KAI dan Hanna hanya diam sepanjang perjalanan mereka. Kai tidak tahu mahu berkata apa dan menganggap Hanna itu seperti manusia tidak bernyawa. Hanna pula tidak mahu bersuara selagi bos a.k.a singa jadian ini tidak mulakan. Baik diam daripada tersalah cakap. Buat malu je karang.
"Umur kau berapa? Apasal muka muda macam kau ni nak cari kerja?" Tanya Kai perlahan tetapi dingin. Hanna menoleh sekilas. Takut nak tengok lama-lama walaupun kacaknya lebih lagi daripada Hansol.
"Err... 19 tahun. Saya cari kerja sebab..."
"Mesti kau ni orang susahkan? Sebab tu lah kau macam ni?" Ada ayat sedikit kurang ajar di situ tetapi Hanna terima je. Walaupun keluarganya tidaklah terlalu susah kerana masih mampu lagi pergi ke sana ke mari, tapi biarlah Kai menganggap dan tahu dia ni orang susah sampai tak mampu nak makan. Itu lagi baik sebenarnya daripada dia memberitahu benda yang betul. Nanti lelaki ini kata dia berangan jadi kaya pulakkan? Lagi sakit hati telinga yang mendengar.
"Haah. Saya anak tunggal je. Ibu dengan ayah saya dekat Paris." Kata Hanna sehingga tidak sedar yang dia terlepas cakap. Langsung dia tidak sedar. Seronok melihat pemandangan malam bumi Korea dari jalan raya atas. Ke mana entah Kai mahu pergi sedangkan jika melalui jalan ini, perjalanan ke rumahnya mengambil masa hampir setengah jam lebih 15 minit! 45 minit lamanya. Sebab tu lagi tadi tak tiba-tiba. Nak ditegur nanti kena marah. Baik diam je.
"Paris? Buat apa diorang ke sana?" Kai menyoal tidak percaya. Biar betul?! Kata orang susah. Pergi Paris mampu pulak. Lainlah kalau aku, hati Kai berbicara hairan.
Gulp!
Hanna mahu menepuk dahi tetapi jika dia berbuat begitu, lagi jelas keterlanjuran kata-katanya nanti. Dia berdehem untuk menghilangkan sedikit kegentaran itu.
"Err... haah. Mereka kerja." Jawab Hanna jujur. Harap-harap dah tak tanya lagi.
"Ha?! Mampu pul..." kata-kata Kai terhenti tatkala telefonnya berbunyi di bawah handbrek kereta. Satu alat kecil yang memang untuk pemandu menjawab panggilan telefon di ambil dan diselitkn pada telinga. Punat kecil pada alat itu ditekan dan nada dering telefonnya termati.
"Anyeong..."
"Anyeong, hyung. Err, kau balik rumah omma ke?" Mark rupa-rupanya. Mesti sudah selesai menghantar Ayuna ke rumah tadi.
"Tak. Lepas aku hantar perempuan ni, aku terus balik rumah aku. Oh ya, omma appa dah balik Amerika. Ada kes apa benda entah. Kau pergi mana tu? Apa pasal bising sangat?" Kai menyoal adiknya dan diperhatikan oleh Hanna di sebelah. Hati Hanna sedikit terguris apabila Kai hanya membahasakan dirinya sebagai 'perempuan'. Bukan namanya yang betul. Choi Hanna!
"Oh... okey. Aku dekat luar club night. Aku stresslah, hyung. Aku lambat balik kut." Kata Mark. Kai mengeluh perlahan. Kalau dia tidak sakit macam ni, dah lama dia menyertai Mark tapi itulah. Kakinya yang cedera masih belum baik lagi. Kepalanya juga masih ada tampalan kapas pada luka. Walaupun tak banyak, pasti akan menjejaskan hiburan malamnya. Ada apalah? Kenapalah? Macam mana boleh jadi macam ni? Yang menanya tu bukan member-membernya dan Mark, tapi gadis-gadis kelab malam. Yelah, Mark dan Kai kan King Of Club Night (Kalau tertekan). Jadi jika disebarkan seorang, 10 orang boleh berjangkit. Dah macam virus.
"Kau tu memang tau! Suka sangat buat aku lagi stress!" Marah Kai geram. Mark di hujung talian ketawa dan tak lama selepas itu, Kai ketawa dan membuatkan Hanna menoleh dan seperti berada di awang-awangan. Tidak pernah dia melihat Kai ketawa dan senyum. Bila tengok, jantungnya berdetak laju. Sama seperti dia jatuh sayang dengan Hansol dulu.
Aik? Dua sekali suka? Kau jangan Hanna, hati Hanna sendiri memberi amaran.
"Suka hati kaulah. Tapi jangan sampai aku dapat call dari Baekhyun ke, Chanyeol atau Luhan, yang kau tak boleh drive sebab drunk. Kalau aku dapat call, siap kau!" Kai memberi amaran keras. Dia faham sangat dengan Mark. Pantang tertekan, minum sampai tak ingat dunia. Dah tu mabuk, dia juga yang susah. Tapi setakat ini, Mark akan mabuk bila banyak kerja di syarikatnya. Jika tidak ada apa-apa lelaki itu tidak akan minum banyak. Sebijiklah macam dia.
"Aku tahulah, hyung. Tapi kalau aku terlebih minum, Jack dengan Bambam ada. Nanti dia tolong aku. Okeylah, hyung. Diorang dah panggil. Apa-apa hal, aku call kau. Anyeong." Mark memberi kata-kata terakhir sebelum talian dimatikan.
Kai menarik keluar alat tadi dan diletak ke tempat asalnya. Hanna dipandang sekilas sebelum dipandangnya buat kali kedua. Lama juga sehingga dia hampir terbabas ke seberang jalan. Banyak hon berbunyi dan mengejutkan Hanna yang ketiduran itu.
"Argh!!! Jebal (tolong!) Jebal!" Hanna yang masih dalam mamainya menjerit tak tentu pasal sehingga memaksa Kai menaikkan suara.
"Shut uppp!!!"
Hanna terdiam terus. Berdegup kencang jantungnya mendengar Kai menjerit di sebelah. Kepala ditundukkan. Langsung tidak mahu melihat wajah bengis Kai yang menyinga di sebelah.
"Kau dah kenapa menjerit tak tentu pasal?! Kau ni memang mengusahkan aku tau?! Dahlah nak kena hantar kau, dah tu siap tidur lena lagi? Hei, kau, dengan perempuan-perempuan kat club night tu, sama je. Tak ada bezanya pun. Bukan setakat kat club night, kat luar sana pun sama je! Ssan yeoja (perempuan murahan)." Kai mengutuk dan menghina Hanna dan perempuan di seluruh dunia depan-depan tanpa lapisan. Langsung dia tidak menghiraukan perasaan Hanna yang sudah luka, tercedera dan terhiris dengan kata-katanya itu.
Hanna menundukkan kepalanya dan setitis demi setitis air matanya mengalir. Hati perempuan mana yang tidak terluka dihina sebegitu rupa. Jika Kai berkata begitu, maknanya Kai menghina perempuan di dunia ini, termasuklah ommanya sendiri, Ayuna dan ramailah lagi. Tiada hati perut ke lelaki ni?
"Cakap sikit mulalah nak tundukkan muka. Mengada-ngada. Hoi! pandang sini." Kasar Kai bercakap sehingga mengundang sendu pada hati Hanna. Kenapalah perangainya langsung tak sama dengan rupa?
Hanna diam sahaja. Tidak mahu angkat kepala walau sekejap pun. Kai mendengus. Tangan kirinya menarik kepala Hanna dan menaikkan wajah itu memandangnya. Kasar perbuatan lelaki itu sehingga esakan Hanna pecah. Terkejut juga Kai dibuatnya apabila melihat air mata gadis itu mengalir tapi hatinya lagi suka melihatnya. Hatinya lagi puas melihat wanita terseksa kerana dia.
"Kenapalah kau ni menyusahkan ha?! Baru cakap sikit menangis?! Hish!" Kai mencengkam rambut Hanna sehingga membuatkan Hanna terpaksa memegang tangan Kai. Di cengkam tangan lelaki itu supaya melepaskan rambutnya.
"Jebal, lepaskan. Sakit." Pinta Hanna sedaya-upaya dengan wajah yang memerah, mata yang terpejam menahan sakit. Kai benci melihat wajah itu dan ditolaknya kepala Hanna. Mujur tak terkena pintu kereta.
Kai langsung tidak berasa belas dengan Hanna malah dia suka jika menyeksa Hanna. Jika dia menyeksa Hanna, maknanya Hyorin juga turut merasakan seksanya.
'Ini semua salah betina tu. Kalau dia tak gamekan aku, kau selamat. Jangan pernah salahkan aku. Tapi salahkan diri kau sendiri sebab nak sangat kerja dengan aku.'
Perjalanan diteruskan dengan penuh ketakutan dan kesakitan.
Jangan lupa vote! Saranghae ♥♥♥

ВЫ ЧИТАЕТЕ
[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.
ФанфикBiarkan Masa Tu Berlalu Membawa 1001 Kesedihan, Keperitan, Dan Keseksaan. Tetapi, Masa Yang Berlalu Tu Tak Akan Pernah Meluputkan Cinta Aku Kepada Kau... -Mark Tuan- Lafazkan 3 Perkataan Hikmah Untuk Aku Dari Bibir Kau. Mungkin Bagi Kau Benda Ni Tak...