MARK dan Kai duduk di ruang tamu rumah ibu dan ayah mereka berdua. Sejak petang sewaktu Kai dibenarkan pulang ke rumah lagi ibunya sudah awal-awal menempah 'tiket' supaya dua anak bujangnya itu tinggal di rumahnya beberapa hari kerana minggu hadapan dia dan suaminya kena ke Amerika kembali atas urusan kerja. Jika tidak memang dia mahu tinggal bersama Mark dan Kai lama-lama. Lebih-lebih lagi Mark kelihatannya seperti sudah terpujuk dan tidak merajuk lagi setelah banyak kali dipujuk. Dia tahu, Mark tidak akan merajuk lama dengannya. Paling lama pun seminggu. Itu pun baginya agak lama juga. Bagai setahun!
"Aku nak baliklah, hyungggg!!! Nak tidur! Ngantuk! Omma nak apa sebenarnya?" Rungut Mark sambil mengeliat. Matanya sudah cukup mengantuk walaupun baru pukul 8 setengah malam. Mungkin penat agaknya. Sebab tu mengantuk.
"Hyung pun mengantuk juga. Kejaplah. Tunggu sampai omma appa balik." Kata Kai. Dia juga mengantuk tetapi itulah masalahnya, Encik Kim dan Puan Kim tidak pulang-pulang dari petang. Selepas je mereka menghantarnya ke sini, terus lesap entah ke mana. Waktu itu sudahlah hanya dia seorang di dalam rumah. Mark pula belum baik dari merajuknya. Teruk dia berjalan dengan kaki yang baru sahaja baik dari terseliuh. Mujur ada nota kecil yang dilekatkan dipintu peti ais menandakan yang ibu dan ayahnya keluar sebentar. Tapi sampai ke malam tak balik-balik? Kejadah apa?!
"Aku nak bal..." belum sempat Mark bangun dan menghabiskan ayatnya, loceng rumah berbunyi menandakan ada tetamu berkunjung ke rumahnya.
"Ha tu omma appa dah balik. Pergi sana buka pintu. Aku tak boleh bangun ni." Arah Kai. Mark terus sahaja bangun kerana dia benar-benar mahu pulang ke rumah bujangnya yang terletak 10 kilometer dari sini. Jauh bukan? Sebab itulah dia mahu pulang.
Kata laluan rumah dimasukkan. Agak pelik juga dia mengapa Puan Kim tidak masuk sendiri? Bukankah ini rumah mereka dan pasti mereka tahu apa kata laluan keselamatannya, bukan?
Perlahan-lahan pintu slidding door itu terbuka dan menampakkan...
"Eh?" Mark menggaru kepala yang tidak gatal melihat dua orang gadis yang seorang dalam usia 20-an dan seorang lagi dalam belasan tahun. Dua orang gadis itu melemparkan senyuman nipis namun Mark langsung tidak membalas. Malah dijelingnya adalah. Melihat perempuan, hatinya berasa sakit. Itu semua gara-gara Hyorin. Dia dan Kai seakan-akan anti-gadis sejak kejadian itu berlaku. Mereka menganggap ke semua perempuan itu sama sahaja kecuali ibunya. Hipokrit dan materialistik!
"Err... kau siapa?" Tanya Mark sedikit dingin dan tidak berminat mahu berkenalan dengan gadis-gadis tersebut. Dua gadis itu agak serba-salah mahu menjawab kerana mereka telah diarahkan oleh seseorang supaya jangan berkata apa-apa jika sudah tiba di rumah. Hanya tekan loceng dan tunggu sehingga orang itu tiba. Takkan nak mungkir pulakkan? Rumah orang kut?
"Siapa, Mark?" Tanya Kai dari dalam. Hairan dia kenapa Mark tidak masuk dan kenapa orang yang disangka ibunya tidak masuk-masuk. Perlahan-lahan tubuh diangkat dan berjalan menuju ke pintu rumah. Terkejut dia apabila ada kelibat dua orang gadis remaja yang berdiri menghadap mereka berdua.
"Entah. Makhluk asing datang dari EXOPLANET." Jawab Mark selamba tanpa mempedulikan perasaan dua gadis itu. Kai yang mendengar hanya tersenyum senget. Langsung tidak marah dengan kelakuan adiknya itu, malah dia tanpa mempedulikan tetamu mereka, pintu terus ditutup dan lampu yang memberi cahaya di luar dimatikan. Dalam masa-masa begini, mereka tidak memerlukan patung perempuan untuk tidur. Tetapi mereka perlukan seorang wanita yang bergelar ibu untuk sampai ke rumah! Masalahnya sekarang ini, dia tak ada. 'Patung cendana' tu juga yang keluar.
"Entah siapa-siapa entah," getus Kai perlahan. Kakinya yang bengkak sebelah kiri dilihat sekilas sebelum berjalan membelakangi Mark yang sudah pun mendarat pada sofa panjang. Nampak penat betul Mark. Baru sahaja punggung diletakkan, loceng rumah berbunyi lagi. Kai yang memang jenisnya sedikit panas baran mula memekik,

ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.
FanfictionBiarkan Masa Tu Berlalu Membawa 1001 Kesedihan, Keperitan, Dan Keseksaan. Tetapi, Masa Yang Berlalu Tu Tak Akan Pernah Meluputkan Cinta Aku Kepada Kau... -Mark Tuan- Lafazkan 3 Perkataan Hikmah Untuk Aku Dari Bibir Kau. Mungkin Bagi Kau Benda Ni Tak...