Bab 9

1.9K 150 2
                                        

KECUT perut Hanna melihat Hansol berdiri di hadapan rumhnya sambil bercekak pinggang. Walaupun dia melihat dari jauh, tetapi matanya masih nampak. Sudahlah sekarang dia sedang menaiki kereta Kai. Kesakitan kepalanya akibat dikasari Kai tadi pun belum hilang. Tidak sangka betul lelaki itu panas barannya amat menakutkan.

Sebenarnya tidaklah kuat Kai menarik rambutnya itu. Cumanya disebabkan rasa takut, gerun dan apa semua itu menjadi satu, kesakitan dan keseksaan itu semakin bertambah. Sebab itulah dia menangis. Kai hanya menarik perlahan sahaja tapi itulah, takutkan? Sakit satu badan dikerjakannya.

"Ermm... berhenti dekat sini je. Tak payah sampai rumah." Kata Hanna perlahan tetapi cukup untuk Kai mendengar. Dia tidak mengikut kata Hanna malah dia teruskan sahaja sampailah tiba betul-betul di hadapan seorang lelaki muda.

"Turun." Arah Kai. Hanna rasa seperti mahu menghantukkan kepala sahaja. Kenapa Kai teruskan perjalanan?

"Kan say..."

"Kau nak aku bertanggungjawab ke kalau kau kena rogol? Kena culik? Kena bunuh? Berterima kasihlah sikit aku dah hantar sampai depan rumah kau." Pantang cakap sikit, mula naik angin. Panas baran betullah.

Hanna menunduk dan keluar. Dari dalam lagi dia sudah dapat melihat wajah kehairanan Hansol memandangnya dari kereta Kai.

Sebelum dia mengeluarkan badan sepenuhnya, tiba-tiba Kai menarik tangannya dan membuatkan Hanna tertoleh.

"Esok tak payah datang kerja. Duduk je kat rumah kau." Pesan Kai dan tangannya dilepaskan.

Hanna tidak tahu mahu kata apa. "Pasal omma appa, tak payah nak risau. Tahulah aku nak handle macam mana." Seakan-akan faham apa yang Hanna sedang fikirkan.

Hanna mengangguk. Terus dia keluar dari kereta dan membiarkan kereta Kai pergi. Kini, Hansol pula.

"Saya tunggu, cari awak bagai nak mampus, ini yang awak buat rupanya? Siapa lelaki tadi tu?" Hansol terus menyerang dan menarik lengan Hanna menyebabkan kedudukan mereka agak rapat. Hanna menunduk. Tidak sanggup mahu bertentang mata dengan Hansol yang lebih tinggi daripadanya itu.

"Hanna, answer me." Hansol menuntut jawapan. Bahu Hanna dipegang.

"Err... tadi lelaki tu tum... tumpangkan saya." Hanya itu yang terlintas dibenaknya sekarang ini. Kalau boleh, dia tidak mahu memberitahu benda yang sebenar kerana jika dia beritahu benda yang sebenar, pasti Hansol akan memarahinya dan menyuruhnya berhenti kerja. Faham sangat dengan perangai Hansol yang memang tidak benarkan dia bekerja. Mahunya Hansol bertemu dengan Kai dan menyuruh supaya memberhentikannya. Kai memang sukalah. Yang merananya dia! Dahlah kerja ini dia dapat dengan mudah. Senang-senang juga ke dia berhenti? Tak sampai satu hari.

"Noona mana? Bukan ke dia hilang dengan awak?" Hansol terus-terusan menyelongkar selagi hati dia masih tidak puas hati.

Hanna cuba untuk melepaskan pegangan Hansol pada bahunya. Merimaskan sungguh.

"Nanti saya cerita. Masuklah dulu dalam rumah." Hanna terus masuk apabila Hansol melepaskan bahunya. Sudahlah dia tengah sakit kepala, boleh pula Hansol menyoal itu dan ini.

"Hanna," Hansol mengekori Hanna dari belakang. Dia masuk ke dalam rumah Hanna.

Hanna tidak menghiraukan panggilan Hansol. Dia masuk ke dalam tandas dan nombor Ayuna didailnya.

Lama barulah Ayuna angkat.

"Unnie! Baliklah sekarang. Hansol ada kat rumah! Macam mana ni?!" Hanna menghamburkan segala kerisauannya kepada Ayuna. Dahi yang basah dek peluh dilap dengan tuala kecil yang tersedia di penyangkutnya.

[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.Where stories live. Discover now