Bab 27

1.7K 149 10
                                        

PUAN Kim, Encik Kim, Puan Choi dan Encik Choi tergesa-gesa masuk ke dalam hospital yang menempatkan anak mereka berdua. Setelah mendapat panggilan daripada pihak hospital bahawa anak mereka berdua masuk hospital gara-gara terkena das tembakan, Puan Kim Min Jung dan Puan Choi Jin Ah benar-benar terasa lemah lutut. Encik Kim Jea Ha dan Encik Choi Geun Soo hanya mampu menggeleng sahaja. Terus sahaja mereka terbang dari Amerika ke Korea pada hari itu juga.

"Nurse, where the patient ward named Choi Hanna and Kim Ayuna?" Soal Puan Choi kepada jururawat yang bertugas di kaunter pertanyaan pesakit. Suaminya dan adik perempuannya, Puan Kim serta suami adiknya menunggu di belakang.

"Wait a minutes, madam?" Kata jururawat tersebut sebelum jarinya lincah menari di atas papan kekunci komputer untuk melihat nama pesakit tersebut.

"Puan, Choi Hanna dan Kim Ayuna masih di wad kecemasan. Doktor sedang cuba untuk mengeluarkan peluru pada bekas tembakan pesakit,"

Serentak dengan itu, kedua-dua ibu ini jatuh terjelepok dan hampir sahaja ke lantai namun sempat di sambut oleh suami masing-masing. Hati ibu mana tak terluka mendengar anak mereka masuk ke hospital gara-gara ditembak? Sorang hampir dirogol. Sorang lagi tidak tetapi perutnya pula menjadi sasaran penjahat. Rasa macam nak tumbuk-tumbuk je muka penjahat tersebut.

"Encik, mari kami tolong masukkan isteri encik berdua ke dalam bilik rehat." Kata seorang jururawat yang sudah pun membawa dua katil untuk Puan Kim dan Puan Choi. Encik Kim dan Encik Choi mengangguk dan mengangkat isterinya mereka berdua naik ke atas katil. Lalu dengan sekejap sahaja dia orang wanita yang bergelar ibu itu di bawa ke bilik rehat. Encik Kim dan Encik Choi sama-sama berjalan ke lorong kecemasan untuk melihat keadaan anak mereka di sana walaupun mustahil baginya untuk melihat secara jelas.

Dalam perjalanan mereka ke sana, dari jauh lagi dua lelaki bergelar bapa itu ternampak ada dua orang wanita dan seorang lelaki yang lebih kurang seusia dengannya sedang menunggu di wad kecemasan juga.

"Anyeonghaseyo..." Encik Choi dan Encik Kim menegur. Ketiga-tiga insan itu mengangkat kepala mereka. Yang si perempuan hidung sudah merah dan mata sudah bengkak. Yang lelakinya pula nampak begitu tetapi nampak lebih tabah berbanding si wanita.

"Anyeong..." jawab mereka bertiga. Encik Kim dan Encik Choi menundukknan kepalanya serentak. Tiga orang itu membuat benda yang sama. Encik Kim dan Encik Choi melabuhkan punggungnya bersama dengan lelaki itu manakala yang wanita dua orang tadi hanya duduk jauh sedikit. Lebih dekat dengan wad kecemasan.

"Tunggu siapa awak berdua ni?" Soal lelaki itu kepada Encik Choi.

"Anak perempuan kami kat wad kecemasan ni," jawab Encik Choi mewakili sekali Encik Kim. Lelaki itu menegakkan tubuhnya. Seakan-akan berminat mahu tahu.

"Anak perempuan? Yang kena tembak tu ke?" Tanya lelaki itu lagi. Encik Kim dan Encik Choi memandang sesama sendiri sebelum menganggukkan kepalanya. "Kenapa?"

"Dua anak lelaki saya pun kena tembak juga. Oh... jadi kamu berdua ni ayah kepada Ayuna dengan Hanna?" Soal Encik Kim kepada dua orang insan ini. Dia sudah mula faham tetapi tidak oleh Encik Kim dan Encik Choi. Dua lelaki itu masih lagi tidak faham dan ada rasa terkejut.

"Kami tak faham." Kata Encik Kim. Encik Kim ayah kepada Mark dan Kai ini pun cerita apa yang betul. Itu memahamkan Encik Kim dan Encik Choi.

"Oh... jadi ini ayah bos anak kami. Tapi apa yang kami tahu, Ayuna dengan Hanna dah berhenti kerjakan? Sampai Ayuna ke London." Kata Encik Kim pula. Kini Encik Kim ayah Kai mula mengerutkan dahi. Ini dia tidak tahu. Banyak betul perkara yang berbelit-belit di sini ya? Maaf kepada pembaca. Minta fahamkan okey?

"Ayuna ke London?" Soal Encik Kim. Encik Kim dan Encik Choi menganggukkan kepalanya. "Saya tak faham. Kenapa berbelit-belit ni?" Encik Kim sendiri pun pening dengan keadaan mereka. Tadi Encik Kim dan Encik Choi tak faham. Ni dia pula. Ayuna ke London? Bila?

"Macam ni ceritanya..." Encik Kim membuka cerita yang sebenar. Encik Choi dan Encik Kim mendengar sahaja tanpa menyampuk walau satu patah pun. Encik Kim ayah Ayuna sebenarnya sudah tahu kenapa anaknya ke London. Pasal Jimin dan pasal tanda merah lebam tu. Encik Kim tidak terkejut dengan tanda lebam Ayuna kerana dulu masa muda-muda pun dia pernah buat kesilapan juga sebelum berkahwinan. Jadi dia tidak pelik.

Setelah mendengar cerita yang sebenar, barulah masing-masing faham yang anak mereka saling kenal antara satu sama lain. Cumanya mereka ada yang tidak tahu je. Sebab tu terjadi perkara macam ni. Kekurangan info dan pengetahuan yang sebenar.

"Oh... macam tu. Pasal tanda tu, saya bukan apa. Maafkan anak saya, ya? Biasalah budak muda. Kalau ditegah pun dibuatnya juga," Encik Kim ayah Mark meminta maaf bagi pihak anaknya yang boleh ter'miang keladi' sehingga bertindak tidak senonoh seperti itu.

"Tak apa. Saya maafkan. Budak muda memang macam tu," jawab Encik Kim. Mereka sempat lagi bergurau walaupun anak masing-masing sedang dirawat di wad kecemasan.

"Siapa di sini penjaga Kim Ayuna, Choi Hanna, Mark, Kim Jong In dan Kim Hansol?" Bergema suara seorang doktor perempuan dan ditemani seorang doktor lelaki dan beberapa orang jururawat. Kesemua orang tua yang berada di situ terus sahaja bangun dan kelam-kabut berlari ke arah doktor tersebut.

"Doktor, macam mana dengan anak-anak kami?" Soal Puan Kim, ibu kepada Hansol. Ibu kepada Kai dan Mark juga Puan Kim tetapi wanita itu mewakilkan sahaja nama dengan Puan Kim yang lagi satu. Nak angkat mulut pun dah berat.

"Macam ni. Kami ada dua berita. Satu berita baik dan satu lagi berita buruk." Kata Doktor Oh Jin Hee, doktor yang merawat Ayuna dan juga yang jumpa Ayuna di tandas tempoh hari. Kesemua ibu dan bapa di situ seakan-akan mahu menangis rasanya. Lagi-lagi Puan Kim ibu Hansol. Seperti sudah tahu apa yang berlaku.

"Berita baiknya, peluru dapat dikeluarkan dari tubuh anak puan dan encik. Dan mereka berempat dah ditempatkan di wad yang sama. Wad VVIP. Tapi yang lagi satu..." Doktor Oh Jin Hee memperlahankan suaranya setelah memberitahu perkara baik itu. Puan Kim ibu Kai dan Mark, Encik Kim ayah kepada Kai dan Mark, Encik Kim dan Encik Choi meraup wajahnya tanda lega. Tetapi tidak kepada Puan Kim ibu kepada Hansol.

"Doktor, anak saya?" Tanya Puan Kim sayu. Puan Kim ibu Kai dan Mark menggosok-gosok bahu Puan Kim. Untuk memberikan sedikit semangat kepada ibu itu.

"Maafkan kami, puan. Anak puan telah mengalamai pendarahan yang banyak dan dia... tidak dapat diselamatkan. Maafkan kami..."

Setelah Doktor Oh Jin Hee mengucapkan ayat itu, serta-merta tubuh Puan Kim lembik dan pandangannya terus kelam. Selembik jeli. Berita yang dia dapat langsung dia tidak dapat terima.

"Puan, puan. Hwa Young, pergi ambil stracher." Arah Doktor Oh Chang Min kepada Hwa Young. Hwa Young akur lalu masuk ke dalam wad kecemasan dan mengambil katil yang kosong. Setelah dapat dan di bawa keluar, tubuh Puan Kim di bawa ke bilik rawatan atau bilik rehat. Tempat isteri Encik Kim dan Encik Choi ditempatkan. Puan Kim ialah janda dan tidak mempunyai suami. Sudahlah anaknya pergi, suaminya juga tiada. Kasihan Puan Kim.

"Kami pergi dulu. Encik dan puan boleh melawat anak-anak di Wad Daisy VVIP. Ya?" Pesan Doktor Oh Jin Hee lalu pergi bersama doktor dan jururawatnya yang lain.

Hansol sudah meninggal. Hanna dan yang lain serta Jimin masih tidak tahu akan hal ini. Puan Kim tidak dapat berhubung dengan Jimin kerana anak lelakinya itu ada kecemasan di luar negara sana. Entah bila lelaki itu akan tahu. Kasihan Jimin. Adiknya meninggal, tetapi dia tidak tahu.

Patutlah perangai Hansol berubah beberapa hari sebelum dia mati. Dia seakan-akan sudah dapat rasa yang dia mahu pergi dari dunia ini. Tetapi Hanna? Apakah reaksi gadis itu jika dapat tahu yang Hansol sudah tiada? Apa reaksi gadis itu? Nantikan kesudahannya...

Apa pasallah lama sangat nak ending ni?! Vote! Vote! Vote! Saranghea! Love you all.

[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.Where stories live. Discover now