KEJAP-kejap duduk. Tidak lama selepas itu baring pula sambil bermain permainan Android pada iPadnya. Tidak sampai 10 minit, duduk semula. Entah apa agaknya yang menganggu fikiran Jimin ketika itu.
"Mana dia ni? Dahlah hilang macam tu je? Call tak angkat. Fikir orang tak risau ke?" Rungut Jimin geram. Kepala dipegang dan mengusutkan rambutnya yang berkeperangan itu.
Rasa seperti mahu menghantukkan kepala kat dinding je rasanya apabila Ayuna dan Hanna hilang selepas mereka tiba di pusat membeli-belah tadi pagi. Nak buat laporan belum cukup 24 jam. Rasa macam nak melalak kat situ juga rasanya.
"Jimin hyung!" Panggil Hansol dari tingkat atas rumah. Jimin mendongak dan memandang Hansol dari bawah.
"Apa dia?"
"Aku nak keluar kejaplah. Kalau omma appa cari, cakap aku jumpa RapMons." Pesan Hansol. Jimin mengangguk sahaja namun dia mendongak kembali.
"Kau nak buat apa jumpa RapMons?" Soal Jimin. Hansol tidak jadi berlalu.
"Nak cari Hanna." Kata Hansol pendek. Dia tiada mood mahu berbual dengan Jimin lama-lama kerana Hanna lagi penting buat masa sekarang ini. Tadi dia membuka GPS dan mencari di manakah Hanna melalui nombor telefon. Didapati Hanna kini berada di kawasan jauh dari rumahnya. Tu yang dia kelam-kabut tu.
"Mana kau nak cari? Kan kita dah cari. Dah pakai GPS dah pun. Mana lagi kau nak tengok?" Jimin menanya seolah-olah cuba melunturkan semangat Hansol yang sedang kuat ini.
"Aku baru je buka GPS tadi. Handphone Hanna masih on. Sekarang dia jauh dekat sini. Aku sendiri pun tak pasti kat mana tapi dia ada kat sini." Terang Hansol. Jimin menundukkan kepala sambil menggigit bibir bawahnya. Kalau Hanna ada, maknanya Ayuna pun ada. Tapi masalahnya sekarang ini, Ayuna langsung tak on apa-apa aplikasi. WeChat, Facebook dan Whatsapp langsung tiada tanda-tanda. Kalau semua itu tidak, apatah lagi GPS. Kehabisan bateri agaknya.
"Hyung, aku nak pergi dulu." Hansol meminta diri. Dia kini sudah tiba di depan pintu sambil menyarungkan kasut.
"Hmm... okey. Kalau ada apa-apa berita, call aku." Pesan Jimin lalu dengan sekelip mata, Hansol lesap membawa diri keluar. Jimin meraup wajahnya berkali-kali.
"Ayunaaaa!!!" Jerit Jimin kuat sehingga anak anjing kesayangannya, Frozen. Sebab apa diletak nama itu, Frozen akan kaku jika Jimin memarahinya. Sebab itu dinamakan sebagai Frozen iaitu beku.
"Mana kau pergi ha?!" Tempelak Jimin geram. Tidak jadi Frozen mahu berjalan mendekati tuannya. Kaku di sebelah tempat tidur.
Perlahan-lahan wajah kacaknya diraup tanda buntu. Mana lagi dia perlu mencari Ayuna? Frozen digapai lalu diletakkannya di atas riba. Perlahan kepala Frozen diusap sehingga tertidur anak anjing itu di atas ribaannya. Sedang dia melayan perasaan, loceng rumah berbunyi.
Ting! Tong! Ting! Tong!
Jimin bangun dan pergi melihat siapakah orangnya. Kata laluan dimasukkan dan secara automatik, pintu terbuka.
"Jimin..."
Jimin terkejut.
DIAM dan langsung tidak berkutik. Rasa bersalah terhadap teman lelakinya apabila Jimin langsung tidak mahu memandangnya sepanjang dia bercakap tadi.
"Jimin, awak dengar tak apa yang saya cakap ni?" Tegur Ayuna sambil menggoyang-goyangkan tangan Jimin. Jimin mengeluh berat.
"Perlu ke awak tinggalkan saya dengan Hansol? Tahu tak saya risau? Awak ada fikir semua tu? Tahu-tahu senang je awak cakap minta maaf. Ayuna, macam nak terkeluar jantung ni fikirkan pasal awak tau!" Marah Jimin kepada Ayuna. Tegas betul suaranya sehingga mengejutkan Ayuna. Ternaik bahu itu gara-gara terkejut. Semakin Jimin marah, semakin dia rasa sangat bersalah. Bersalah yang amat sangat.

YOU ARE READING
[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.
FanfictionBiarkan Masa Tu Berlalu Membawa 1001 Kesedihan, Keperitan, Dan Keseksaan. Tetapi, Masa Yang Berlalu Tu Tak Akan Pernah Meluputkan Cinta Aku Kepada Kau... -Mark Tuan- Lafazkan 3 Perkataan Hikmah Untuk Aku Dari Bibir Kau. Mungkin Bagi Kau Benda Ni Tak...