KINI, waktu dan masa yang ditunggu-tunggu dari tadi tiba juga. Jam kini menunjukkan pukul 12 tengahari dan waktu inilah waktu Hanna dapat keluar awal dari hospital. Sepatutnya Hanna akan menjalani pemeriksaan buat kali yang terakhir jam 4 petang nanti tetapi disebabkan Hanna memang jenis yang tidak sabar mahu balik rumah, Kai telah berunding dengan pihak hospital dan akhirnya permohonannya itu berjaya. Hanna pula terasa dirinya menyusahkan orang lain pula sejak dia dimasukkan ke dalam wad ni. Bil perubatan Kai yang bayar. Ayuna yang menjaganya sepanjang malam. Mark pula ulang-alik pergi beli makanan yang sedap-sedap. Itu pun kalau Hanna tak cakap makanan hospital ni tak sedap, mungkin Mark tak akan pergi tapi masa tu Hanna merungut kerana kuah sup ayamnya memang rasa ayam dan tiada rasa garam langsung, Mark senyap-senyap keluar beli makanan yang memang membuka selera Hanna tanpa doktor di hospital ini tahu. Sebab itulah Hanna rasa yang dirinya terlalu menyusahkan. Ada je benda yang dia nak.
"Dah siap dah? Ada apa-apa yang masih tak complete lagi?" Mark menyoal. Dia pun dah mandi di hospital tadi. Mujur sahaja abangnya, Kai ada membawa baju sehelai. Jadi bolehlah dia menukar sebentar kerana badannya dah tak selesa sebab pakai baju yang sama dari semalam.
"Dah. Kau dengan Ayuna pergi dulu. Aku nak ke kaunter kejap ambil ubat Hanna," arah Kai sambil tangannya tidak lekang dari berpisah dengan Hanna. Mark mengangguk lalu wajah Ayuna dipandangnya supaya keluar dahulu. Tetapi lain pula jadinya. Ayuna bertindak mendiamkan diri dan termenung merenung pintu. Dari tadi sebenarnya Mark tertanya, kenapa Ayuna boleh berubah sikap? Sejak Ayuna mendapat panggilan daripada siapa entah tadi dan menangis, sikap gadis itu berubah 180°. Layan dia pun nak tak nak je. Dia tanya jawabnya pendek. Sepatah dia menyoal, sepatah dia menjawab. Kalau dia cuba ajak berbual, langsung Ayuna tak beri sambutan. Dia tertanya sebenarnya, adakah dia ada buat salah kepada gadis itu sehingga dia terasa dilayan seperti patung?
"Ayuna..." panggil Mark perlahan. Tubuh Ayuna yang berada beberapa meter sahaja darinya didekati. Waktu-waktu macam ni lah baru boleh berdua dan bertanya secara peribadi kerana Kai pergi ke farmasi bersama Hanna untuk mengambil ubat.
"Ayuna..."
"Don't you close up to me," tegas Ayuna memberi amaran dan ini memang membuatkan Mark terkejut. Semakin Ayuna menjauhkan dirinya, semakin dia berani mahu mendekati gadis itu. Hairan betul dia. Mengapa Ayuna berkata begitu dengannya? Selalunya tak pun. Siap boleh bergurau-gurau lagi.
"Listen, what wrong with you, ha? Am I doing wrong to you?!"
"Yes! You do!"
"What?" Saling sambut-menyambut mereka bercakap kerana saling mahu tahu antara satu sama lain. Ayuna berjalan mahu melarikan diri daripada lelaki itu tetapi Mark bertindak pantas dengan menarik lengan Ayuna dan ditolaknya tubuh gadis itu sehingga menyentuh ke dinding.
"Tell me, jagi. What is my fault that you did not treat me like this? Please, say something so I do not wonder like this." Pinta Mark dengan serius. Wajahnya hanya beberapa inci sahaja dari wajah Ayuna. Dia perlukan jawapan yang sahih. Mengapa gadis itu bersikap sebegini? Kenapa? Ada apa? Hatinya benar-benar ingin tahu.
"Rather than managing body. You do not need to ask my personal affairs." Kata Ayuna begitu lalu bahu Mark ditolaknya kasar sehingga lelaki itu terkebelakang. Ayuna mengambil segala benda kepunyaannya di dalam bilik itu lalu melangkah mahu keluar dari bilik yang penuh dengan seksaan ini.
Tetapi hari ini Ayuna nampak lemah dan Mark bersungguh ingin tahu. Sekali lagi Mark menolak kedua-dua bahu gadisnya dan dilekatkan pada dinding.
"Now, tell me. What causes the body to behave like this to me? I appeal to you, tell me what problem are you having? I think I have to make one on the body but I do not know what. Tell me what did I was wrong?" Panjang lebar Mark menanya. Dia sanggup menjatuhkan egonya pada lapisan tanah yang terakhir supaya Ayuna memberitahu apa masalahnya.
Ayuna memandang anak mata Mark dengan mata yang berkaca. Hidungnya merah dan matanya mula kabur akibat terlalu banyak benda yang bertakung di dalamnya. Disebabkan rasa sedih yang tidak terhingga dan sudah tidak tahu mahu mengadu kepada siapa, Ayuna menangis dan menyebabkan kepalanya mendarat pada dada Mark. Sedih yang tidak terhingga. Rasa sedih itu sudah lama dia tanggung. Tinggal hanya menangis je.
Mark agak terkedu melihat gadis ini menangis pada bahunya. Dia tidak pasti apa masalah Ayuna tapi apa yang pasti, dia sudah jatuh cinta dengan gadis ini. Sejak bila dia rasa, dia tidak pasti tetapi hatinya kuat mengatakan, dia jatuh cinta dengan Ayuna di rumahnya semalam. Ketika dia ada lakukan benda yang tidak sepatutnya dia buat terhadap Ayuna. Dia sendiri akui yang dia sudah tewas dengan ego sendiri. Egonya hanya dapat bertahan beberapa hari sahaja sebelum Ayuna muncul menjadi pelembut hatinya yang keras itu.
"Shut... please don't cry. Try to tell me what?" Mark masih lagi nekad mahu tahu apa masalah gadis itu. Kepala Ayuna diusap-usapnya perlahan. Tidak lama dia begitu, Ayuna mengangkat kepala dengan wajahnya yang merah. Mark merenung perlakuan Ayuna yang mengesat wajah merah padam itu.
"Mark, saya nak berhenti kerja. Mulai hari ini, saya bukan P.A awak lagi," ujar Ayuna lalu denga sekelip mata sahaja gadis itu lesap keluar dari bilik. Mark ternganga, terkejut, dan terlopong.
"Ayuna! Ayuna tunggu!" Mark keluar dari bilik itu tanpa membawa apa-apa. Nama Ayuna terus-terusan diseru dan kakinya pantas berlari mengejar Ayuna yang sudah jauh ke hadapan. Entah kenapa, lariannya agak lambat hari ini dan dia berhenti di tengah jalan sambil diperhatikan oleh orang lain yang berada di hospital tersebut.
"Ayuna... jangan pergi,"
Maaf, yang ni pendek sangat sebab saya busy sikit. Kalau rasa macam tak best, cakaplah. Kalau best pun cakaplah. See you again! Love ya ♥♥♥

STAI LEGGENDO
[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.
FanfictionBiarkan Masa Tu Berlalu Membawa 1001 Kesedihan, Keperitan, Dan Keseksaan. Tetapi, Masa Yang Berlalu Tu Tak Akan Pernah Meluputkan Cinta Aku Kepada Kau... -Mark Tuan- Lafazkan 3 Perkataan Hikmah Untuk Aku Dari Bibir Kau. Mungkin Bagi Kau Benda Ni Tak...