Tidak jadi pula. Nanti kalau dibiarkan, bimbang Ayuna dan Jimin akan tahu yang mereka ada hubungan sama seperti mereka berdua.

"Hansol sshi, Hanna sshi, jom. Ada apa lagi tu? Nanti lewat sampai pula." Ajak Jimin yang sudah pun siap makan tengahari tadi bersama-sama dengan mereka. Kenyanglah juga walaupun makanan itu hanya Bokkumbap (Nasi goreng) dan Mi Rameyon (Mi segera). Hanya itu sahaja bahan yang ada di dalam rumah Ayuna ini. Di suruh belanja, seboleh-boleh tak mahu. Entah kenapa entah.

"Err... okey-okey. Jom." Kata Hanna lalu terus meninggalkan Hansol terkebil-kebil di situ dan mendapatkan Ayuna yang sedang memakai kasut di pintu. Dia perlu memberitahu hal ini kepada Ayuna sekarang. Jika tidak dia berasa serba-salah yang tidak menentu. Tadi sewaktu mahu mengatakan hasratnya kepada Hansol pun, macam nak tak nak je suaranya keluar.

"Unnie," seru Hanna perlahan. Wajahnya sengaja dirapatkan dengan Ayuna. Tangan Ayuna dipegang dan suaranya perlahan. Hanna pasti, Ayuna tahu petandanya apa. Jika Hanna tidak tenang, cemas dan gelabah, inilah yang dia akan buat. Ayuna berdehem sebelum berkata,

"Apa dia? Kenapa kau cemas je ni?" Tanya Ayuna yang juga turut ikut cemas. "Nanti aku bagitahu dalam kereta. Kau jangan lupa on LINE. Kalau aku cakap, takut Hansol dengan oppa dengar." Pesan Hanna sebelum berdesup masuk ke dalam kereta Hybrid Sport Car berwarna hitam milik Jimin yang di beli di China pada tahun lepas. Pada mulanya Ayuna mahu membawa keretanya sendiri iaitu Lotus 240 berwarna kelabu tetapi memandangkan Jimin ke sini dengan menaiki kereta, baik naik dengan Jimin je. Tak payah nak bazirkan minyak.

"Ayuna, jom. Ada apa-apa yang tertinggal lagi ke?" Tanya Jimin apabila kekasihnya itu berdiri termenung tidak bergerak. Ayuna menggeleng seraya tersenyum. Dia berjalan terus menyaingi Jimin dan memasuki kereta pada tempat duduk belakang di sebelah Hanna kerana Hansol berada di hadapan. Setelah Hansol meletakkan basikalnya buat sementara di tepi rumah Ayuna, mereka pun terus ke Namdaemun Market.

Perjalanan mengambil masa 30 minit dan mereka pun tiba di sana. Nampaknya tidak ramai pengunjung kerana hari ini hari bekerja. Jika hari minggu seperti Sabtu dan Ahad, jangan haraplah boleh pakirkan kereta dengan dengan Namdaemun Market ini. Paling dekat pun pakir kereta sejauh 100 meter. Bayangkan betapa ramainya orang yang berkunjung di sini. Kebanyakannya yang datang bukannya mahu membeli, tetapi mahu melihat barang-barang baru yang sampai di setiap kedai. Majoriti yang datang bukan sepenuhnya rakyat Korea, tetapi pelancong-pelancong luar negara. Tu yang sesak jalan tu.

"Jimin oppa, saya nak pinjam unnie kejap. Ada benda nak cakap." Kata Hanna kepada Jimin yang sedang berjalan bersama dengan Ayuna di hadapan. Hansol yang berada di sebelahnya kelihatan memuncung. Nak apa lagilah dia ni?

"Pergilah. Tapi nanti cepat sikit ya? Takut ramai orang pula walaupun sekarang ni lengang. Kalau tak jumpa oppa, call terus." Pesan Jimin. Hanna mengangguk patuh. Terus tangan Ayuna ditarik dan dibawa ke satu tempat yang di mana terdapat kerusi untuk dua orang di situ.

"Kata suruh on LINE tadi, tak cakap apa-apa pun?" Ayuna bersuara. Dia tahu Hanna mahu bercakap tentang ini yang dia sendiri tidak tahu apa.

"Aku nak cakaplah ni. Ayuna, aku ingat nak cari kerjalah." Hanna terus masuk ke dalam hajatnya tanpa berfikir panjang. Mata Ayuna terbeliak.

"Nak cari kerja? Nak buat apa? Aku rasa omma dengan appa kau tak akan bagi punya." Ujar Ayuna dengan yakin. Mimpi apa budak ni nak cari kerja? Belajar pun tak habis lagi ada hati nak kerja, desis hati Ayuna perlahan. Hanna kelihatannya memejamkan mata dan mengeluarkan satu keluhan yang agak berat.

"Dah, semalam aku dah cakap dengan diorang yang aku nak kerja. Diorang kata boleh dan tak kisah. Janji aku jaga diri dan pastikan kau pun kerja dengan aku sekali! Tu yang aku nak cakap ni!" Kata Hanna dan setiap ayat yang keluar semakin tinggi kelantangan suaranya sehingga menyebabkan perhatian orang ramai ke arah mereka. Ayuna dan Hanna hanya tersenyum untuk menutup keseganannya itu sebelum kembali ke cerita asal.

"Buat apa nak kerja, wei? Aduh, kau ni cari masalah betullah. Nak kerja dengan aku sekali? Masalahnya kerja apa? Nak cuci pinggan? Jadi pelayan dekat night club?Dangsin-eun hal michyeoss-eo? (Kau dah gila ke apa?)" Bertalu-talu ayat yang keluar dari mulut Ayuna menandakan yang dia kurang senang dengan hajat Hanna untuk bekerja. Bukannya dia tidak mahu, kalau ikutkan memang dia nak bekerja mencari duit sendiri memandangkan hidupnya tidaklah sesenang mana. Tapi di Korea, bukan senang nak cari kerja yang sesuai dengan pelajaran yang dibelajar sewaktu di universiti dahulu. Tidak semestinya belajar tinggi-tinggi, kerja pun tip top juga. Silap haribulan, belajar sampai peringkat yang paling orang sengani tapi kerja sebagai pelayan di restoran sahaja. Paling tidak pun kerani di syarikat-syarikat kerana sudah tiada yang kosong. Tidak mustahil, bukan?

"I'm not crazy , but I was already too crazy ! I'm jealous of my friends work . There is money itself and not a burden to others . Not possible if I keep getting dependent on mom and dad alone ? Every day engrossed ask for money only works. Instead they are much in Paris , I was eager to spend money for their work . I also want to feel wanted money with my own sweat . Sebab tu lah aku bagitahu kau. Masalahnya sekarang ni, tinggal kau. Omma aku cakap, kalau aku nak kerja, kena ada kau sekali dan itu bermakna, kita kena cari kerja sama tempat, masa, shif dan lain-lainlah! Bolehlah, Ayuna..." Omel Hanna panjang lebar dan diakhiri dengan satu rayuan. Ayuna menggigit bibir bawahnya tanda buntu. Dia memang buntu. Seperti ada benda yang menindih kepalanya itu menjadikan kepalanya berat dan tidak boleh nak berfikir.

"Kerja tu boleh, aku tak kisah. Tapi..."

Baru je Hanna nak gembira mendengar ayat hadapan Ayuna, monyok kembali wajahnya apabila ada tapinya. "But what?"

"Ada ke kerja yang sama? Tak silap aku, nak cari kerja tempat, masa yang sama lagi azab daripada segala-galanya. Bukannya senang nak cari. Sanggup ke kau?" Suara Ayuna seakan-akan membakar semangan Hanna untuk terus berjuang! Mencari kerja untuk menampung hidupnya sendiri.

"Aku... aku..."

"Betul ke adik dua orang ni nak cari kerja?"

Ayuna dan Hanna terkejut dan berpandangan sesama sendiri.

Please vote and comment. Love ya!

[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.Место, где живут истории. Откройте их для себя