Bab 6

2.3K 166 0
                                        

"RUMAH kau dekat mana?" Dia menyoal kasar tetapi perlahan. Ayuna diam sahaja tanpa menjawab soalan Mark kerana dia sedang berfikir, macam mana mahu memujuk Jimin yang sedang memendam perasaan di rumah itu. Yelah, mana tak marahnya kalau tiba-tiba sahaja dia lesap bersama Hanna tanpa memberitahu kepadanya dulu? Sudahlah ditinggalkan begitu sahaja, tiada pesanan yang mengatakan dia mahu ke mana-mana pula tu? Siapa tak marah?

"Woi, kau dengar ke tidak aku cakap ni? Ada telingakan?" Sergah Mark marah. Ayuna yang berada di sebelahnya tersentak lantas menoleh ke arah Mark yang memandu itu.

"Apa dia?" Ayuna menyoal lurus. Mark memejamkan matanya tanda geram dan menghembuskan nafasnya dengan kasar.

"Berapa kali nak aku ulang kau ni?! Rumah kau dekat mana?! Aku nak hantar! Aku tak nak, kau menyibuk uruskan hal peribadi aku! Itu pun susah sangat ke kau nak faham?!" Marah Mark dan suaranya memang memecah kesunyian. Radio yang bertekak pun boleh kalah bisingnya.

Ayuna terdiam dan menunduk. "Dekat kawasan sebelah dekat bangunan tu." Kata Ayuna perlahan dan seakan-akan suaranya langsung tidak keluar. Mark mengecilkan matanya mahu mendengar.

"Hei! Kau ni kan... haish! Cubalah cakap tu biar kuat sikit?! Aku tak dengarlah, perempuan." Lagi sekali Mark naik angin dan menggunakan perempuan sebagai kata ganti nama Ayuna. Panas betul hatinya dengan gadis ini. Ada ibunya boleh menerima perempuan seperti ini menjadi pekerjanya? Kalau dia, dah lama cari yang lain. Lebih elok daripada yang ada sekarang ini. Tapi itulah, dia tidak perlukan pembantu atau penjaganya seorang perempuan kerana dia terluka disebabkan seorang perempuan. Cukuplah sekali dia dipermainkan. Serik untuk kali kedua, ketiga atau yang seterusnya.

"Dekat kawasan dekat dengan bangunan tu." Ulang buat kali yang kedua dengan hati yang bergetar menahan sabar. Hatinya sudah terlalu sabar lagi tadi. Jika Mark menengking buat kali yang kedua, dia akan menyuruh lelaki itu memberhentikannya di tepi jalan dan dia akan ke rumah sendiri. Kalau boleh, nak je dia telefon Puan Kim sekarang dan memberitahu yang dia mahu berhenti kerja! Terseksa dengan perangai anaknya ini.

Mark diam mendengar jawapan Ayuna. Tanpa berkata apa-apa lagi, kereta sport miliknya bergerak ke rumah Ayuna yang dikatakan oleh gadis itu lagi. Dalam perjalanan mahu mencari rumah Ayuna di kawasan itu, Mark mahu menyelongkar rahsia Ayuna. Kenapa? Ada apa? Buat apa?

"Siapa suruh kau kerja dekat sini?" Tanya Mark dan matanya terus-terusan ke hadapan.

"Ha? Maksud awak?" Entah apa-apa punya soalan entah. Ada boleh tanya siapa suruh kerja dekat sini? Pelik betul aku, dalam diam tidak sedar, Ayuna tergosip bos sendiri.

"Kau dapat kerja ni, dari siapa?" Mark bertanya dan kali ini suaranya kurang sedikit dinginnya daripada tadi.

Ayuna membetulkan tempat duduknya dan menjawab, "Dari omma awak."

"Macam mana kau dapat kerja ni?" Tanya Mark lagi. Dia tahu soalannya seakan-akan sama tapi dia memerlukan sesuatu jawapan yang benar-benar kukuh. Benar-benar menyakinkan hatinya bahawa Ayuna sekarang adalah pekerjanya. Macam tak boleh nak terima hakikat yang ada baby sitter yang menjaganya.

"Sebenarnya macam ni..." Ayuna pun menceritakan kepada Mark bagaimana dia boleh mendapat pekerjaan ini. Daripada dia berbincang dengan Hanna di sebuah kedai, sampailah dia ditegur oleh seorang wanita iaitu Puan Kim. Bincang itu dan ini, dia dan Hanna setuju bekerja dengan Puan Kim. Fikirnya anak-anak Puan Kim masih kecil kerana Puan Kim hanya memberitahu, dia mempunyai seorang anak yang sakit dan seorang lagi perlu dikawal kerana terlalu nakal jadi memerlukan kawalan. Dengar daripada penjelasan Puan Kim, ianya seakan-akan seperti mahu menjaga seorang kanak-kanak yang berusia 3 tahun sahaja gamaknya. Tambahan pula, wajah Puan Kim seperti ibunya. Muda, cantik pula tu. Siapa tak terfikirkan?

[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.Where stories live. Discover now