Bab 26

1.8K 146 2
                                        

MENUNGGU seseorang yang rapat sejak dari kecil lagi memang menyeksakan. Selepas sahaja Kai pergi kerja tadi, dia terus bersiap-siap untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Nak jemput Ayuna punya pasal. Dia sebenarnya telah tersilap masa. Ayuna kata di teks tadi, suruh memintanya menjemput malam nanti. Bukannya pagi ini. Tapi nasiblah. Sekarang ni Hanna sudah pun tiba di sana.

"Ayuna, mana kau pergi? Aku tunggu kau bagai nak mampus dah ni wei?" Hanna menggumam sendiri. Penat betul dia menunggu tapi batang hidung pun tak ada. Dari pagi pukul 8 tadi dia dah sampai. Sampai pukul 10! Tak ada juga?! Memang nak kena ni...

Hanna mula rasa tidak senang duduk. Kepalanya sudah fikir yang bukan-bukan. Kapal ada masalah tenikallah. Ada ribut petirlah sebab sekarang langit memang sedang mendung dan tadi pun ada petir sambar-menyambar. Jangan ada apa-apa yang berlaku kepada rakan baiknya itu sudah. Dia tidak sanggup mahu menghadapinya.

Hanna melihat jam. Ada patutnya kalau dia menelefon Ayuna sekarang. Lalu iPhone5s yang berada di dalam beg tangannya diambil dan mencari nombor Hanna. Setelah jumpa, telefon itu ditekup pada telinga. Lama, barulah panggilan diangkat.

"Helo! Kau dekat mana ni? Kenapa tak sampai-sampai lagi?" Hanna mula menerjah.

"Ha?! Apa yang kau merepek ni? Aku masih kat Londonlah. Asal kau? Mimpi eh?" Ayuna yang berada di hujung talian ketawa berdekah-dekah.

"Ha? Kau juga yang suruh aku jemput pagi tadikan? Lepas tu kau kata aku mimpi pulak? Aku tampar kau!" Hanna mula naik angin tetapi suaranya tetap juga dia kawal supaya tidak terkeluar high notenya itu.

"Wei, aku cakap, jemput aku malam ni boleh kat airport? Yang kau pergi sekarang tu dah kenapa?! Ni mesti tak tengok betul-betulkan? Kau ni kan, Hanna."

Hanna mula kebingungan. Apa ya? Ayuna kata malam nanti?

"Ya je kau..." Hanna tidak percaya."

"Eh budak ni kang. Geramnya aku. Cuba kau tengok teks. Aku putuskan dulu," arah Ayuna lalu panggilan mereka terputus. Hanna terus sahaja melihat teksnya bersama Ayuna.

Malam ni aku sampai airport. Jemput boleh?

Hanna rasa seperti mahu menghantukkan kepala pada dinding je rasanya. Sudah terang lagi bersuluh di situ. Malam ni aku sampai airpot. Jemput boleh? Pergh, rasa macam nak nangis tu ha...

Nombor Ayuna didail lagi buat kali yang keduanya. Kali ini tidak lama seperti tadi. Cepat sahaja gadis itu angkat panggilannya.

"See? Betulkan?" Ayuna mengajukan soalan. Hanna mengeluh berat.

"Hmm... Ayuna, aku rindu kau," kata Hanna dengan sayu. Dia benar-benar rindu sekarang ini. Kalau nak diikutkan, meleleh air mata ni. Tapi disebabkan tahan punya pasal, dia akan tahan. Selagi boleh, dia akan tahan.

"Ya, aku tahu. Tapi flight aku malam ni. Bukan pagi ni. Tunggu jelah. Kalau ada apa-apa, aku call kau. Ya?" Pujuk Ayuna yang jauh nun di sana. Hanna mengeluh buat kali yang keduanya.

"Okey. Tapi kalau kau tak datang malam ni, tak ada kat sini, siap kau! Kita putus kawan!" Ugut Hanna dengan suaranya yang seperti hendak menangis. Ayuna ketawa di hujung talian. Ketawa... huh. Menangis sebenarnya. Ayuna dah menangis dah pun.

"Ya. Aku datang. Kau tunggu je. Aku nak letak dah ni. Jaga diri kau, ya?" Pesan Ayuna kerana talian mahu diputuskan. Hanna menekup mulutnya dengan tangan. Hai, kenapa nak menangis ni? Biasanya tak macam ni pun? Sabar, Hanna.

"Okey. Kau pun. Jaga diri."

"Okey. Bye."

Talian putus. Hanna memandang sepi telefon pintarnya itu. Perlahan-lahan punggung diangkat dengan perasaan hampa. Baru sahaja kakinya mahu mengaturkan langkah, telefonnya berbunyi. Mata memandang tidak semangat. Hansol. Entah kenapa, setiap kali Hansol telefon atau datang ke rumahnya, dia rasa seperti tidak selesa. Terasa hatinya berat mahu menerima kehadiran jejaka yang bergelar teman lelaki kepadanya itu. Apabila Hansol telefon, lambat je dia menjawab. Tapi bila Kai telefon, perasaannya sama seperti dia dilamun cinta dengan Hansol dulu. Bila Hansol datang rumahnya pula, dia rasa seperti ada langau yang mengacau dia duduk seorang diri di rumah. Seakan-akan kehadiran Hansol di dalam rumahnya itu tidak dijemput. Kalau dah datang tu, hatinya menyuruh-nyuruh untuk pulang cepat. Padahal baru buka kasut tu. Teruk betul dia ni tapi ini adalah kenyatan. Diri dia sendiri yang alami. Perasaan yang semakin lama semakin pudar yang dia sendiri pun tak tahu kenapa. Adakah faktor ubat yang dia makan? Tapi takkan mungkin. Ubat yang dia makan tu bukannya ada kesan sampingan pun. Kalau mengantuk tu biasalah. Mana ada ubat yang memberi kesan sampai macam tu sekali? Kalau ada, dah lama dah orang kat dunia ni macam Hanna. Orang yang dia sayang dibuang, orang yang pernah buat jahat dengan dia, disayangnya pula. Tak ke pelik namanya tu?

[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.Where stories live. Discover now