Bab 13

1.9K 144 1
                                        

"JAGIYA would you want to marry me?" seru lelaki itu. Hansol mengeluarkan sebentuk cincin permata putih dari poketnya. Suasana kapal perairan milik keluarga Hansol tiba-tiba menjadi romantik seakan-akan alam merestui perhubungan itu.

"Hanna, i want you to be mine forever." Suara Hansol sekali lagi membuatkan jantung Choi Hanna berdegup laju. Matanya menyorot pada tubuh Hansol yang sedang melutut sambil memegang sebentuk cincin emas putih 3 carat di hadapan matanya. Bayangkan, 3 carat! Dekat berjuta-juta harga itu.

"Yes, I will," tanpa teragak-agak Hanna menjawab. Terukir senyuman dibibir Hansol tanda dia gembira dengan jawapan Hanna itu. Perlahan-lahan dia menyarungkan cincin itu ke jari manis Hanna. Tapi belum sempat cincin itu dimasukkan ke dalam jari manis Hanna sepenuhnya, tiba-tiba kapal yang mereka naiki mula bergoyang dahsyat. Kilat sambar-menyambar. Guruh berdentum sana sini. Serta-merta suasana bertukar menjadi huru-hara dan...

"KRINGGGGGGGG!!!" Deringan panggilan telefon Hanna mengejutkan gadis itu daripada mimpi ngerinya. Berpeluh-peluh Hanna ketika itu.

"Scary..." perkataan itu yang terkeluar dari mulutnya. Matanya teralih kepada telefon. Mungkin masih lagi dalam keadaan mamai, tanpa melihat nama pemanggil, terus dia menjawab.

"Yahhh yeoja!!! Lain kali, handphone kau tu baling je kat longkang! Aku call kau dah dekat 5 kali! Mana kau pergi?!" Gertak Kai yang berada di hujung panggilan.

Hanna ternganga. Seakan-akan ditimpa balak kat kepala. Tak percaya punya pasal, ditenung skrin telefon iPhone5snya itu. Haah! Kai.

"Mianheayo... sa... saya baru bang..."

"Aku tak nak dengar cakap kau tu lagi. Ni, aku nak, kau datang rumah aku sekarang. Kemas apa yang patut. Aku ada urusan kat London. Kalau aku balik rumah aku ada habuk walau sikit pun, kau, aku kerjakan. Faham tak?!" Pintas Kai serta-merta membuatkan Hanna mengangguk-angguk akur.

"Okey. Faham." Jawabnya.

"Jangan faham je. Tapi tak dibuat! Siap kau kalau aku dapat tahu ada benda yang tak kena bila aku balik nanti. Dah! Pergi sana rumah aku."

Tut... tut... tut...

Talian terus dimatikan oleh Kai tanpa sempat Hanna menyahut. Terkebil-kebil mata Hanna memandang skrin. Dia belum sempat ucap 'hello' alih-alih sudah kena sound dengan Kai. Tulah, terjah lagi sebelum angkat. Kan dah...

Apalah nasib dia hari ini. Sudahlah mimpi bot karam, ni pulak kena sound dengan Kai. Ha, nak kerja sangatkan?! Ambik kau! Rasakan!

Dengan kakinya yang masih berat untuk berjalan, digagahkan jugak untuk menuju ke bilik air. Mujur ada alat pemanas. Kalau tak, habis menggigil satu badan sebab sejuk mandi 6 pagi! Nampak macam tak logikkan? Call orang pagi-pagi semata-mata suruh kemas rumah. 6 pagi tau! Bukan 6 petang.

Hanna hanya mengenakan baju Vans merah digabungkan dengan seluar hitam dan kasut Vans berwarna merah gelap. Rambut berwarna soft pink miliknya dibiarkan berjurai. Tak perlu kut dia berpakaian cantik-cantik hanya untuk pergi mengemas rumah Kai. Bukannya Kai heran. Buat dek je adalah.

Sebelum keluar dia, sempat menyakat Sky, anak kucing kesayangannya dengan mainan berbulu yang dibeli Hansol kemarin.

Sebenarnya, dia hendak menelefon Ayuna untuk menghantarnya ke rumah Kai seperti apa yang dia pesan malam semalam, tetapi kesian pulak dengan Ayuna yang masih menjadi slepping beauty di atas katil . Nak bawak kereta malas. Pagi-pagi naik kereta, aircorn pula kuat, boleh melayang nyawa nanti!

Fikir punya fikir, akhirnya dia menelefon teksi khidmat 24 jam untuk ke sana. Nasib ada perkhidmatan teksi 24 jam. Kalau tak, susah juga tu.

Telefon diambil lalu nombor teksi yang memang disimpan buat kecemasan didailnya. Lama juga barulah diangkat. Cakap punya cakap, akhirnya ahjusshi tu setuju untuk mengambilnya.

[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.Where stories live. Discover now