Bab 25

1.9K 136 0
                                        

2 minggu selepas pemergian Ayuna ke London...

Hanna mengeliat sedikit. Matanya dibuka perlahan-lahan. Silau! Dah pagi rupanya. Terasa begitu cepat waktu berlalu. Rasanya seperti melelapkan mata sahaja.

Hanna bangun dan pergi ke balkoni untuk menghirup udara segar pagi. Dia membuat sedikit regangan. Matanya tertumpu pada dada langit yang nampak kelam sahaja hari ini.

"Nak hujan..." perlahan sahaja Hanna tuturkan dua perkataan itu. Cukup untuk pendengarannya sahaja. Sudah lama tidak hujan. Angin pula kencang semacam sehingga boleh menerbangkan dirinya yang hanya berapa kilo sahaja ni. Sedang asyik dia melayan perasaan dan membiarkan wajah ditampar angin, telefonnya berbunyi.

Kaki bergerak ke katil dan melabuhkan punggungnya di birai katil. Iphonenya itu direnung. Ayuna menghantar SMS.

Malam ni aku sampai airport. Jemput boleh?

Hanna membulatkan matanya.

Kau nak balik?! OMG?!!! Ok, ok, aku jemput kau.

Setelah menghantar SMS tersebut, terus sahaja dia mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Selesai mandi dan buang apa-apa bahan terlarang yang patut, dia turun ke bawah untuk membuat sedikit sarapan. Teruja punya pasal sampai tak tahu yang Ayuna menyuruhnya jemput malam ini. Bukan pagi ini!

Ting tong!

Hanna menoleh ke arah pintu sambil mengerutkan dahinya. Siapa pula yang datang pagi-pagi ni? Takkanlah Kai kut. Hansol? Mungkin...

Hanna berhenti menyapu jem pada roti dan bergerak ke pintu rumah. Kata laluan rumah di masukkan dan sliding door itu pun terbuka. Menampakkan seorang lelaki yang sedang membawa sejambak bunga yang dipenuhi dengan coklat serta ada tead6 bear kecil terselit di dalamnya.

Hanna terkejut. "Kai..."

Kai senyum. Begitu bersemangat dia pagi ni sebab nak hantar sejambak bunga yang ditempah khas ini kepada Hanna.

"Awalnya awak datang? Nanti apa pula cakap omma awak?" Kata Hanna, risau. Memang pada setiap hari Kai akan menunjukkan wajahnya di rumah Hanna tetapi Kai telah mencatat rekod sebagai pendatang paling awal ke rumahnya iaitu... jam 6:45 pagi. Memang awal dan inilah masanya Hanna berskype dengan Ayuna. Kalau Kai ada, bimbang jejaka itu akan memberitahu kepada Mark pula. Yang susahnya dia nanti.

"Alah, omma saya tak kisah. Makin disuruh-suruh datang adalah." Jujur Kai lalu melangkah masuk ke dalam rumah apabila mendapat isyarat daripada Hanna yang menyuruhnya masuk.

"Yelah. Tapi awal samgat kut? Nasib je saya bangun awal pagi ni. Kalau tak..." Hanna berjalan mendekati meja makan apabila selesai menutup semula pintu rumah. Kai pula sedang mengagah Sky yang sedang tidur di tempatnya.

"Haah. Biasanya awak bangun lewat jugakkan? Hari ni saya tengok dah siap mandi apa semua. Awak nak ke mana?" Tanya Kai hairan lalu dia membawa langkahnya ke meja makan sambil mendukung Sky. Punggung diletak di kerusi berhadapan dengan Hanna yang sedang berdiri itu. Sedang sibuk membancuh teh hijau di dalam teko kecil. Cukuplah hanya untuknya dan bekas bosnya ini.

"Saya nak pergi jemput Ayuna kat airport." Hanna terlepas cakap dan dia langsung tidak sedar yang dia terlepas cakap. Khusyuk membancuh teh dan gembira yang sepupunya itu akan pulang. 2 minggu orang cakap dah macam setahun.Rindu gila-gila kat orang yang pernah rapat dengan kita.

Kai terkejut. Apa dia salah dengar apa? "Saya salah dengar atau awak yang tersalah cakap? Jemput Ayuna kat airport?!" Kai menyoal lagi dan kali ini barulah Hanna sedar.

[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.Where stories live. Discover now