"PINTU bilik terkunci dari dalam?!" Soal Jimin terkejut. Ayuna mengangguk. Kini mereka berdua berada di satu tempat yang agak sunyi dan tidak ramai orang berlalu lalang di situ. Jimin yang mahu dia menceritakan perkara itu secara peribadi seperti ini kerana mereka saling kenal. Terkejut beruk juga dia apabila yang merawat Hanna ialah teman lelakinya sendiri. Lagi satu dia terlupa yang Jimin bertugas di wad kecemasan beberapa bulan ni. Kalau dia tahu, dah lama dia suruh Mark hantar Hanna ke hospital lain. Tak jadi macam ni. Terpaksa mereka-reka cerita demi menutup benda yang sebenar.
"Masa tu awak dekat mana?" Jimin menyoal lagi, nampak sangat masih tak puas hati.
"Kedai. Beli barang sikit," jawabnya, sekadar mereka-reka cerita dan sangat mustahil baginya untuk berterus-terang benda yang betul. Nanti benda lain pula yang jadinya. Tambahan pula, Jimin sudah pun mendail Hansol tadi mengatakan bahawa Hanna masuk hospital kerana lemas di dalam bilik. Tetapi lelaki itu tidak dapat datangvsekarang kerana ada perbincangan penting di U sehingga malam nanti. Mark pula berada di dalam kereta. Dia sendiri yang menghalang lelaki itu masuk ke dalam dan mengekorinya untuk berjumpa Hanna. Kalau nak tahu sangat pun, kena buat-buat tak kenal dengannya. Nanti kalau mereka saling kenal, bimbang benda lain pula yang timbul.
"Macam manalah boleh jadi macam tu. Next time, bawalah Hanna sekali. Nasib baik awak cepat, kalau awak lambat call ambulans, saya tak jamin yang Hanna boleh tahan lama lagi. Tadi pun dia dah koma. Lain kali jangan tinggal Hanna sorang-sorang kat dalam bilik. Bukan awak tak tahu yang dia tu degil. Kalau sampai benda ni jadi lagi, siap awak." Nampaknya Jimin benar-benar marah. Ayuna menunduk. Kena marah dengan teman lelaki sendiri memang membengangkan.
'Jimin, bukan tu cerita sebenar! Saya reka-reka je! Tak mungkin saya akan bagitahu benda yang betul,' hati Ayuna bergema perlahan. Tubuh yang bersandar pada dinding itu tiba-tiba ditarik ke dalam pelukan seorang lelaki, siapa lagi kalau bukan Jimin.
"Saya marah awak, sebab saya tak nak benda ni terjadi lagi. Mungkin ini dugaan Hanna, buatnya kalau esok lusa awak cuai lagi, awak pula yang kena. Tak mustahilkan? Saya sayangkan awak," Nasihat Jimin sedikit demi sedikit. Kalau Hanna pun tadi nadinya terhenti dia dah berpeluh satu bandar, lagikan kalau Ayuna yang kenakan? Langsunh dia tidak dapat nak bayangkan bagaimana reaksinya.
Kepala dan rambut gadis itu diusapnya perlahan. Ayuna menganggukkan kepalanya perlahan tanda betul. Dia tak menangis, tapi dia takut. Sehinggakan dia terlupa sesuatu. Sesuatu yang boleh mengundang amarah lelakinya bila-bila masa.
"Jangan cuai lagi lepas ni. Nasib baik Hanna okey. Kalau tak..." sambil menutur ayat itu, sambil tangannya bermain-main dengan rambut Ayuna sehingga dia terlihat sesuatu. Rambut gadis itu yang licin dan mudah dilurut menyebabkan bahagian tengkuk dan lehernya kelihatan. Jimin mengerutkan dahinya. Tangan menyelak rambut gadis itu ke tepi dan memeriksa apa yang dia nampak.
"Ayuna, kenapa ada lebam-lebam merah ni?" Tanya Jimin lalu pelukan segera dileraikan.
Ayuna ternganga. Oh my God! Macam mana Jimin boleh nampak?! Kan aku dah... tidaakkkkk!!!!!
"Ayuna? Are you hear me?"
"Yes. Err... ini kena..."
"Doktor Jimin, ada emergency case masuk lagi!" Seorang jururawat berlari mendapatkan mereka berdua sambil menyebut-nyebut nama Jimin. Jimin terus sahaja menoleh dan serta-merta otaknya lupa terus pasal tanda-tanda lebam merah pada leher teman wanitanya itu.
"Okey. Jagiya, saya ada kerja. Take care. Bye love." Pesan Jimin lalu pergi. Sempat dia menghadiahkan ciuman sekilas pada dahi gadis itu. Sayang betul dia kepada Ayuna.
"Okey." Ayuna menjawab walaupun Jimin tidak mendengarnya. Dia hanya memandang Jimin dengan perasaan yang bercampur-baur. Bersalah, takut, lega. Benda tu bercampur-aduk sehingga dia menjadi bingung. Apa sebenarnya yang dia lakukan? Adakah benda yang dia buat ni betul? Atau ianya hanya sekadar suka-suka? Kalau dia beritahu benda yang betul dari awalkan bagus. Tapi itulah masalahnya, nak dijadikan cerita, macam ni lah jadinya. Semua benda yang mudah boleh jadi susah hanya kerana satu kesilapan dan sebuah kehendak. Kalau dia berfikir lebih panjang, lebih matangkan bagus. Kini, perasaan menyesal pula datang. Mana taknya bercampur-aduk. Itu dan ini masuk ke kepala sehingga megundang pening kepala.

ВЫ ЧИТАЕТЕ
[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.
ФанфикBiarkan Masa Tu Berlalu Membawa 1001 Kesedihan, Keperitan, Dan Keseksaan. Tetapi, Masa Yang Berlalu Tu Tak Akan Pernah Meluputkan Cinta Aku Kepada Kau... -Mark Tuan- Lafazkan 3 Perkataan Hikmah Untuk Aku Dari Bibir Kau. Mungkin Bagi Kau Benda Ni Tak...